Pergi ke kandungan

Penerbangan 3704 Iran Aseman Airlines

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Penerbangan 3704 Iran Aseman Airlines
Pesawat yang terlibat dalam nahas, 2006
Kejadian
Tarikh18 Februari 2018 (2018-02-18)
RingkasanMasih dalam siasatan
Pesawat
Jenis pesawatATR-72
Asal penerbanganLapangan Terbang Mehrabad, Tehran, Iran
DestinasiYasuj, Iran
Penumpang60
Anak kapal6
Kematian66
Map
Laluan Penerbangan 3704 Iran Aseman Airlines

Penerbangan 3704 Iran Aseman Airlines (Bahasa Parsi: پرواز شماره ۳۷۰۴ هواپیمایی آسمان‎) merupakan sebuah jadual perjalanan yang bermula dari Lapangan Terbang Mehrabad di barat Teheran, Iran ke bandar Yasuj. Sebuah insiden telah berlaku pada 18 Februari 2018 apabila sebuah pesawat ATR-72 milik Iran Aseman Airlines yang dijadualkan pada penerbangan ini terhempas, dipercayai mengorbankan kesemua 66 orang penumpang dan anak kapal.[1]

Latar belakang

[sunting | sunting sumber]

Pesawat berlepas daripada Lapangan Terbang Mehrabad pada 8 pagi (waktu tempatan) dan dijadualkan tiba di Yasuj dua jam kemudian. Namun, pesawat itu hilang dari radar dalam sejam selepas berlepas dan kemudiannya terhempas di Gunung Dena, berdekatan bandar Semiron, Isfahan. Pesawat dikatakan cuba untuk melakukan pendaratan cemas ketika itu sebelum diikuti dengan bunyi dahsyat yang didengari oleh penduduk berdekatan. Isyarat terakhir dilaporkan datang dari pesawat berkenaan sebelum 9.30 pagi pada altitud 16,975 kaki.[2][3]

  1. ^ "Aseman Airlines plane crash kills 66 in central Iran". Al-Jazeera. 18 Februari 2018. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  2. ^ Marris, Sharon (18 Februari 2018). "Iran plane crash: 66 people on board Aseman Airlines flight to Yasuj". Sky News. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  3. ^ Kitching, Chris (18 Februari 2018). "Passenger plane carrying 66 crashes into mountain in Iran killing everyone on board after disappearing from flight radar". Mirror. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)