Pergi ke kandungan

Pengguna:Zahirulnukman/Kotak pasir/22

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Draf untuk pemurnian semula dasar (terjemahan enwiki)

[sunting | sunting sumber]

Tajuk rencana

[sunting | sunting sumber]

Tajuk rencana Wikipedia ialah pengepala besar yang dipaparkan di atas kandungan rencana, dan menjadi asas bagi nama laman bagi rencana dan URL. Tajuk menandakan mengenai apakah sesebuah rencana dan membezakannya dengan rencana lain.

Tajuk mungkin diringkaskan sebagai nama subjek bagi rencana, atau,jika topik rencana tidak bernama, ia mungkin menerangkan topik. Disebabkan tidak boleh dua rencana mempunyai tajuk yang sama, ia kadang kala menjadi keperluan untuk menambah maklumat yang membezakan, selalunya dalam bentuk penerangan dalam kurungan selepas nama. Secara umumnya tajuk rencana berasaskan apa subjek itu dipanggil dalam sumber yang layak. Apabila terdapat beberapa kemungkinan, penyunting memilih kalangan mereka dengan mempertimbangkan beberapa prinsip: tajuk rencana yang sesuai mengenalpastikan subjek; ia adalah ringkas, lazim, boleh dikenal beza dan dikenal pasti; dan menyerupai tajuk untuk artikel yang serupa.

Laman ini menerangkan secara terperinci pertimbangan-pertimbangan, atau kelaziman penamaan, atas apa pilihan tajuk rencana diasaskan. Laman ini bukanlah memperincikan penajukan untuk laman dalam ruang nama yang lain, seperti kategori. Ia akan ditambah dengan beberapa garis panduan lain yang lebih terprinci (lihat kotak di belah kanan), yang mana seharusnya dizahirkan bersama dasar-dasar yang lain, secara khusus kepada tiga teras utama dasar kandungan: Kebolehsahan, Larangan penyelidikan asli, dan Pandangan berkecuali.

Jika perlu, sesebuha tajuk rencana boleh diubah dengan pemindahan laman. Untuk maklumat lanjut mengenai tatacara pemindahan laman, lihat Wikipedia:Pemindahan laman, dan Wikipedia:Pemohonan pindah.