Esztergom
Esztergom | |
---|---|
Nama panggilan: Rome Hungary, Sion Hungary, Kota St. Stephen | |
Koordinat: 47°47′8″N 18°44′25″E / 47.78556°N 18.74028°E | |
Negara | Hungary |
Kaunti | Komárom-Esztergom |
Ditubuhkan | sekitar tahun 972 |
Ibu negara Hungary | 972-1249 |
Pentadbiran | |
• Datuk Bandar | Etelka Romanek (Fidesz-KDNP) (2014-) |
Keluasan | |
• Jumlah | 100.35 km2 (38.75 batu persegi) |
Penduduk (2014) | |
• Jumlah | 28,412 |
• Kepadatan | 308.2/km2 (798/batu persegi) |
Zon waktu | UTC+1 (CET) |
• Musim panas (DST) | UTC+2 (CEST) |
Poskod | 2500-2509 |
Kod kawasan | 33 |
Laman sesawang | www.esztergom.hu |
Esztergom (sebutan Hungary: [ˈɛstɛrɡom] dengar (bantuan·maklumat), Jerman: Gran , Slovak: Ostrihom , dikenali dengan nama-nama alternatif), adalah sebuah bandar yang terletak di utara Hungary, 46 kilometer (29 batu) barat laut ibu negara Budapest. Ia terletak dalam kaunti Komárom-Esztergom, di tebing kanan sungai Danube, yang membentuk sempadan dengan negara Slovakia.
Esztergom merupakan ibu negara bagi Hungary bermula pada kurun ke-10 sehingga pertengahan kurun ke-13 apabila Raja Béla IV dari Hungary memindahkan ibu negara ke Buda.
Esztergom merupakan tempat bagi para prímás (lihat Primate) dari Gereja Katolik Rom di Hungary, dan bekas kedudukan Mahkamah Perlembagaan Hungary. Kota ini juga memiliki Keresztény Múzeum, koleksi ecclesiastical terbesar di Hungary. Katedralnya, Basilika Esztergom merupakan gereja terbesar di Hungary.