Perang Tiang Bendera
Perang Tiang Bendera | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Sebahagian daripada Perang New Zealand | |||||||
Lukisan penebangan tiang bendera British dari Bukit Maiki/Flagstaff Hill. | |||||||
| |||||||
Pihak yang terlibat | |||||||
United Kingdom Great Britain dan Ireland sekutu Māori | orang Māori | ||||||
Komandan dan pemimpin | |||||||
William Hulme Tāmati Wāka Nene Leftenan Colonel Despard |
Hōne Heke Te Ruki Kawiti | ||||||
Kekuatan | |||||||
Darat: ~ 10 pegawai dan 200 askar Rejimen ke-50;[1] ditambah 20 pegawai dan 543 askar[2] ~ 7 pegawai dan 150 anggota Rejimen ke-99[1][2] ~ 2 pegawai dan 80 askar Marin Diraja[2] ~ 33 pegawai dan 280 kelasi Tentera Laut Diraja[2] Tāmati Wāka Nene ~ 450 warriors[2] Auckland Volunteer Militia ~ 42[2] Laut: sloop-of-war (HMS Hazard) corvette (HMS North Star) 28-gun sixth rate (HMS Calliope) 18-gun sloop (HMS Racehorse) 18-gun sloop HEICS Elphinstone 36-gun fifth rate frigat (HMS Castor) |
Hōne Heke ~ 250–300 pahlawan Te Ruki Kawiti ~ 150–200 orang pahlawan | ||||||
Kerugian dan korban | |||||||
82 terbunuh 164 cedera |
60–94 terbunuh 80–148 cedera | ||||||
bilangan korban orang Māori yang bersekutu dengan pihak British tidak diketahui. |
Perang Tiang Bendera (Flagstaff War) tercetus dari sekitar 11 Mac 1845 hingga 11 Januari 1846 di sekeliling Bay of Islands, New Zealand[3] antara para pengikut Hōne Heke dengan pihak British. Hōne Heke bertindak mencabar kuasa British dengan menebang tiang bendera pemberian Residen James Busby di Bukit Maiki, Kororāreka (kini Russell) berikutan rasa tidak puas hatinya terhadap syarat-syarat dalam Perjanjian Waitangi berkaitan layanan yang diberikan kepada orang Māori dalam pemerintahan British di kawasan New Zealand.
Latar belakang
[sunting | sunting sumber]Setelah Perjanjian Waitangi ditandatangani pada 6 Februari 1840, kawasan New Zealand dimasukkan sebagai suatu jajahan mahkota secara rasminya pada 21 Mei tahun sama. Pada tahun berikutnya, ibukota jajahan ini dipindahkan dari Waitangi jauh 200 km selatan ke Auckland. Hōne Heke menentang tindakan pemindahan ibukota ini oleh kerajaan British, tambahan lagi dengan pengenaan tarif kastam kepada kapal-kapal yang memasuki Kororāreka sehingga ia mengurangkan kapal-kapal yang hendak berlabuh di kawasan tersebut[4] lalu merugikan pendapatan seluruh isi suku Ngāpuhinya.[4] Penandatanganan perjanjian di Waitangi itu juga mula dianggap sebagai suatu penipuan oleh pihak British dan Eropah (Pākehā) yang berhasrat mahu merampas tanah orang Māori,[4][5] lagi-lagi dengan penunjukkan bendera Union Jack berkibaran di Bukit Maiki yang kini dilihat sebagai tanda perhambaan orang Māori kepada Ratu Victoria.[6][7]
Kemarahan Hōne Heke mula memuncak dengan pembicaraan dan penghukuman mati Wiremu Kīngi Maketū atas tuduhan pembunuhan majikannya, dua orang anak majikan tersebut dan anak seorang ketua suku Kerikeri.[8][9] Beliau mula mengumpul orang dalam kalangan suku-sakat Ngapuhi yang mahu menyokong rancangannya untuk membalas dendam terhadap pihak British termasuk Te Ruki Kawiti; mereka berdua merancang menyerang tiang bendera di Bukit Maiki.[10]
Serangan pertama
[sunting | sunting sumber]Pada 8 Julai 1844, pasukan Hōne Heke mula bergerak mendekati Bukit Maiki. Beliau merancang menebang tiang bendera itu sendiri namun dipujuk seorang paderi Anglikan yang berada di sana, William Williams, agar tidak melakukan demikian;[11] Te Haratua dari Pakaraka mengambil alih tugas tersebut dari Hōne Heke.
Kapal Sydney tiba di Bay of Islands dari New South Wales dengan angkutan sebanyak 160 pegawai dan askar Rejimen ke-99.[4] Pada 24 Ogos 1844, Robert FitzRoy iaitu Gabenor British yang mewakili kawasan New Zealand tiba menaiki HMS Hazard.[12] FitzRoy mengarahkan ketua-ketua suku Ngāpuhi meghadiri suatu persidangan di Te Waimate pada 2 September untuk meredakan keadaan. Tāmati Wāka Nene menuntut Gabor tersebut agar pasukan tentera dikeluarkan sambil mempertimbangkan permasalahan yang diadu orang Māori, terutamanya Heke dan Pōmare II, terhadap pengenaan cukai yang merugikan kedua-dua pihak tersebut.[13] Beliau dan beberapa ketua suku Ngāpuhi lain turut memerhatikan Heke sambil melindungi pedagang Eropah yang tiba di Bay of Islands.[4] Hōne Heke tidak menghadiri persidangan tersebut namun menghantarkan surat meminta maaf serta berjanji akan menggantikan tiang bendera yang ditebang.[4]
Askar-askar British kembali ke Sydney; walau bagaimanapun perdamaian yang disetujui tidak tahan lama, maka pahlawan-pahlawan Ngāpuhi pimpinan Te Ruki Kawiti dan Hōne Heke memutuskan meneruskan lagi cabaran mereka terhadap pihak Eropah di Kororāreka.
Serangan kedua
[sunting | sunting sumber]Tiang bendera British yang diganti itu ditebang sekali lagi pada 10 Januari 1845, kali ini oleh Heke. Pihak British bertindak balas dengan menghantar sepasukan 30 askar Rejimen ke-96 pada 17 Januari.[4]
Pertempuran Te Ahuahu
[sunting | sunting sumber]Hōne Heke kembali ke kubunya di Te Ahuahu ("Longgok") atau Puke-nui ("Bukit Besar") yang terletak di sebuah gunung berapi pupus[14] berdekatan Puketutu.[15] Hōne berangkat ke Kaikohe untuk mendapatkan bekalan makanan; ketika inilah salah seorang sekutu Tāmati Wāka Nene, Makoare Te Taonui dari Hokianga, menyerbu dan mengepung Te Ahuahu. Keadaan ini mencabar kuasa dan nama Hōne sehingga beliau mahu mengambil kubu tersebut kembali dengan segera.[16] Maka, sebuah pertempuran tercetus dikira pada 12 Jun 1845 ndengan adanya perlawanan balas satu demi satu pada mulanya. Hōne Heke mengumpul sekitar antara 400 dan 500 orang pahlawan manakalae Tāmati Wāka Nene mempunyai sekitar 300 orang pahlawan. Sekurang-kurangnya 30 orang pahlawan Hōne Heke yang terkorban dalam pertempuran ini, dan Heke berada dalam keadaan cedera parah sehingga terpaksa berhenti seketika untuk menyembuhkan diri selama beberapa bulan.[17][18]
Butiran teliti mengenai pertempuran ini tidak dapat dijumpai,[19] malah tidak begitu dihiraukan para sejarawan sehingga tahun 1980-an.
Pertempuran Ohaeawai
[sunting | sunting sumber]Kawiti dan Pene Taui dari suku Ngatirangi memutuskan setelah beberapa lama untuk berperang menentang pihak British di Ohaeawai.[20] Tentera British tiba di kubu Ohaeawai pā pada 23 Jun - tengah musim sejuk - serta mendirikan sebuah kem tentera sejauh 1,600 kaki (500 meter) dari kubu tersebut dengan suatu bateri meriam berempat didirikan di puncak sebuah bukit berdekatan.
Mereka mula membedil kubu tersebut, dari pagi sampai ke petang dan selama dua hari, namun barisan hadapan kurang terjejas. Pembedilan tersebut dihentikan buat sementara waktu bagi mendapatkan lagi bekalan senjata api, namun pasukan Tāmati Wāka Nene menyerang kem mereka secara tiba-tiba dan merampas bendera Union Jack; bendera tersebut dikibarkan secara terbalik dengan suatu kain kerudung (kākahu) di atasnya.[1] Kolonel Despard merasa dipersendakan atas penunjukkan tersebut lalu mengarahkan bersambungnya serangan ke atas kubu Tāmati.
Pertempuran Ruapekapeka
[sunting | sunting sumber]Perang ini mengakhiri konflik yang berlanjutan sehingga kini dengan suku Ngāpuhi terjejas kegiatan pertanuan mereka serta menghadapi gangguan dan penyakit bawaan askar British.[21] Te Ruki Kawiti nekad meneruskan peperangan[22] namun akhirnya dia dan Hōne Heke memutuskan agar pemberontakan ini dihentikan jika pihak British meniggalkan tanah milik suku Ngāpuhi, Mereka mengadakan rundingan dengan Gabenor Grey di mana Tāmati Wāka Nene menjadi pihak perantara kedua-dua mereka. Gabenor Grey memutuskan memberi pengampunan kepada Hōne dan Te Ruki, dan tiada sebidang tanah milik kedua-dua mereka disentuh langsung.[23]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c Cowan, James (1922). "Chapter 8: The Storming-Party at Ohaeawai". The New Zealand Wars: a history of the Maori campaigns and the pioneering period, Volume I: 1845–1864. Wellington: R.E. Owen. m/s. 60–72. Cite has empty unknown parameter:
|chapterurl=
(bantuan) - ^ a b c d e f Cowan, James (1922). "Chapter 9: The Capture of Rua-Pekapeka". The New Zealand Wars: a history of the Maori campaigns and the pioneering period, Volume I: 1845–1864. Wellington: R.E. Owen. m/s. 73–87. Cite has empty unknown parameter:
|chapterurl=
(bantuan) - ^ Cowan, James (1955). "Scenes of Engagements, Bay of Islands District, 1845–46". The New Zealand Wars: A History of the Maori Campaigns and the Pioneering Period: Volume I (1845–64). Dicapai pada 10 Oct 2012.
- ^ a b c d e f g Cowan, James (1922). "Volume I: 1845–1864". The New Zealand Wars: a history of the Maori campaigns and the pioneering period. Wellington: R.E. Owen. m/s. 73–144. Cite has empty unknown parameter:
|chapterurl=
(bantuan) - ^ The Revd. William Williams (1847). Plain facts about the war in the north. Online publisher – State Library Victoria, Australia: Philip Kunst, Shortland Street, Auckland. Dicapai pada 21 May 2016.
- ^ Carleton, Hugh (1874). "Vol. II". The Life of Henry Williams: "Early Recollections" written by Henry Williams. Early New Zealand Books (ENZB), University of Auckland Library. m/s. 11–15. Unknown parameter
|chapterurl=
ignored (bantuan) - ^ Carleton, Hugh (1874). Vol. II, The Life of Henry Williams. Early New Zealand Books (ENZB), University of Auckland Library. m/s. 76–84. Cite has empty unknown parameter:
|chapterurl=
(bantuan) - ^ Oliver, Steven (30 Oktober 2012). "'Maketu, Wiremu Kingi'". Dictionary of New Zealand Biography. Te Ara - the Encyclopedia of New Zealand. Dicapai pada 19 October 2013. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan) - ^ Carleton, Hugh (1874). "Vol. II". The Life of Henry Williams. Early New Zealand Books (ENZB), University of Auckland Library. m/s. 35–43. Unknown parameter
|chapterurl=
ignored (bantuan) - ^ Kawiti, Tawai (Oktober 1956). "Hekes War in the North". No. 16 - Te Ao Hou / The New World, National Library of New Zealand. m/s. 38–43. Dicapai pada 10 Oktober 2012.
- ^ Carleton, Hugh (1874). The Life of Henry Williams. II. m/s. 81–82.
- ^ "The sacking of Kororareka". Ministry for Culture and Heritage – NZ History online. 3 April 2009. Dicapai pada 16 Sep 2011.
- ^ Cowan, James (1922). "Chapter 3: Heke and the Flagstaff". The New Zealand Wars: a history of the Maori campaigns and the pioneering period, Volume I: 1845–1864. Wellington: R.E. Owen. m/s. 19. Cite has empty unknown parameter:
|chapterurl=
(bantuan) - ^ Cowan, James (1922). "Chapter 6: The Fighting at Omapere". The New Zealand Wars: a history of the Maori campaigns and the pioneering period, Volume I: 1845–1864. Wellington: R.E. Owen. m/s. 39. Cite has empty unknown parameter:
|chapterurl=
(bantuan) - ^ A. H. McLintock (1966). "HEKE POKAI, Hone". An Encyclopaedia of New Zealand. Dicapai pada 19 Sep 2011.
- ^ "Puketutu and Te Ahuahu – Northern War". Ministry for Culture and Heritage – NZ History online. 3 April 2009. Dicapai pada 28 November 2013.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaCARv22
- ^ Rankin, Freda (1 Sep 2010). "Heke Pokai, Hone Wiremu". Dictionary of New Zealand Biography. Te Ara – the Encyclopedia of New Zealand. Dicapai pada 17 Sep 2011.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaHR
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaTW39-432
- ^ Rogers, Lawrence M. (1973). Te Wiremu: A Biography of Henry Williams. Pegasus Press. m/s. 215–6.
- ^ Kawiti, Tawai (October 1956). "Hekes War in the North". No. 16 Ao Hou, Te / The New World, National Library of New Zealand. m/s. 45–46. Dicapai pada 10 Oct 2012.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaTRBP