Pergi ke kandungan

Peristiwa 228

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekumpulan perusuh menyerang balai polis Yidingmu di Taipei pada 28 Februari 1947

Peristiwa 228 (Cina Tradisional: 二二八事件; pinyin: èr èr bā shíjiān) atau Pembunuhan 228 (Cina Tradisional: 二二八大屠殺; pinyin: èr èr bā dàtúshā[1]) merupakan sebuah pemberontakan anti-pemerintah di Taiwan yang bermula pada 27 Februari 1947 dan memuncak pada 28 Februari (asal angka "228" diberikan ini) di mana ribuan perusuh ditahan atau ditembak secara kejam oleh pemerintah Kuomintang. Kematian yang dianggarkan dalam peristiwa ini ialah melebihi antara 10,000 hingga 30,000 orang.[2][3]

Peristiwa berturutan ini menandakan bermulanya era Keganasan Putih di Taiwan, di mana ratusan penduduk lagi hilang, mati, atau dipenjarakan. Kegagalan mengendalikan krisis yang berlaku serta rundingan yang tidak membuahkan hasil memberangsangkan telah menanam rasa kebencian warga Taiwan terhadap perkaitan jatidiri mereka dengan China sehingga mencetuskan pergerakan kemerdekaan Taiwan.[4]

Latar belakang

[sunting | sunting sumber]

Semasa pulau Taiwan diduduki Empayar Jepun hasil Perang China-Jepun Pertama yang menewaskan Kemaharajaan Qing, ia mengalami pembangunan ekonomi yang sangat makmur namun keadaan tersebut merudum dengan drastisnya setelah Jepun mula berperang menentang Amerika Syarikat dalam Medan Pasifik yang dilangsungkan semasa Perang Dunia Kedua. Setelah Jepun ditewaskan lalu menyerah kalah, negara tersebut mengembalikan kuasa kepada pihak Kuomintang sebagai pemangku pemerintah China berkesinambungan yang sah. Chen Yi tiba mengambil alih sebagai ketua pentadbiran atau gabenor Taiwan bagi pihak China menggantikan Ando Rikichi pada 24 Oktober 1945. Pentadbiran baharu di bawah Chen Yi mengambil alih serta mengekalkan sistem monopoli negara pelbagai barangan yang didagangkan seperti tembakau, gula, kapur barus, teh, kertas serta bahan binaan seperti kimia dan simen.[5] Pentadbirannya turut merampas dan memiliknegarakan banyak kilang, lombong serta kediaman yang ditinggalkan warga Jepun, namun pengurusan kewangan berkaitan aset rampasan mereka dilakukan dengan tidak tentu halanya sehingga menyebabkan inflasi, kahat serta munculnya suatu pasaran gelap yang besar.

Tidak lama setelah peralihan ini, pemerintah Kuomintang langsung terlibat dalam suatu perang saudara hebat dengan tentera Parti Komunis di Tanah Besar China sehingga perkembangan ehwal pulau tersebut langsung tidak dapat diperhatikan. Keadaan ini diburukkan lagi dengan sikap pegawai pejabat pemerintah provinsi yang dipertanggungjawabkan atas urusan mentadbir di mana mereka adakalanya lepas tangan akibat kerenah birokrasi dan korupsi yang dilihat lebih buruk berbanding pada zaman pemerintahan Jepun yang kental pengaruhnya selama 50 tahun pemerintahannya; malah juga faktor salah faham yang kerap hasil kejahilan mereka (penutur bahasa Mandarin dari Tanah Besar) terhadap budaya warga setempat di Taiwan (yang menutur bahasa Hokkien) mendatangkan rasa curiga kuat antara satu sama lain.

Kejadian utama

[sunting | sunting sumber]

Beberapa orang petugas dari Biro Monopoli Taipei menemukan seorang wanita bernama Lin Chiangmai (林江邁) yang sedang menjual rokok haram di jalanan Taipei berdekatan rumah teh Thian-ma (天馬茶房, Tiānmǎ Chá Fáng); lalu mereka segera menyita barang dagangan dan harta benda Lin. Lin merayu agar barangannya dilepaskan kerana mengenangkan nasib dua orang anaknya yang menjadi tampungan pekerjaannya, kejadian ini segera mengundang perhatian masyarakat sekitar yang mula berkerumun di sekitar lokasi. Rayuan Lin langsung tidak diendahkan, bahkan salah seorang daripada pegawau ini memukul kepala Lin dengan pistolnya hingga berdarah kepala sang ibu dengan pistol miliknya. Perbuatan ini mengundang kemarahan orang ramai yang mula menempelak tindakan keras para pegawai.

Salah satu pegawai ini, Fu Hsuehtong (傅學通) cuba meredakan huru-hara dengan melepaskan beberapa das tembakan amaran ke udara. Salah satu tembakan ini tersasar lalu mengena seorang lelaki dalam orang ramai bernama Chen Wenshi (陳文溪) - Chen meninggal dalam rawatan akibat luka tembakan yang dialami di perutnya.[6]:48<[7]:44-46[8](pp114-116)[9]:99-101[10]:120[11] Kecelakaan yang mengorbankan Chen ini menghilang sabar warga ramai - mereka kemudiannya mengepung kantor polis pada malam harinya menuntut keras agar Fu dihukum, namun tuntutan ini tidak dihiraukan ketua balai polis. Tindakan ini menaikkan kemarahan orang ramai di Taipei.

28 Februari

[sunting | sunting sumber]

Pada keesokan harinya, warga Taipei kembali menyerbu bangunan Biro Monopoli Taipei dan mengajukan tuntutan supaya petinggi kantor tersebut, Ouyang Chengchai mengundurkan diri dari jabatannya. Di beberapa lokasi di Taipei terjadi pembakaran dan kekacauan kecil yang menyebabkan seorang polisi tewas.

Lebih jauh, warga berkumpul di depan kantor kegubernuran Taiwan untuk menunjukkan ketidakpuasan atas reaksi pemerintah terhadap peristiwa-peristiwa beberapa hari ini. Dalam demonstrasi tersebut, penembakan dilakukan oleh tentara pengawal kantor gubernur mengakibatkan jatuhnya korban tewas di pihak masyarakat. Berita peristiwa di Taipei dengan cepat tersebar ke seluruh Taiwan.

Tanggal 1 Maret 1947, demonstrasi terpisah berkobar di seluruh Taiwan.

Susulan dan kesan kejadian

[sunting | sunting sumber]

Kejadian tersebut menaikkan kemarahan warga pulau Taiwan sehingga berlaku huru-hara dengan serangan balas dendam terhadap warga asal Tanah Besar.[4]

Pihak Kuomintang segera giat mencari sebarang warga yang dianggap menunjukkan sokongan mereka kepada Parti Komunis China; Keganasan Putih ini menyaksikan ribuan orang baik asal Tanah Besar atau Taiwan dipenjarakan atau dibunuh atas pengesyakan sokongan mereka kepada pihak Komunis. Keadaan ini sangat menyemaikan rasa kebencian mereka kepada rejim KMT itu malah kepada semua orang kelahiran luar Taiwan.

Peristiwa ini dianggap terlalu tabu untuk disentuh secara umum; lagi-lagi dengan sangkaan bahawa krisis ini akan segera diselesaikan setelah Chen Yi dihukum mati kerana membelot kepada Parti Komunis serta pemberian pampasan diagihkan sewajarnya kepada para waris dan keluarga mangsa terjejas. Lama-kelamaan, desakan oleh beberapa kelompok rakyat akhirnya mendorong kepada suatu laporan kajian mengenai kesan kejadian ini ooleh Yuan Eksekutif pada tahun 1992.[12]

  1. ^ "二二八事件紀念基金會簡介" (dalam bahasa Cina). 二二八事件紀念基金會. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-07-25. Dicapai pada 25 November 2018.
  2. ^ "傷亡人數與人才斷層". TaiwanUS.net. Dicapai pada 24 September 2008. (Cina)
  3. ^ "Formosa killings are put at 10,000". New York Times. 29 Mac 1947. Dicapai pada 22 April 2006.CS1 maint: date and year (link)
  4. ^ a b Smith, Craig A (2008). "Taiwan's 228 Incident and the Politics of Placing Blame". Past Imperfect. University of Alberta. 14: 143–163. ISSN 1711-053X. Dicapai pada 13 November 2014.
  5. ^ "大「劫收」与上海民营工业". 檔案與史學. March 1, 1998. Cite journal requires |journal= (bantuan)
  6. ^ 賴澤涵 (1994). 二二八事件研究報告. 時報文化. ISBN 978-957-1309-06-4.
  7. ^ 张炎宪 (2006). 二二八事件責任歸屬研究報告. 財團法人二二八事件紀念基金會. ISBN 978-957-29362-1-4.
  8. ^ 《解讀二二八》.臺灣臺北: 玉山社出版公司. Jun 1996. ISBN 978-9579361743.
  9. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama 1947台灣二二八革命
  10. ^ 莊嘉農 (1993). 愤怒的台湾. 時報文化出版企業有限公司. ISBN 978-957-13-0601-8.
  11. ^ 延平路昨晚查緝私煙隊,開槍擊斃老百姓 [Pasukan penyeludupan Jalan Yanping memeriksa, menembak mati seorang awam], 民報社 (dalam bahasa Cina), Arkib Kebangsaan Warisan Budaya Kementerian Budaya Taiwan, 28 Februari 1947, diarkibkan daripada yang asal pada 15 Julai 2012 Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  12. ^ Kristof, Nicholas D. (April 3, 1992). "Taipei Journal; The Horror of 2–28: Taiwan Rips Open the Past". The New York Times. Dicapai pada November 20, 2014.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.