Pergi ke kandungan

Penerbangan 715 Penerbangan Jepun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Penerbangan 715 Penerbangan Jepun
ڤنرباڠن 715 ڤنرباڠن جڤون
日本航空クアラルンプール墜落事故
JA8051, pesawat yang terbabit dalam kemalangan tersebut
Kejadian
Tarikh27 September 1977
RingkasanKawalan penerbangan dalam kawasan akibat keralatan juruterbang
Tapak kejadianLadang Elmina, berhampiran Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, Malaysia
Pesawat
Jenis pesawatMcDonnell Douglas DC-8
PengendaliJapan Airlines
Kod pendaftaranJA8051
Asal penerbanganLapangan Terbang Haneda, Tokyo, Jepun
Perhentian pertamaLapangan Terbang Kai Tak, Hong Kong
Perhentian terakhirLapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, Malaysia
DestinasiLapangan Terbang Paya Lebar, Singapura
Penumpang69
Anak kapal10
Kematian34
Kecederaan45
Terselamat45

Penerbangan 715 Penerbangan Jepun (日本航空 715便, Nihonkōkū 715 Bin; Tulisan Jawi: ڤنرباڠن 715 ڤنرباڠن جڤون) merupakan sebuah penerbangan penumpang antarabangsa yang dijadual dari Tokyo ke Singapura. Pesawat McDonnell Douglas DC-8 tersebut terhempas berdekatan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, Malaysia pada 27 September 1977. Ia membawa sepuluh anak kapal dan 69 penumpang. Kemalangan ini merupakan kemalangan pesawat kedua terbesar di Malaysia pada masa kejadian.[1]

Pesawat ڤىساوت

[sunting | sunting sumber]

Pesawat yang terlibat ialah Douglas DC-8-62H (nombor siri 46152 dan kilang 550), dikeluarkan pada tahun 1971, dan dihantar ke Japan Airlines pada 23 Ogos. Ia didaftarkan sebagai JA8051. Pesawat ini dikuasakan oleh empat enjin turbofan Pratt & Whitney JT3D-3B.[2]

Kemalangan کمالڠن

[sunting | sunting sumber]

Dua jam dalam penerbangan, kawalan lalu lintas udara di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah memberitahu penerbangan 715 untuk memulakan pendekatan dan mendarat di landasan 15. Pesawat tersebut mula mendarat, dan turun di bawah ketinggian minimum 750 kaki, kemudian pada ketinggian 300 kaki, ia jatuh ke sisi bukit 4 batu dari lapangan terbang, berhampiran sebuah ladang yang bernama Ladang Elmina. Pesawat hancur akibat hentaman, tanpa kebakaran.

Kemalangan tersebut mengorbankan 34 orang: lapan daripada 10 anak kapal dan 26 daripada 69 penumpang. Empat puluh lima yang terselamat, di antara penumpang dan anak kapal, dibawa ke hospital. Serpihan dari nahas itu dapat dijumpai di tanah di sekitar ladang tersebut hingga 2011. Sebahagian besar tanah tersebut kini telah dijadikan sebagai kawasan pembangunan.[3]

Sebuah tugu peringatan dibina di tanah perkuburan Jepun di Malaysia. [4]

Kemalangan tersebut adalah kemalangan pesawat kedua terbesar yang berlaku di Malaysia sehingga terhempasnya Penerbangan 653 Penerbangan Malaysia, dua bulan kemudian, dengan 100 kematian. [1]

Penyiasatan ڤڽياستن

[sunting | sunting sumber]

Biro Penerbangan Awam Malaysia menyiasat kemalangan itu. Pada saat kemalangan, cuaca di sekitar lapangan terbang adalah tidak baik dan pesawat berada dalam pendekatan VOR. Siasatan menentukan bahawa penyebab kemalangan itu ialah kapten pesawat tersebut turun di bawah ketinggian penurunan minimum tanpa landasan dalam kelihatan, dan meneruskan penurunan, menyebabkan pesawat itu terhempas sebelum sampai ke lapangan terbang. Anak kapal penerbangan tersebut tidak dapat melihat lapangan terbang kerana cuaca buruk, yang juga menyumbang kepada kemalangan. Sebagai tambahan, pegawai pertama tidak mencabar kapten kerana melanggar peraturan. [3]

Lihat juga ليهت جوڬ

[sunting | sunting sumber]

Catatan چاتتن

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ a b Ranter, Harro. "ASN Aircraft accident McDonnell Douglas DC-8-62H JA8051 Kuala Lumpur Subang International Airport (KUL)". aviation-safety.net. Aviation Safety Network. Dicapai pada 2014-05-17.
  2. ^ "JA8051 Japan Airlines Douglas DC-8-62H - cn 46152 / ln 550" (dalam bahasa Inggeris). Planespotters.net. Dicapai pada 2014-05-17.
  3. ^ a b "Accidents JAL has caused other than Flight 123 Accident" (dalam bahasa Inggeris). JAPAN AIRLINES Corporate Information. Dicapai pada 2014-05-17.
  4. ^ "マレーシア日本人墓地を訪ねて" [Visit a Japanese cemetery in Malaysia]. www.eva.hi-ho.ne.jp (dalam bahasa Japanese). Dicapai pada 2019-09-06.CS1 maint: unrecognized language (link)

Rujukan روجوعن

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar ڤاءوتن لوار

[sunting | sunting sumber]