Pergi ke kandungan

Perhimpunan mahasiswa Malaysia 2010

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Perhimpunan mahasiswa Malaysia 2010 diadakan di Jalan Raja Laut , Kuala Lumpur pada hari Sabtu, 23 Januari 2010 jam 12.30 tengah hari. Mereka membawa kain rentang bertulis "Kembalikan Demokrasi Kampus" dan ‘Bangkit Mahasiswa’ . Mahasiswa ini membantah proses pilihan raya kampus 2010 kerana dikatakan tidak telus.

Perarakan 200 orang mahasiswa ini bermula dari Menara Tun Razak di Jalan Raja, sebelum berarak ke kompleks membeli-belah Sogo bagi menyebarkan risalah kepada orang ramai. Mereka berjalan kaki sejauh 500 meter dan tidak memperdulikan arahan bersurai oleh polis . Mahasiswa ini dari Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami)[perlu rujukan], Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis[perlu rujukan]), Gabungan Mahasiswa Bantah E-Voting (Bantah)[perlu rujukan] san Pro-Mahasiswa.[perlu rujukan] Mahasiswa di Malaysia berpecah kepada dua iaitu pro establishment dan anti establishment. [perlu rujukan]

Pemimpin mahasiswa Aizat Salleh memberi ucapan ringkas tentang pentingnya pilihan raya yang tranparen agar demokrasi dapat dipulihkan . Mereka mahu suara mereka disampaikan kepada Menteri Pengajian Tinggi.[1]

Tindakan polis

[sunting | sunting sumber]

Polis segera bekejar ke sana dan mengarahkan pelajar menurunkan kain rentang. Mereka bersalah mengikut Seksyen 27(5) Akta Polis kerana mengadakan perhimpunan secara haram dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang polis menjalankan tugas mereka. Sampai di ibupejabat polis Dang Wangi semua mereka akan disoalsiasat.

  1. ^ "Police rapped for arresting 9 students ahead of campus polls". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-01-25. Dicapai pada 2010-01-24.