Pensampelan bawah
Dalam memproses isyarat, pensampelan bawah (bahasa Inggeris: undersampling) atau pensampelan lulus jalur ialah satu teknik di mana isyarat yang telah ditapis lulus jalur disampelkan pada kadar sampel kurang daripada kadar Nyquistnya (dua kali ganda frekuensi potongan atas), tetapi isyarat asal masih boleh dihasilkan semula.
Apabila isyarat lulus jalur disampelbawahkan, sampel-sampel yang terhasil tidak dapat dibezakan dengan sampel-sampel alias berfrekuensi-rendah kepada isyarat yang berfrekuensi-tinggi. Pensampelan begini turut dikenali sebagai pensampelan lulus jalur, pensampelan harmoni, pensampelan IF, dan penukaran IF–ke–digital langsung.[1]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Walt Kester (2003). Mixed-signal and DSP design techniques. Newnes. m/s. 20. ISBN 978-0-7506-7611-3.
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.