Perbincangan:Mohd Yusof bin Muda
Saya tidak pasti adakah rencana ini iaitu tentang seorang guru besar dibenarkan di wikipedia. Adakah ia dibenarkan? — Master2841 16:49, 2 September 2006 (UTC)
- Polisinya adalah sekiranya orang itu cukup terkenal maka dibenarkan. Terdapatkah bukti akan kemayshuran orang ini? — Alistaire 17:05, 2 September 2006 (UTC)
- Kalau mengikut rencana ini, masyhur di Terengganu. ...Aurora... 12:45, 4 September 2006 (UTC)
- Tiada sebarang rujukan telah dibuat. Kalau ikut polisi, tiada rujukan, maka bolehlah dihapuskan. Zamwan (bincang) 03:17, 29 Mei 2009 (UTC)
- Rencana ini dah lama di sini. Letak teg/beritahu penyumbangnya dahulu. Jika tidak ditambah rujukan, bolehlah dihapuskan. ...Aurora... (b) 01:13, 3 Jun 2009 (UTC)
- Tiada sebarang rujukan telah dibuat. Kalau ikut polisi, tiada rujukan, maka bolehlah dihapuskan. Zamwan (bincang) 03:17, 29 Mei 2009 (UTC)
Sehingga 17 Julai 2011 ni, rencana ini masih tiada rujukan diberikan. Kalau ikutkan hati nak je dipadam, tapi kalau ikut akal, Cikgu Besar Mohd Yusof Muda ni berkarisma la, sebab rencana sebut beliau menang anugerah sampai peringkat negeri. Pada pandangan saya boleh anggap popular orang ni. Bagaimana? apa harus kita lakukan. Garis panduan rencana untuk sekolah masih belum ada bagi membenarkan rencana berkonsep sekolah dan organisasinya yang terkenal untuk dipertahankan, tapi kalau rujuk keputusan usul bertarikh 30 Mac 2008 sila lihat [1] menolak kelayakan rencana berkaitan guru besar. Sekali lagi apa pandangan ye?--Smim90 (bincang) 18:48, 16 Julai 2011 (UTC)
- Saya kira beliau terkenal kerana mencipta perisian, bukan kerana menjadi guru besar. Jadi tak boleh hapus kerana beliau guru besar. Sebaliknya, jika nak dihapuskan mesti atas sebab tiada rujukan. Apapun, beritahulah penyumbang utamanya, Myusm, dahulu. ...Aurora... (b) 03:44, 18 Julai 2011 (UTC)