Pergi ke kandungan

Perbincangan:Sejarah Johor Moden

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Cadangan menukar nama rencana

[sunting sumber]

Saya ingin mencadangkan penukaran nama rencana kepada Kesultanan Johor atau Kesultanan Johor moden. Berdasarkan kandungan rencana ini, rencana ini memberi tumpuan kepada pasca-Kesultanan Johor-Riau yang akhirnya membentuk kesultanan generasi baharu yang masih ada di Johor masa kini. Kandungan ini juga dijadikan berasingan dengan rencana Johor sedia ada, bagi memfokuskan perihal pemerintahan beraja. Mohon pandangan Wikipediawan semua, terutamanya @PeaceSeekers, @26 Ramadan, @Hakimi97, @Ultron90. Sekiranya setuju, boleh cadangkan tajuk yang sesuai sama ada "Kesultanan Johor" atau perlu tambah perkataan moden. Zahirul Nukman 03:20, 18 November 2024 (UTC)[balas]

Perkataan "moden" pada pandangan saya sebenarnya mempunyai makna yang lebih kepada sesuatu yang pasca-kemerdekaan, maka saya berpendapat nama "Kesultanan Johor moden" lebih merujuk negeri Johor pada masa kini. Saya berpendapat nama yang lebih sesuai ialah "Kesultanan Johor pra-moden" atau sesuatu yang seakan dengannya. محمد حكيمي (bincang) 10:54, 18 November 2024 (UTC)[balas]
Terima kasih atas maklum balas. Mungkin diubah kepada Kesultanan Johor sahaja tanpa tambahan apa-apa, lebih baik? Sebab kalau guna pra-moden, macam bercanggah konteks rencana yang sememangnya memperihalkan kesultanan masa kini. Zahirul Nukman 17:34, 18 November 2024 (UTC)[balas]
Selepas saya mengkaji balik laman Senarai Sultan Johor, saya berpendapat kalau nak kekalkan "Kesultanan Johor Moden" ("m" pada "Moden" lebih baik dihurufbesarkan kerana pada pendapat saya sudah dikira kata nama khas) pun boleh juga, cumanya kalau ini mewakili kesemua sultan sehingga hari ini, maka Templat Infobox Former Country pada laman Sejarah Johor Moden perlu dibetulkan dengan menyertakan tarikh penyertaan Persekutuan Tanah Melayu serta senaraikan kesemua sultan-sultan yang ada pada masa kini. محمد حكيمي (bincang) 03:39, 19 November 2024 (UTC)[balas]
Manakala laman Johor dikekalkan sebagai maklumat umum perihal Johor semata-mata. محمد حكيمي (bincang) 03:40, 19 November 2024 (UTC)[balas]
Terima kasih atas maklum balas. Memandangkan saudara menyebutnya, nampaknya laman Senarai Sultan Johor juga sebenarnya perlu dikemas kini supaya menjadi sebuah "rencana senarai" yang betul, dan penyusunan kembali rencana-rencana berkaitan perlu dilakukan, supaya maklumat dapat disatukan (jika bersepah) dan disusun dengan baik. Zahirul Nukman 14:58, 19 November 2024 (UTC)[balas]