Perbincangan:Sejarah Malaysia
WikiProjek Sejarah Rencana Sejarah Malaysia ini merupakan sebahagian daripada WikiProjek Sejarah. Ia merupakan suatu usaha kerjasama antara pengguna bagi meningkatkan dan memperbaiki rencana-rencana berkaitan dengan Sejarah. Jika anda mahu menyertai, silalah ke laman projek. Sebarang pertanyaan dan komen mengenai laman projek, silalah kemukannya di laman perbincangan projek. |
RAJA DEWA KELANTAN (Tengku/Tuan Zainal Abidin)
BIODATA:
Tengku/Tuan Zainal Abidin adalah putera ke tiga kepada Long Kundur (Sultan Muhammad ke III) hasil perkahwinan dengan bondanya yang bernama Tengku Sofia binti Raja Long Putih Pattani. Baginda diputrakan pada tahun 1875 dan memegang jawatan Raja Muda Kelantan pada tahun 1897 - 1944 serta Raja Dewa Kelantan pada tahun 1944 - 1945. Baginda mempunyai 11 orang beradik. Abang sulong baginda bernama Tuan Long Senik memegang jawatan Raja Kelantan pada tahun 1900 - 1911 dan menjadi Sultan Kelantan pada tahun 1911 - 1920 dengan gelaran Sultan Muhammad ke IV. Adik beradik baginda yang lain ialah Tuan Long Ahmad, Long Ismail, Long Abdul Rahman, Tengku Wuk @ Ku Bol, Tengku Wuk Jamilah, Tengku Biru (suami Tuan Muhammad Salleh Long Sri Raja Limbat), Engku Embung, Engku Chik Bongsu, Tengku Sofea dan Tengku Kembang Amina. YTM Raja Dewa mangkat pada tahun 1945.
PENGANUGERAHAN DARJAH KEBESARAN
Baginda dianugerahkan gelaran Tengku Sri Indra oleh Sultan Muhammad ke IV pada tahun 1891. Kemudian dianugerahkan Phya Ratsada oleh Maharaja Siam pada tahun 1897. Seterusnya pada tahun 1900 dianugerahkan gelaran Phra Yudha Pradiyut. Pada 9 Februari 1900 dianugerahkan gelaran Yang Teramat Mulia Raja Muda Kelantan dan Raja Dewa Kelantan pada tahun 1944.
MAKLUMAT KELUARGA MENGIKUT PENGETAHUAN KELUARGA
Baginda mempunyai beberapa orang isteri dan anak. Nama-nama isteri dan anak-anak baginda adalah sebagaimana berikut:
Perkahwinan Pertama Nama isteri : (Tengku Ngoh @ Ku Ngo bin .................) Anakanda: 1) Tengku Abdullah bin Tengku Zainal Abidin 2) Tengku Muhammad Hamzah bin Tengku Zainal Abidin (Tengku Sri Utama Raja) Menteri Besar Kelantan ke 12 (1953 - 1959) yang terakhir dilantik oleh sultan tanpa pilihanraya
Perkahwinan ke 2 di Pattani pada 24 April 1899 Nama isteri: YAM Tengku Besar binti al marhum Tengku Besar Raja Pattani Anakanda: 1)Tengku Zainab I (RPZ 1) binti Tengku Zainal Abidin kahwin sepupu dengan Sultan Ibrahim sebagai isteri pertama. Memperolehi sepasang cahaya mata. Tengku Tan Sri Abdullah dengan gelaran Tengku Besar Indera Petra (Raja Muda) pengasas UMNO Kelantan. Tengku Thuraya berkahwin dengan Tengku Azman Shah ibni almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah (Tengku Bendahara Selangor)
Perkahwinan ke 3 Nama isteri Che Hawa binti............... Anakanda 1) Tengku Adnan bin Tengku Zainal Abidin 2) Tengku Ma ' amun (L) bin Tengku Zainal Abidin
Perkahwinan ke 4 Nama isteri Tengku Ngah binti Tengku Chik Penambang (Tengku Panglima Raja Penambang) Anakanda: 1) Tengku Yunus bin Tengku Zainal Abidin 2) Tengku Anuar bin Tengku Zainal Abidin (Tengku Sri Akar Raja II) 3) Tengku Ridzuan (P) binti Tengku Zainal Abidin
Perkahwinan ke 5 Nama isteri Tengku Zainab ( Ku Nab binti Tengku...............?) Anak: Tengku Sri Alam bin Tengku Zainal Abidin
Perkahwinan ke...? Nama isteri.................................. Anak 1) Tengku Limah binti Tengku Zainal Abidin 2) Tengku Lipah binti Tengku Zainal Abidin 3) Tengku Som/Tengku Kalsom ( Cik Som) binti Tengku Zainal Abidin
Perkahwinan ke..? Nama isteri........................................ Anakanda: 1)Tengku Salma @ Tengku Sulaiman bin Tengku Zainal Abidin 2) Tengku Halimah binti Tengku Zainal Abidin nenda kepada Dato'Sri Amar D'Raja Dato' (Dr) Haji Mohd Amar bin Haji Nik Abdullah speaker dewan negeri Kelantan penggal ke 15 3) Tengku Maimunah binti Tengku Zainal Abidin
Perkahwinan ke ? Mek Senik binti Awang Anak: 1)Tengku Meri binti Tengku Zainal Abidin
Catatan: Seramai 4 orang anaknda baginda sebagaimana yang di bawah yang tertulis di dalam royat ark tiada dalam pengetahuan keluarga. 1)Tengku Hanifa (P) binti Tengku Zainal Abidin 2)Tengku Amina (P) binti Tengku Zainal Abidin 3)Tengku Haptha (P) binti Tengku Zainal Abidin 4) Tengku Radzwin (P) binti Tengku Zainal Abidin
Kerajaan Kedah Tua
[sunting sumber]mengapa kerajaan Kedah Tua tidak dimasukkan ke dalam senarai templat Sejarah Malaysia? Saya rasa kerajaan Kedah Tua tidak harus diperkecilkan kerana ianya menyumbang kepada pembangunan negeri Kedah. Malahan, sumber-sumber artifak Kedah Tua lebih banyak daripada Gangga Nagara.141.213.66.30 03:14, 12 November 2006 (UTC)
- Terima kasih kerana memberi cadangan. Saya akan masukkan daftar Kerajaan Kedah Tua. — Master2841 08:43, 12 November 2006 (UTC)
Malaysia Timur
[sunting sumber]Templat sejarah Malaysia ini banyak menyenaraikan peristiwa-peristiwa di Semanjung Malaysia. bagaimana dengan Malaysia Timur? Contohnya, saya rasa kesultanan Sulu dan Brunei juga harus disenaraikan walaupun kedua-duanya bukan kesultanan di Malaysia, tapi pernah meluaskan pengaruhnya di Sabah dan Sarawak, sama seperti Majapahit dan Srivijaya.141.213.66.30 03:21, 12 November 2006 (UTC)
- Kebanyakan isi templat ini diambil daripada Wikipedia Bahasa Inggeris namun Daftar Kesultanan Sulu serta Brunei akan dimasukkan nanti. — Master2841 08:43, 12 November 2006 (UTC)
Tulisan Cina dalam gambar
[sunting sumber]Kenapa tulisan cina terdapat dalam gambar? Kalau hendak letak tulisan cina, maka tulisan india, kadazan, dayak, murut, tausug dan lain-lain perlu diletak juga. Ini memberi gambaran yang salah terhadap Malaysia. --113.210.230.248
- Saya pun kurang pasti. Sementara menunggu komen pemuat naik gambar, saya tukar dulu gambar lain yg serupa. ...Aurora... (b) 14:42, 30 November 2011 (UTC)
malaysiaku
[sunting sumber]yang saya tahu negara malaysia itu bukannya masuk jadi negara indonesia,yang buat jadi pertanyaannya mengapa malaysia itu ingin tidak menyatu alias berpisah menjadi negara tetangga indonesia. (komen oleh 36.72.117.80)
- Malaysia merupakan penyatuan negeri-negeri Melayu setaraf. Jika bersatu dengan Indonesia, mahukah Indonesia menerima hakikat bahawa kuasa Sultan setara kuasa Presidennya? Ini kerana di bawah pemerintahan British, sultan-sultan Malaya mengekalkan hak pemerintahan. Di bawah Indonesia Belanda, pemerintah tempatan berada di bawah kuasa mereka. Yosri (bincang) 13:55, 16 Jun 2013 (UTC)
Pengembangan rencana
[sunting sumber]Rencana ini sangat-sangatlah memerlukan pengembangan rencana. Rencana terlalu ringkas dan tidak dikemas kini sekian lama. Hanya pendahuluan sahaja dikemas kini tetapi lebih banyak pautan sah masih perlu dicari agar dapat meningkatkan kredibilitinya. Harap @Ceball1923:, @Fandi89:, @SNN95:, @PeaceSearcher:, @Ricky250:, @Anne4321: dapat membantu mengembangkan rencana sejarah Malaysia. Boleh dikembangkan melalui penterjemahan dari rencana Bahasa Inggeris yang cukup padat isinya.Shahsukanulis (bincang) 06:36, 13 Jun 2021 (UTC)