Penawar Rindu
"Penawar Rindu" | |
---|---|
Single oleh Orchid Abdullah | |
daripada album Pesanku | |
Dilancarkan | 1970 |
Format | EP |
Genre | Ghazal |
Panjang | - |
Syarikat | EMI , Pharlopone |
Penulis | Atan Ahmad |
Penerbit | Atan Ahmad |
sunting · sunting di Wikidata |
Penawar Rindu merupakan sebuah lagu berentak ghazal ciptaan Atan Ahmad yang dipopularkan oleh penyanyi Orchid Abdullah dan dirakam pada tahun 1970 . Orchid merakamkan lagu ini dengan iringan kumpulan Orkes Sri Kenangan Batu Pahat. Lagu ini menjadi salah sebuah lagu ghazal yang paling popular dalam sejarah muzik Melayu serantau dan sering dinyanyikan dalam persembahan orkes Melayu.
Diberi nafas baharu
[sunting | sunting sumber]"Penawar Rindu" | |
---|---|
Single oleh Rafeah Buang | |
daripada album Di Luar Jendela | |
Dilancarkan | 1982 |
Format | Kaset |
Genre | Ghazal, Pop |
Panjang | - |
Syarikat | Polygram |
Penulis | Atan Ahmad |
Penerbit | Ooi Euw Jin |
sunting · sunting di Wikidata |
"Penawar Rindu" | |
---|---|
Single oleh Noraniza Idris | |
daripada album Sawo Matang | |
Dilancarkan | 2004 |
Format | CD |
Genre | Ghazal, Pop Fusion |
Panjang | - |
Syarikat | Gerak Budaya, Universal Music |
Penulis | Atan Ahmad |
Penerbit | Fareez, Noraniza Idris |
sunting · sunting di Wikidata |
"Penawar Rindu" | ||||
---|---|---|---|---|
Single oleh Dayang Nurfaizah | ||||
daripada album Kasih | ||||
Dilancarkan | 12 April 2006 | |||
Format | CD | |||
Genre | R&B, Ghazal, Pop | |||
Panjang | - | |||
Syarikat | DNAD, New Southern Records | |||
Penulis | Atan Ahmad | |||
Penerbit | Jenny Chin | |||
Kronologi single Dayang Nurfaizah | ||||
| ||||
sunting · sunting di Wikidata |
"Taurus (Penawar Rindu)" | ||||
---|---|---|---|---|
Single oleh Imran Ajmain menampilkan Altimet & Dayang Nurfaizah | ||||
daripada album Dengan Secara Kebetulan | ||||
Dilancarkan | 12 September 2006 | |||
Format | CD | |||
Genre | R&B, Hip Hop, Ghazal, Pop | |||
Panjang | - | |||
Syarikat | Tworookies | |||
Penulis | Atan Ahmad, Imran Ajmain ,Norazhar avex Yunus & Ahmad Alhadad | |||
Kronologi single Imran Ajmain menampilkan Altimet & Dayang Nurfaizah | ||||
| ||||
sunting · sunting di Wikidata |
Sejak era 1980an, lagu ini sering menjadi pilihan untuk dijadikan nafas baru ataupun eksperimen. Biduanita tersohor Rafeah Buang merakamkan semula lagu ini dengan iringan ghazal moden dalam album beliau yang berjudul Di Luar Jendela pada tahun 1982. Ia mempopularkan lagu ini sepanjang era 80an.
Pada tahun 2004, Ratu Pop Tradisional Noraniza Idris merakamkan lagu ghazal ini dengan versi pop kontemporari dalam album solo beliau Sawo Matang. Muziknya dirancakkan lebih sedikit dan Noraniza menggabungkannya dengan pop dan menjadi sebuah lagu fusion. Album tersebut berjaya memenangi kategori Album Pop Etnik Terbaik di Anugerah Industri Muzik 2005.
Setahun kemudian, giliran penyanyi R&B terkenal Dayang Nurfaizah pula merakamkan lagu ini dan menariknya lagu ini dirakamkan dalam bentuk R&B. Ia diperdengarkan kepada umum ketika berlangsungnya acara Anugerah Juara Lagu Ke- 21 pada tahun 2006. Dayang merakamkan lagu ini di bawah bimbingan penggubah Zailan Razak dan Jenny Chin dan ia dijadikan single ketiga untuk album klasik beliau yang berjudul Kasih . Album tersebut memenangi anugerah Rakaman Album Terbaik ketika Anugerah Industri Muzik 2006.
Selepas meluncurnya single Penawar Rindu versi R&B oleh Dayang, nyanyian penyanyi ini dijadikan sample dalam lagu Taurus oleh penyanyi Singapura, Imran Ajmain. Ia sebuah lagu R&B yang digabungkan dengan irama Hip Hop dan sampling nyanyian Dayang dimuatkan sebagai korus. Selain itu sample nyanyian dan melodi lagu Dayang Sayang Kamu oleh Dayang & Cat Farish juga dimuatkan sebagai outro. Ia dijadikan single untuk album solo penyanyi itu yang berjudul Dengan Secara Kebetulan dan diakui sebagai sebuah lagu urban yang memberi nafas baru dengan cara tersendiri.
Kumpulan pop rock Butterfly merakamkan lagu ini dengan versi alternatif dalam album mereka pada tahun 2007. Penyanyi Amylea Azizan pernah menyanyikan lagu ini ketika bertanding dalam Akademi Fantasia musim ketiga dimana rakaman persembahannya dipasarkan dalam bentuk VCD dan CD berjudul The Best of Amylea pada tahun 2005.
Malar Segar
[sunting | sunting sumber]Tidak dinafikan lagu ini antara lagu Melayu yang malar segar dan sering dinyanyikan dalam mana-mana pertunjukan. Artis seperti Sudirman, Sharifah Aini, Siti Nurhaliza dan Anuar Zain pernah menyanyikan lagu ini secara live. Penyanyi Awie pernah bergandingan bersama Orchid menyanyikan lagu ini dalam acara Ghazal Rock pada tahun 2008 manakala penyanyi Diana Naim pernah menyanyikan lagu ini dan ditujukan khas buat bekas tunangannya Mawi dalam program siaran langsung Ina-Mawi pada tahun 2006.