Minggu
Minggu (Jawi: ميڠݢو ) atau pekan (Jawi: ڤكن) adalah sebuah unit masa yang lebih lama dari hari dan lebih pendek dari bulan. Dalam kebanyakan takwim moden, satu minggu terdiri dari tujuh hari maka menjadi unit masa terpanjang digunakan yang mempunyai suatu tempoh hari yang tetap. Walaupun penetapan ini tidak didasarkan suatu cerapan astronomi, ia digunakan secara meluas terutamanya dalam konteks sosial dan komersil.
Peristilahan
[sunting | sunting sumber]Perkataan ini diambil dari Portugis: Domingo[1] turunan bahasa Latin dies Dominicus bererti "hari Tuhan kita"; dalam bahasa Melayu yang lebih awal, kata ini dieja sebagai Dominggu[2] sehingga sekitar akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20.
Istilah "pekan" (disebut [pĕ.kan]) lebih digunakan dalam dialek-dialek setempat Indonesia (seperti di Riau)[3] termasuk bahasa baku negara itu[4] sedangkan perkataan "Minggu" digunakan untuk menamakan hari selepas Sabtu dinamakan Ahad di negara-negara serantau lain;[5] "hari Minggu" juga kata seerti nama ini.[6] Kata pekan sebagai pengungkapan tempoh tujuh hari turut didapati dengan bahasa-bahasa serumpun seperti bahasa Minangkabau (pakan).[7]
Kata jumaat juga pernah digunakan untuk mengaitkan dengan tempoh ini (yakni "satu minggu" = sejumaat).[8]
Penentuan hari pertama dalam seminggu
[sunting | sunting sumber]Sabtu dan Ahad biasanya dipanggil hari minggu, dan merupakan hari cuti dan rehat di kebanyakan negara barat. Di kebanyakan negara Islam dan Yahudi pula, hari minggu ialah hari Jumaat dan Sabtu.
Ketiga-tiga agama samawi menganggap hari Ahad sebagai hari pertama dalam sesebuah minggu. Pertubuhan Pemiawaian Antarabangsa pula menggunakan hari Isnin dalam penetapan sukatan masa mereka.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Dalgado, Sebastião Rodolfo (1936). Domingo. Portuguese Vocables in Asiatic Languages. Diterjemahkan oleh Xavier Soares, Anthony (ed. bahasa Inggeris). Baroda: Oriental Institute. m/s. 136.
- ^ (Belanda) Philippus Pieter Roorda van Eysinga, Beknopte Maleische spraakkunst en chrestomathie met Italiaansch en Arabisch karakter: benevens een volledig hoog en laag Maleisch en Nederduitsch woordenboek met Italiaansch karakter, Broese & comp., 1839
- ^ "pekan". Kamus Melayu Riau-Indonesia. Balai Bahasa Sumatera Utara Badan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa Republik Indonesia. 2018. m/s. 294.
- ^ Lihat:
- "pekan". Kamus Dewan (ed. keempat). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
- "pekan". Kamus Besar Bahasa Indonesia (ed. ketiga). Badan Pengembangan Bahasa dan Perbukuan Indonesia. 2016.
- ^ "'Minggu'". Kamus Besar Bahasa Indonesia Daring. Badan Pengembangan Bahasa dan Perbukuan Indonesia. Dicapai pada 29 April 2020.
- ^ hari Minggu. Kamus Dewan (ed. keempat). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017. Dicapai pada 29 April 2020 – melalui Pusat Rujukan Persuratan Melayu.
- ^ "pakan". Kamus Minangkabau-Indonesia. Balai Bahasa Sumatera Utara Badan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa Republik Indonesia. 2018. m/s. 209.
- ^ Lihat:
- "jumaat". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
2. minggu, pekan; dua ~ dua minggu...
- Swettenham, Frank Athelstane (1910). "week". Vocabulary of the English and Malay languages. Shanghai & Hong Kong: Kelly & Walsh, limited. m/s. 160 – melalui Internet Archive.
- Wilkinson, Richard James (1901). "juma'at". A Malay-English dictionary. Hong Kong: Kelly & Walsh, limited. m/s. 231.
Sa-juma'at : a week...
- "jumaat". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.