Penahanan kencing
Penahanan kencing ڤناهانن كنچيڠ | |
---|---|
Nama lain | Iskuria, kegagalan pundi kencing, gangguan pundi kencing |
Penahanan kencing dengan pundi kencing dibesarkan seperti yang dilihat pada imbasan CT. | |
Pengkhususan | Perubatan kecemasan, urologi |
Gejala |
|
Jenis | Akut, kronik |
Punca | Sekatan uretra, masalah saraf, pengambilan ubat tertentu, otot pundi kencing yang lemah |
Jumlah air kencing yang tertinggal dalam pundi selepas dibuang | |
Rawatan | Kateter, pendilatan uretra, sten uretra, pembedahan |
Rawatan perubatan | penghalang alfa seperti terazosin, penyekat reduktase 5 alfa seperti finasteride |
Kekerapan | 6 per 1,000 setiap tahun (lelaki > 40 tahun) |
sunting |
Penahanan kencing (boleh juga dikenali sebagai sekatan kencing/urin atau penahanan urin) adalah suatu ketidakupayaan untuk mengosongkan pundi kencing sepenuhnya. Permulaan masalah ini boleh berlaku secara tiba-tiba atau bertahap.[1]
Sebab-sebab berlakunya penahanan kencing termasuklah sekatan di uretra, masalah saraf, pengambilan ubat-ubatan tertentu dan otot pundi kencing yang lemah.[1] Apabila permulaan penahanan kencing berlaku secara tiba-tiba, gejala-gejala yang berlaku termasuklah tidak berupaya untuk membuang air kencing dan sakit pada abdomen bawah, dan apabila berlaku secara bertahap, simptom yang mungkin terjadi ialah kehilangan kawalan pada pundi kencing, sakit abdomen bawah yang rendah dan aliran kencing yang lemah. Mereka yang mengalami masalah ini bagi jangka masa panjang berisiko untuk mengalami jangkitan saluran kencing.[1]
Rawatan biasanya dengan menggunakan kateter sama ada melalui uretra atau abdomen bawah. Rawatan-rawatan lain mungkin termasuklah ubat-ubatan untuk mengurangkan saiz prostat, pendilatan uretra, sten uretra atau pembedahan.[1]
Tanda dan gejala
[sunting | sunting sumber]Tanda awal penahanan kencing boleh terjadi secara tiba-tiba atau bertahap. Apabila berlaku secara tiba-tiba, gejala-gejala yang mungkin adalah termasuk tidak berupaya untuk membuang air kecil dan sakit pada abdomen bawah. Jika berlaku secara bertahap, simptom-simptom yang mungkin terjadi termasuklah hilang kawalan pada pundi kencing, sakit abdomen bawah yang rendah serta aliran kencing yang lemah. Mereka yang mengalami masalah ini dalam jangka masa panjang mempunyai risiko untuk mengalami jangkitan saluran kencing.[1]
Komplikasi
[sunting | sunting sumber]Pengekalan kencing akut adalah keadaan kecemasan perubatan dan memerlukan rawatan segera. Rasa sakit boleh menyakitkan apabila air kencing tidak dapat mengalir keluar. Lebih-lebih lagi, seseorang boleh mengalami perspirasi yang teruk, sakit dada, keresahan dan tekanan darah tinggi. Pesakit lain mungkin mengalami keadaan seperti kejutan dan mungkin memerlukan kemasukan ke hospital. Komplikasi serius dari pengekalan kencing yang tidak dirawat termasuk kerosakan pundi kencing dan kegagalan buah pinggang kronik.[2]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c d e "Urinary Retention". Institut Nasional Kencing Manis dan Penyakit Penghadaman dan Buah Piggang (dalam bahasa Inggeris). Ogos 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Oktober 2017. Dicapai pada 24 Oktober 2017.
- ^ General information on urinary retention Diarkibkan 2010-02-20 di Wayback Machine 2010-02-10