Pergi ke kandungan

Perbincangan:Kustantiniyah

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pertimbangan menukarkan tajuk entri kepada nama kurang Inggeris

[sunting sumber]

Saya mengusulkan nama lebih sesuai untuk menggantikan nama "Constantinople" yang jujurnya agak terlalu Inggeris dan mesti diselaraskan kepada nama lebih tersedia ada dan lancar mengikut sebutan Melayu.

PUSINGAN PERTAMA Ada beberapa pilihan yang saya ingin ajukan di sini:

  • Cara Barat - yakni pemelayuan sebutan orang Barat:
  1. Konstantinopel - hasil mengeja ikut sebutan Melayu perkataan Inggeris yang asal (disebut /kon.stan.ti.no.pĕl/)
  2. Konstantinopolis - menyerap Yunani: Κωνσταντινούπολις
  • Cara Arab - yakni pemelayuan sebutan orang Arab (selaku pengaruh utama budaya penulisan Empayar Uthmaniyah)
  1. Qustantiniyah - berdasarkan akar nama Arab: اَلْقُسْطَنْطِينِيَّةُ, rumi: al-Qusṭanṭinīyya yang diserap dari Bahasa Turki Uthmaniyah: قسطنطينيه, didasarkan bukti persuratan antara Sultan Brunei dengan Sultan Uthmaniyah pada 1321 (sumber I sumber II, lihat baris ke-4 pada rajah salinan warkah didigitasikan)
  2. Kustantiniyah - sama dengan yang sebelumnya, tetapi "Q" ditukar kepada "K" mengikut corak "Kaherah" dari القاهرة‎al-Qahirah
  3. Konstantaniah - seperti yang dicadangkan oleh @Zahirulnukman:

Saya menjemput semua memberi undian masing-masing, mana yang terbanyak kita boleh marakan terus ke pusingan kedua menentukan ejaan dpersetujui sebelum dapat memindahkan. --Anumengelamun (bincang) 04:09, 23 Disember 2020 (UTC)[balas]

Terkini: Qustantiniyah/Kustantiniyah (Jawi: قسطنطينيه‎) menjadi lencongan utama pada kerana mendekati ejaan pada dokumen asal. Meskipun, ya, Konstantaniah memang ada tertulis dalam PRPM, tetapi agak tidak berkesinambungan dengan sumber-sumber dunia Islam lain. Malah, asal sumber tersebut dari Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia agak dikhuatiri cenderung dari sudut pandang Malaysia sahaja. - Anumengelamun (bincang) 08:05, 19 Julai 2021 (UTC)[balas]

Cara Arab SNN95 Talk to me, beybeh! 05:39, 26 Februari 2021 (UTC), Haji Pingu Al-Wiki (bincang) 10:20, 25 Februari 2021 (UTC)[balas]
Cara Barat Wiki Farazi (⌐■-■) bincang 07:33, 12 Februari 2021 (UTC), Ultron90 (bincang) 08:15, 8 Mac 2021 (UTC)[balas]

PUSINGAN KEDUA - akan datang Nampaknya masa diberikan sudah lama tamat. Sejak masa berlalu juga saya juga mendapati ada sumber baharu mengenai penamaan kota ini yang digunakan dalam persuratan Melayu lalu boleh dimanfaatkan untuk penukaran ini. Sekurang-kurangnya ada sepakat diyakini bahawa cara Arab yang lebih digemari dari keputusan diberikan. - Anumengelamun (bincang) 14:12, 18 Julai 2021 (UTC)[balas]