Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang
Rencana ini tidak mempunyai pautan ke rencana Wikipedia lain. (Oktober 2017) |
MISI
[sunting | sunting sumber]Mengurus, mengawal dan mentadbir sumber tanah / pentadbiran jajahan bagi mencapai pembangunan yang seimbang dari segi ekonomi, sosial, fizikal dan pembangunan insan.
VISI
[sunting | sunting sumber]Menjadikan Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang setanding dengan Jajahan-jajahan lain dalam menguruskan pentadbiran tanah dan jajahan bagi memenuhi keperluan pelanggan.
OBJEKTIF
[sunting | sunting sumber]Untuk melaksanakan sistem pentadbiran Jajahan yang cekap dan berkesan bagi mencapai objektif berikut :
Melaksanakan tugas merancang, mengurus dan menyelaras dasar-dasar pembangunan sosio-ekonomi masyarakat luar bandar selaras dengan Dasar Kerajaan
Menyelaraskan kerja-kerja atau tugas-tugas Jabatan Kerajaan dalam melaksanakan projek-projek pembangunan infrastuktur
Mengurus dan membelanjakan Wang Awam dengan bijak mengikut peraturan yang diluluskan berasaskan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan
Untuk menjadikan pentadbiran tanah yang berupaya merancang pembangunan tanah, pelupusan tanah dan penguatkuasaan Undang-undang Tanah dengan adil dan mematuhi kehendak Dasar Pembangunan bagi mencapai matlamat berikut :
* Merancang pelupusan kegunaan tanah yang optima untuk pembangunan * Melaksanakan dasar tanah dengan adil dan dapat menguntungkan rakyat