Pepanggil
Pepanggil ڤڤڠݢيل | |
---|---|
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
(tanpa pangkat): | |
(tanpa pangkat): | |
(tanpa pangkat): | |
(tanpa pangkat): | |
Order: | |
Keluarga: | |
Genus: | |
Spesies: | C. paniculatum
|
Nama binomial | |
Clerodendrum paniculatum | |
Sinonim[1][2] | |
|
Pepanggil, panggil-panggil, pemanggil, pengkilai atau sepanggil (nama botani: Clerodendrum paniculatum)[3][4] ialah spesies tumbuhan berbunga dalam genus Clerodendrum keluarga Lamiaceae. Ia tumbuh asli di Asia dan Papuasia (selatan China termasuk Taiwan, Indochina, Bangladesh, Sri Lanka, Kepulauan Andaman dan Nicobar, Borneo, Sulawesi, Sumatera, Filipina, Kepulauan Bismarck) tropika, Fiji, Polinesia Perancis, dan Amerika Tengah.[1][5][6][7][8][9][10][11]
Botani
[sunting | sunting sumber]Pokok pepanggil renek dan hampir berkayu, ia mempunyai banyak batang yang tumbuh sehingga 0.9-1.5 m tinggi dan merampak 0.6-0.9 m lebar. Helai daunnya malar hijau dan berbentuk jantung besar sampai 30.5 sm lebar. Daun-daun ini berpasangan dan disusun berselang-seli; daun rendahnya bercuping manakala daun atasnya penuh.[12]
Jambak bunganya terletak di atas pokok berbentuk tandan berganda (panicle) besar mencapai tinggi 39 sm dan lebar 26 sm, dalam tandan ini ada 4-16 tangkai cabang (cyme) yang bertingkat dengan kuntum bunga yang semakin mengembang di bawah. Setiap bunga ini mempunyai kelopak dan ranggi berwarna merah atau jingga kemerahan dengan ukurnya 3-5 mm panjang. Tiubnya 1.2-1.6 sm panjang manakala sulur debunya 2.5-3.5 sm panjang. Buahnya berwarna biru kehijauan atau hitam.[2][12]
Galeri
[sunting | sunting sumber]-
Pokok bunga pepanggil.
-
Gambar dari dekat jambak bunga pepanggil.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b "Clerodendrum paniculatum L., Mant. Pl. 1: 90 (1767)". World Checklist of Selected Plant Families. Royal Botanic Gardens, Kew. 2022. Dicapai pada 29 Julai 2022.
- ^ a b "Clerodendrum paniculatum L." World Flora Online. The World Flora Online Consortium. 2022. Dicapai pada 29 Julai 2022.
- ^ "Clerodendrum paniculatum". Kamus Bahasa Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
- ^ Linnaeus, Carl (1767). Mantissa Plantarum. Generum Editionis vi et Specierum Editionis. ii. m/s. 90.
- ^ "Clerodendrum paniculatum Linnaeus, Mant. Pl. 圆锥大青 yuan chi da qing". Flora of China (dalam bahasa Inggeris). 1767. m/s. 36. Dicapai pada 29 Julai 2022.
- ^ Smith, A.C. (1991). "A new flora for Fiji (Spermatophytes only)". Flora Vitiensis Nova. Lawai: Pacific Tropical Botanical Garden. 5: 1–626.
- ^ Turner, I.M. (1997) [1995]. "A catalogue of the Vascular Plants of Malaya". Gardens' Bulletin Singapore. 47 (2): 347–655.
- ^ Nelson Sutherland, C. H. (2008). "Catálogo de las plantes vasculares de Honduras". Espermatofitas. Tegucigalpa, Honduras: SERNA/Guaymuras.
- ^ Vikraman, R. R.; Pandurangan, A.G.; Thulasidas, G. (2008). "A study on the garden escaped exotics of Thiruvananthapuram district, Kerala". Journal of Economic and Taxonomic Botany. 32: 765–781.
- ^ Wearn, J. A.; Mabberley, D. J. (2011). "Clerodendrum (Lamiaceae) in Borneo". Systematic Botany. 36: 1050-1061.
- ^ Davidse, G. & al., penyunting (2012). Flora Mesoamericana. México, D.F.: Universidad Nacional Autónoma de México. 4 (2): 1–533. Missing or empty
|title=
(bantuan) - ^ a b "Clerodendrum paniculatum". Floridata. 2022. Dicapai pada 29 Julai 2022.