Penapis lulus jalur
Penapis lulus jalur atau turas laluan jalur (bahasa Inggeris: band-pass filter) ialah peranti yang membiarkan frekuensi dalam julat tertentu lepas dan menyingkir (melemahkan) frekuensi yang berada di luar julat tersebut.
Perihal
[sunting | sunting sumber]Satu contoh penapis lulus jalur elektrik analog ialah litar RLC (litar perintang–induktor–kapasitor). Penapis ini juga boleh dibuat dengan menggabungkan penapis lulus rendah dan penapis lulus tinggi.[1]
Penapis lulus jalur yang sempurna mempunyai jalur lulus yang rata sepenuhnya dan akan melemahkan semua frekuensi yang berada di luar jalur lulus. Tetapi, dalam keadaan sebenar, tiada penapis lulus jalur yang sempurna. Tidak semua frekuensi luar julat yang diingini dilemahkan sepenuhnya oleh penapis; khususnya, di sipi luar lulus jalur yang dingini terdapat bahagian yang telah dilemahkan, namun tidak disingkirkan. Ini disebut lurutan (roll-off) penapis tersebut, dan biasa diungkapkan dalam dB pelemahan frekuensi per oktaf atau per dekad.
Lebar jalur penapis, boleh dikira dengan hanya mendapatkan beza antara frekuensi potong atas, dan frekuensi potong bawah, , iaitu:
Faktor Q
[sunting | sunting sumber]Penapis lulus jalur boleh dicirikan dengan faktor Q. Faktor Q adalah sonsangan lebar jalur pecahan. Penapis ber-Q tinggi akan mempunyai jalur lulus sempit manakala penapis ber-Q rendah akan mempunyai jalur lulus yang lebar, masing-masing disebut penapis jalur sempit dan penapis jalur luas.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ E. R. Kanasewich (1981). Time Sequence Analysis in Geophysics. University of Alberta. m/s. 260. ISBN 0-88864-074-9.