Peragaan hari ini
Peragaan hari ini (biasanya disingkat sebagai OOTD, dari bahasa Inggeris, outfit of the day[1]) ialah budaya internet di mana pemblog fesyen menampilkan pakaian atau seragam yang mereka pakai pada hari-hari atau majlis tertentu.[2] Budaya ini sering ditemui di laman web media sosial, seperti Tumblr, Instagram dan Pinterest, serta dalam bentuk video di YouTube.[3][4][5][6] Selalunya budaya ini dilakukan oleh kaum wanita yang lebih muda iaitu golongan remaja dan belia, dengan contoh sepasang pakaian semasa yang biasa pada hari itu ialah pakaian terbaik dari Forever 21, seluar jean pendek daripada jenama American Eagle, but berjenama UGG Australia, serta beberapa aksesori termasuk dompet Coach, alat solekan dan pelbagai perhiasan mewah. Serupa dengan budaya ini dikenali sebagai "peragaan minggu ini" (bahasa Inggeris: outfit(s) of the week ; OOTW), di mana para pemblog fesyen ini akan memaparkan apa yang mereka merancang untuk dipakai sepanjang minggu itu (atau beberapa hari).
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Felix von Keudell (2012). The Internet: The Book Of Revelations, Volume 5 (dalam bahasa Inggeris). Books on Demand. ISBN 978-3848254538. Dicapai pada Mei 16, 2014.
- ^ "peragaan hari ini". Istilah Bahasa Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 10 April 2023 – melalui Pusat Rujukan Persuratan Melayu.
- ^ Leah Gonzalez (Mac 21, 2014). "Zappos Creates Personalized Shopping Experience For Instagram's #OOTD Fans" (dalam bahasa Inggeris). PSFK. Dicapai pada Mei 17, 2014.
- ^ "outfit of the day on Tumblr" (dalam bahasa Inggeris). Tumblr.com. Dicapai pada Mei 17, 2014.
- ^ "Fashion/Style/OOTD on Pinterest" (dalam bahasa Inggeris). Pinterest.com. Dicapai pada Mei 17, 2014.
- ^ "youtube outfits of the day - Google Search". www.google.com (dalam bahasa Inggeris). Google Inc. Dicapai pada Mei 17, 2014.