10 Jun2008: Dilantik menjadi penyelia dengan keputusan 15:2, terima kasih kepada semua yang mengundi.
Tugas saya di Wikipedia Bahasa Melayu
Saya seorang yang sudah lama terlibat dalam penyuntingan artikel sejak dari di bangku sekolah lagi. Di sini, saya lebih kepada penterjemah dan penyunting daripada seorang penulis. Saya mula menglibatkan diri dalam Wikipedia Bahasa Melayu untuk mengasah kemahiran menterjemah ketika mengambil kursus terjemahan.
Menterjemah sesuatu artikel dari Wikipedia Bahasa Inggeris kepada Wikipedia Bahasa Melayu adalah sesuatu yang mencabar, menyeronokkan dan pada masa yang sama sesuatu kepuasan. Tugas saya memastikan fakta yang ditulis tidak bercanggah dan tidak bercampur dengan emosi. Bagi saya emosi yang berlebihan mengganggu potensi sesuatu artikel yang berguna dan baik dibaca daripada dibaca oleh semua orang. Kita kena akui setiap orang mempunyai bias dan hanya memilih untuk membaca perkara yang mereka suka. Oleh itu sangat penting setiap pandangan pro dan kontra diberi ruang yang sama.
Falsafah saya di Wikipedia
Bagi saya penyuntingan, penulisan, penterjemahan dan penyelidikan tidak dapat dipisahkan kerana apabila kita membuat penterjemahan terutama di Wikipedia ini, pada masa yang sama kita juga membuat:
penyelidikan untuk memastikan fakta yang ditulis benar dan dikemaskini jika ada fakta baru
penulisan kerana mahu atau tidak kita perlu menyesuaikan artikel yang kita buat sesuai dibaca pembaca sasaran, di sini mereka yang bertutur dalam bahasa Melayu yang tentu budayanya dan agamanya adalah Islam dan Melayu
penyuntingan perlu untuk memastikan struktur bahasa dan ejaan yang betul serta yang penting artikel yang kita sunting dapat difahami dengan jelas oleh pembaca.
Subjek kegemaran
Sebagai seorang yang berkelulusan ekonomi dari sebuah universiti di Amerika Syarikat, saya lebih tertarik untuk menyunting artikel atau membuat artikel baru dalam subjek yang berkaitan dengan ekonomi dan topik yang berkaitan dengan Amerika Syarikat termasuk sejarahnya, sistemnya dan budayanya.
Selain itu saya adalah bekas pelajar aliran agama, jadi secara natural subjek berkaitan agama juga menarik minat terutamanya yang berkaitan Islam dan Kristian kerana saya juga belajar agama Kristian ketika di universiti. Subjek sejarah pula adalah subjek kegeraman saya sejak dari sekolah rendah lagi termasuk sejarah tamadun barat dan falsafahnya yang tidak diajar di dalam kurikulum Malaysia.
Perkara lain
Statistik hasil kerja saya di Wikipedia Bahasa Melayu.