Perbincangan pengguna:Sazrol
Assalamualaikum, Salam sejahtera & Salam Wikipedia, Sazrol, Selamat datang ke Wikipedia bahasa Melayu! | ||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Lihat juga tutorial Wikipedia dan Meja bantuan. Untuk menandatangani pesanan anda pada laman perbualan, seperti laman ini, letakkan ~~~~ (empat kali tanda gelombang) atau klik butang pada laman penyuntingan.
--Smim90 (bincang) 13:21, 2 Oktober 2011 (UTC) En. Abdul Hamid Mydin Pencipta Sepak Takraw[sunting sumber]Dengan berlalunya masa dan semakin meluas minat terhadap permainan ini diseluruh Malaya, maka pada akhir tahun 1945 satu peraturan baru lagi moden dengan menggunakan jaring telah diwujudkan oleh pemain-pemain di Pulau Pinang. Dengan terciptanya cara ini, maka tidak dinafikan lagi bahawa Pulau Pinanglah tempat asal bermulanya sepak raga menggunakan jaring yang kini dikenali sebagai sepak takraw. Bagi mempamerkan buat pertama kalinya cara permainan yang baru ini, di atas usaha diantaranya En. Mohamed bin Abdul Rahman, En. Abdul Hamid Mydin dan En. Yacob Syed. Maka pada awal tahun 1946 satu permainan pertunjukkan diantara pasukan Jalan Hatin dan pasukan Patanai Road telah diadakan di Gelanggang Hospital Haiwan, Pulau Pinang dengan sambutan yang begitu meriah walaupun di anggap ganjil. Dari Pulau Pinang dan dalam tahun 1946 juga sepak raga jaring ini telah merebak ke Alor Star, ke Kampung Baru di Kuala Lumpur dan seterusnya ke Singapura. Pada 1977, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan telah memberi gelaran Pencipta dan Pengasas Sepak Takraw keoada Hamid Mydin. Butiran lanjut boleh dicapai melalui akhbar Bintang Timur bertarikh 15 September 1977. Rujukan[sunting sumber]Anda memasukkan suntingan yang meragukan. Sila berikan rujukan bagi menyokong dakwaan anda atau suntingan anda akan diundurkan. Terima kasih. Yosri (bincang) 14:01, 1 Oktober 2011 (UTC)
http://ms.wikipedia.org/wiki/En._Abdul_Hamid_Mydin#Mengenai_Hamid_Mydin
Peringatan[sunting sumber]Salam Wikipedia, dengan ini ditegaskan, pihak kami (Wikipedia.org) tidak teragak-agak untuk menyekat anda dari terus meyunting di Wikipedia sekiranya anda dengan sesuka hati membuang teg hapus. Untuk pengetahuan anda pembuangan teg atau templat hapus hanya dibenarkan untuk dilakukan oleh Wikipedia:Penyelia yang sah sahaja. Selaras dengan peruntukan yang termaktub dalam garis panduan am Wikipedia:Permohonan memadam laman. Seperti dalam kes ini, anda telah dikenal pasti membuang templat hapus pada laman En. Abdul Hamid Mydin, sungguhpun anda cuba memasukkan sumber atau fakta atau imej yang anda sangkakan sudah memadai sebagai rujukan atau sumber bagi memperteguhkan kenyataan anda dalam rencana. Namun pihak kami (Wikipedia) masih belum dapat mengesahkan kedudukan keterampilan rencana tersebut. Harap maklum.--Smim90 (bincang) 13:11, 2 Oktober 2011 (UTC) Balas[sunting sumber]Terima kasih atas penambah baikkan ayat dan isi kandungan yang anda lakuakan dalam rencana Abdul Hamid Mydin, untuk pengetahuan anda teg hapus telah pun dibuang oleh penyelia kami, rencana suntingan anda tersebut kini sedang dinilai ketepatan faktanya, format penulisan, lesen imejnya, dan sumber rujukan yang anda berikan. Sekiranya tiada templat susulan ataupun teguran dibuat berkenaan rencana tersebut, ini bermakna para pembaca, penyunting dan pentadbir kami berpuas hati dengan nukilan tersebut, walaubagaimanapun kualiti dan ketepatan fakta masih belum dapat dijamin telus dan rencana tersebut tidak dapat dinilai cemerlang jika ia masih belum dikategorikan sebagai rencana pilihan. Sila lihat Wikipedia:Rencana pilihan untuk krateriar yang diadili oleh sidang pembaca dan pentadbir kami. Terima kasih, selamat menyumbang.--Smim90 (bincang) 02:50, 13 Oktober 2011 (UTC)
|