Pergi ke kandungan

Pengiring pembinasa kelas Abukuma

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
JS Ōyodo di pelabuhan Maizuru
Ringkasan kelas
Pembina:
Pengguna: Bendera tentera laut Jepun Pasukan Pertahanan Diri Laut Jepun
Didahului oleh: kelas Yūbari
Diganti oleh: kelas Mogami
Dibina: 1988–1991
Ditauliahkan: 1989–kini
Dirancang: 11
Disiapkan: 6
Dibatalkan: 5
Aktif: 6
Ciri-ciri umum
Jenis: Pengiring pembinasa
Sesaran:
  • 2,000 tan standard
  • 2,550 tan muatan penuh
Panjang: 357 ka (109 m)
Lunas: 44 ka (13 m)
Draft: 12 ka (3.7 m)
Jana kuasa:
Halaju: 27 knot (50 km/j)
Anak kapal: 120
Sistem penderia dan
pemprosesan:
Persenjataan:

Pengiring pembinasa kelas Abukuma (atau frigat) (Jepun: あぶくま型護衛艦, rumi: Abukumagatagoeikan) adalah sebuah kapal pengiring pembinasa yang digunakan oleh Pasukan Pertahanan Diri Maritim Jepun. Ia merupakan penerus kepada kelas Yūbari.[1]

Abukuma kini digantikan dengan frigat kelas Mogami.[2]

Rekabentuk

[sunting | sunting sumber]

Kelas ini dirancang untuk mengantikan kelas Isuzu sebelumnya dan memiliki kedua-dua keupayaan ASW seperti yang terdapat pada kelas Chikugo dan keupayaan ASuW pada kelas Yūbari, selain daripada pelbagai peningkatan seperti di bawah:

Pengenalan teknologi halimunan

[sunting | sunting sumber]

Kelas ini merupakan kapal tempur pertama dalam armada JMSDF yang dilengkapi dengan teknologi halimunan. Superstrukturnya mempunyai permukaan menegak tradisional, akan tetapi badannya dicondongkan untuk mengurangkan keratan rentas radar.

Peperangan elektronik

[sunting | sunting sumber]

Ia merupakan kelas kapal pengiring pembinasa pertama yang dipasang dengan Naval Tactical Data System dan sistem arah tempur OYQ-7. Ia juga merupakan kelas pengiring pembinasa pertama yang memiliki keupayaan ECM dengan penyesak OLT-3.

Sistem persenjataan

[sunting | sunting sumber]

Sistem Pertahanan Udara Jarak Dekat yang terdiri daripada radar pencari udara OPS-14, radar permukaan dan perolehan sasaran OPS-28, sebuah meriam tembak cepat Otobreda 76 mm yang dikawal oleh sistem kawalan tembakan FCS-2 dan Phalanx CIWS. OPS-14 adalah produk buatan Jepun yang setanding dengan radar AN/SPS-49 buatan Amerika, manakala OPS-28 pula setara dengan TAS Mk.23 buatan A.S. Phalanx CIWS memberi kelebihan dalam keupayaan pertahanan diri menentang peluru berpandu anti kapal. Sistem Peluru Berpandu Pertahanan Titik, Mk.31 RAM GMWS telah dirancang akan tetapi belum dipasang.

Sistem ASW terdiri daripada sebuah sonar lekapan badan, OQS-8 (setanding dengan DE-1167 buatan A.S), roket anti kapal selam, ASROC yang terdiri daripada lapan buah pelancar roket Type 74 (pengeluaran berlesen daripada Mark 16 GMLS buatan A.S) dan torpedo ringan ASW daripada dua buah pelancar tiub torpedo berkembar tiga, HOS-301 324 mm (12.8 in). Sebuah Sistem Sonar Jujukan Tunda Taktikal juga dirancang tetapi belum dipasang.

JMSDF merancang untuk membina 11 buah kapal dari kelas ini, tetapi akhirnya hanya enam buah yang telah dibina di sebabkan pembinasa kelas-Hatsuyukis telah mula diaturgerak. Kesemua enam buah kapal dalam kelas ini dinamakan bersempena dengan nama sungai-sungai di Jepun.

Kapal-kapal dalam kelas

[sunting | sunting sumber]
No. Pennant Nama Dibaringkan Dilancarkan Ditauliahkan Pelabuhan
DE-229 Abukuma 17 Mac 1988 21 Disember 1988 12 Disember 1989 Kure
DE-230 Jintsū 14 April 1988 31 Januari 1989 28 Februari 1990 Sasebo
DE-231 Ōyodo 8 Mac 1989 19 Disember 1989 23 Januari 1991 Ominato
DE-232 Sendai 14 April 1989 26 Januari 1990 15 Mac 1991 Maizuru
DE-233 Chikuma 14 Februari 1991 25 Januari 1992 24 Februari 1993 Ominato
DE-234 Tone 8 Februari 1991 6 Disember 1991 8 Februari 1993 Kure

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "Abukuma Class Destroyer Escorts". Naval Technology (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-04-27. Dicapai pada 2024-07-09.
  2. ^ Fish, Tim (2022-04-11). "Japan Countering China's Naval Build-up with Modern Fleet". USNI News (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2022-04-13. Dicapai pada 2024-07-09.