Pergi ke kandungan

Pengguna:Matriffin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Matriffin bin Md Amin anak ke lima dari dua belas beradik. Dilahirkan pada 15 Februari 1964 di Muar, Johor. Pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bukit Gambir, Muar, Johor, Malaysia (1971). Pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Gambir, Muar (1977). Mengikuti aliran sains di SMK Tengku Mahmud Iskandar , Sungai Mati, Ledang (1980-1981). Mengikuti kursus Matrikulasi I di Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR), Ipoh (1982) dan Matrikulasi II di USM, Pulau Pinang (1983). Mendapat Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Kepujian) di USM pada tahun 1988. Mula berkhidmat di Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) pada tahun 1988 di Jalan Petri, Johor Bahru. Pejabat KEJORA telah berpindah ke Bandar Penawar, Kota Tinggi pada November 1989. Waktu itu banjir telah melanda Bandar Kota Tinggi menyebabkan beberapa anggota terpaksa bermalam di Kota Tinggi, Johor.

Sumbangan kemasyarakatan:

  • 1. YDP PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Penawar Sesi 2010/2011 hingga Sesi 2015/2016.
  • 2. ALK Koperasi Pelaburan Pekerja-Pekerja KEJORA Kota Tinggi Berhad http://www.kopera.com.my/ Sesi 2011/2012 hingga Sesi 2014/2015.
  • 3. Pengerusi Ganti Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Masyarakat Bandar Taman Seri Lambak Sesi 2011/2015.
  • 4. Panel Penilai Anugerah Desa Cemerlang (ADC) Peringkat Kebangsaan Tahun 2006. http://www.rurallink.gov.my/c/document_library/
  • 5. Panel Penilai ICT, Anugerah Desa Cemerlang Peringkat Daerah Kota Tinggi Tahun 2009. http://www.mdkt.gov.my/web/guest/anugerah_desa
  • 6. Setiausaha Program Internet Desa (PID) Bandar Penawar (2006- 2012).
  • 7. Penasihat Kumpulan Inovasi dan Kreativiti (KIK) Inspirasi Digital Bahagian Teknologi Maklumat KEJORA. Pencapaian: Johan Konvensyen KIK KEJORA Tahun 2009, 2010 dan 2011. Naib Johan KIK Peringkat Negeri Johor 2011.
  • 8. Webmaster terbaik 2006. Penarafan 5 Bintang Portal/Website KEJORA bagi Tahun 2010, 2011, 2012, 2013 dan 2014. MDeC http://www.mdec.my/

Ayah, Md Amin bin Abu Bakar pernah bertugas dengan tentera British di Singapura. Md Amin Abu Bakar (lahir pada 22 hb. Februari 1934 - Kembali ke Rahmatullah pada 20 hb. September 2013) adalah pesara Kerajaan. Atuk (1908-1995), Abu Bakar bin Abd Majid bin Isnin bin Waad. Atuk saudara, Mahadi bin Abd Majid@Abd Hamid (lahir pada 1911), Yahya dan Yaakob.

Ibu, Napsiah binti Mohamed Yusoh (lahir pada 1 hb. Januari 1940 - Kembali ke Rahmatullah pada 10 hb. Januari 2012) mengajar tajwid dan bacaan Al-Quran di Kampung Parit Jarum Laut, Bukit Gambir. Johan Tilawah Al-Quran di peringkat Mukim Gersik bagi tiga tahun berturut-turut iaitu dari tahun 1967, 1968 dan tahun 1969. Naib Johan Tilawah Al-Quran peringkat Negeri Johor pada Tahun 1970 . Johan Bacaan Barzanji Peringkat Negeri Johor pada Tahun 1970.