Pergi ke kandungan

Letupan Avalon

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dickinsonia, organisma bergegebar yang berstruktur aneh dengan simetri luncuran yang mungkin merupakan salah satu daripada jenis haiwan terawal
Cloudina mungkin merupakan salah satu haiwan mineral pertama yang muncul.[1]
Kimberella pada asalnya ditafsirkan sebagai sejenis knidaria kubozoa, walaupun kini ia dipercayai merupakan sejenis moluska peringkat awal.[2]
Fosil-fosil jejakan Ediakara memberi indikasi terdapat tanda-tanda pergerakan haiwan serta gangguan pada mendapan, Fosil-fosil tersebut mungkin telah menunjukkan tanda-tanda kewujudan terawal haiwan benar.

Letupan Avalon, diberi nama berdasarkan fosil-fosil jejakan fauna Prakambria yang ditemui pada Semenanjung Avalon di Newfoundland, timur Kanada, merupakan sejenis sinaran evolusi haiwan prasejarah yang dicadang berlaku kira-kira 575 juta tahun dahulu (jtd) sewaktu tempoh Ediakara. Letupan evolusi haiwan tersebut merupakan salah satu daripada tiga era yang dikumpulkan dalam tempoh masa ini.[3] Peristiwa evolusi ini dipercayai berlaku kira-kira 33 juta tahun lebih awal berbanding letupan Kambria, yang lama dianggap sebagai permulaan kehidupan kompleks di muka Bumi ini.

Ahli-ahli sains masih kurang pasti sejauh mana jangkauan perkembangan letupan Avalon,[3] yang mengakibatkan peningkatan pesat dari segi biodiversiti metazoa, termasuk kemunculan pertama beberapa infraalam/superfilum metazoa yang masih wujud seperti knidaria dan bilateria. Kebanyakan haiwan yang wujud sejak letupan Avalon merupakan organisma bertubuh lembut serta tidak bergerak yang hidup dalam persekitaran lautan dalam,[4] dan beberapa peringkat terawal letupan Avalon diperhatikan melalui kewujudan beberapa spesies yang agak minimum bilangannya.[3]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Porter, S.M. (1 June 2007). "Seawater Chemistry and Early Carbonate Biomineralization". Science. 316 (5829): 1302. Bibcode:2007Sci...316.1302P. doi:10.1126/science.1137284. PMID 17540895.
  2. ^ Wade, M. (1972). "Hydrozoa and Scyphozoa and other medusoids from the Precambrian Ediacara fauna, South Australia" (PDF). Palaeontology. 15: 197–225. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 9 April 2011.
  3. ^ a b c Shen, Bing; Dong, Lin; Xiao, Shuhai; Kowalewski, Michał (4 January 2008). "The Avalon Explosion: Evolution of Ediacara Morphospace". Science (dalam bahasa Inggeris). 319 (5859): 81–84. Bibcode:2008Sci...319...81S. doi:10.1126/science.1150279. ISSN 0036-8075. PMID 18174439.
  4. ^ "Two Explosive Evolutionary Events Shaped Early History Of Multicellular Life" (Siaran akhbar) (dalam bahasa Inggeris). Virginia Tech. January 4, 2008. Dicapai pada 2018-03-06.