Pergi ke kandungan

Pekali

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Dalam matematik, pekali ialah faktor perkalian bagi sesuatu sebutan dalam sesuatu ungkapan (atau daripada sesuatu janjang aritmetik). Biasanya pekali adalah nombor. Sebagai contoh, dalam

dua istilah pertama masing-masing pekalinya ialah 7 dan -3 manakala sebutan 1.5 ialah pemalar. Pekali bagi sebutan terakhir tidak ditulis, namun ia dianggap mempunyai pekali 1, kerana jika didarab 1, nilainya tetap sama. Pekali juga boleh berupa parameter bagi masalah, seperti a, b, dan c dalam

.

Algebra linear

[sunting | sunting sumber]

Dalam algebra linear, pekali pelopor bagi sesuatu baris dalam sesuatu matriks ialah ahli bukan sifar yang pertama dalam baris tersebut. Jadi, jika diberikan

maka, pekali pelopor bagi baris pertama ialah 1; 2 ialah pekali pelopor bagi baris kedua; 4 pula untuk baris ketiga, manakala tiada pekali pelopor dalam baris terakhir.

Walaupun pekali selalu ditunjukkan sebagai pemalar dalam algebra asas, ia—secara am—lebih tepat dianggap sebagai pemboleh ubah. Sebagai contoh, koordinat bagi vektor dalam ruang vektor dengan asas , ialah pekali bagi vektor asas dalam ungkapan

Contoh pekali fizik

[sunting | sunting sumber]
  1. Pekali pengembangan terma (termodinamik) - Menghubungkan perubahan suhu keatas perubahan dimensi bahan.
  2. Pekali pembahagi (KD) (kimia) - Kadar kepekatan sebatian dalam dua fasa bagi campuran dua pelarut tak–larut–campur pada titik keseimbangan di mana H2O ialah pemalar.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  • Sabah Al-hadad and C.H. Scott (1979) College Algebra with Applications, halaman 42, Winthrop Publishers, Cambridge Massachusetts ISBN 0-87626-140-3 .
  • Gordon Fuller, Walter L Wilson, Henry C Miller, (1982) College Algebra, edisi ke-5, halaman 24, Brooks/Cole Publishing, Monterey California ISBN 0-534-01138-1 .
  • Steven Schwartzman (1994) The Words of Mathematics: an etymological dictionary of mathematical terms used in English, halaman 48, Mathematics Association of America, ISBN 0-88385-511-9.