Pergi ke kandungan

Perbincangan:Bahasa Melayu Johor-Riau

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Bahasa Johor-Riau

[sunting sumber]

Saya orang pertama yang membuat laman ini. Rujukan pertama disalin daripada laman Bahasa Melayu Riau serta ditambah tentang sejarah Bahasa Johor-Riau dan perkembangan bahasa ini berlaku. Laman ini juga menerangkan pecahan sub dialek seperti Bahasa Johor, Bahasa Riau, Bahasa Kepulauan Riau, Bahasa Selangor dan berkaitan dengannya. Ahmad Shazlan (bincang) 16:15, 6 Januari 2025 (UTC)[balas]

Teks utama masih tiada rujukan. Contohnya:

Bahasa Melayu Johor-Riau (Jawi: بهاس ملايو جوهر-رياو) atau Bahasa Johor-Riau (Bahase Joho-Riau; Jawi: بهاس جوهر-رياو) merupakan Bahasa Melayu yang dipertuturkan selepas era Kesultanan Melaka, Ia digunakan ketika peralihan Kesultanan Johor lama iaitu kawasan Johor-Pahang-Riau-Lingga. Bahasa ini dipertuturkan oleh penduduk Semenanjung Tanah Melayu, Temasik, Kepulauan Riau, Kepulauan Lingga , Riau dan sebahagian Sumatera Selatan.

Sepatutnya adalah seperti begini (boleh rujuk laman padanan di Wikipedia Bahasa Inggeris, yakni laman Johor–Riau Malay):

Johor–Riau Malay is a Malay dialect that is most closely related to Classical Malay used during the Malacca Sultanate and after the fall of the Malacca Sultanate, it then shifted to the first Johor Sultanate, namely the Johor–Pahang–Riau–Lingga alliance.[1][2] Its derivatives are still spoken by the Malays in the southern part of the Malay Peninsula, Singapore, Riau Islands, and the coast of the mainland Riau.

Rujukan
  1. ^ Mills, L. A. (2003). British Malaya 1824–67 (p. 86– 87). Selangor, Malaysia: Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society. Call no.: RSEA 959.5 MIL.
  2. ^ Brown, I. (2009). The territories of Indonesia. London: Routledge. ISBN 978-1-85743-215-2
محمد حكيمي (bincang) 05:39, 7 Januari 2025 (UTC)[balas]
Apa yang saya maksudkan ialah, rujukan dalam bentuk "[1]" "[2]" itu sangat sangat penting. Cuba tambah lagi supaya kandungan pada laman rencana utama itu lebih boleh dipercayai. محمد حكيمي (bincang) 05:47, 7 Januari 2025 (UTC)[balas]
Ping @Ahmad Shazlan berkenaan hal ini. محمد حكيمي (bincang) 05:48, 7 Januari 2025 (UTC)[balas]
Ataupun nanti jika ada masa saya akan selaraskan semula format rencana ini. محمد حكيمي (bincang) 09:06, 7 Januari 2025 (UTC)[balas]