Pergi ke kandungan

Penyambung mini-DIN

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Penyambung mini-DIN ialah sefamili penyambung elektrik berbilang pin yang digunakan dalam pelbagai aplikasi. Mini-DIN seiras dengan penyambung DIN yang lebih besar dan lama digunakan. Kedua-duanya merupakan piawaian Deutsches Institut für Normung, lembaga piawaian Jerman.

Penyambung piawai

[sunting | sunting sumber]

Penyambung mini-DIN berdiameter 9.5 mm dan terdapat dalam tujuh corak, dari tiga hingga sembilan pin. Setiap corak direka sebegitu agar palam yang satu corak tidak boleh dipadankan dengan soket bercorak lain. Aspek penting yang memastikan setiap satu dari tujh penyambung mini-DIN dijadikan piawaian rasmi adalah ketujuh-tujuhnya berlainan sekali dari satu sama lain, tanpa apa-apa pertindihan serentak secara langsung dari segei (1) susun atur pin, (2) saiz dan kedudukan kunci benam, (3) takuk kambi logam pelindung bulat dan penambahan berlogam - berbeza dari penyambung mini-DIN bukan piawai yang mungkin mengalami pertindahan sifat bertindan secara langsung dengan satu sama lain atau dengan penyambung mini-DIN yang piawai.

(muka palam atau penyambung jantan ditunjukkan)

AMARAN. Tiada rujukan dipetik bagi susun atur pin ini. Rajah mini-DIN 9-pin mungkin tidak mengikut piawaian; piawaiannya berbentuk penjarakan tak seragam pada baris pertama dan penjarakan seragam pada baris kedua.

mini-DIN 4 pin untuk S-Video


Port sambungan PS/2 berkod warna (ungu untuk papan kekunci, hijau untuk tetikus)

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]