Pergi ke kandungan

Majlis Perbandaran Kota Bharu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Majlis Perbandaran Kota Bharu
Logo
Sejarah
Diasaskan1978
Didahului oleh
Lembaga Bandaran Kota Bharu
Kepimpinan
Yang Dipertua
YABrs. TUAN HAJI MOHD ANIS BIN HUSSEIN (sejak Ogos 2023)
Struktur
Ahli22 orang ahli majlis
Tempat persidangan
ajlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam

Jalan Hospital,

15000, Kota Bharu, Kelantan
Laman sesawang
https://mpkbbri.kelantan.gov.my/index.php
Perlembagaan
Akta Kerajaan Tempatan 1976
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) (atau nama panjang Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam) adalah sebuah pihak berkuasa tempatan yang menjalankan operasi di sekitar bandar Kota Bharu, Kelantan yang meliputi 65 seksyen. Keluasan kawasan pentadbiran MPKB adalah 19,542 hektar atau 195.42 kilometer persegi yang merangkumi kawasan dari Pantai Cahaya Bulan ke Pantai Sabak di sebelah utara, kawasan yang bersempadan dengan kawasan Batu 5, Jalan Pasir Mas dan Jalan Kuala Krai ke jambatan Pasir Tumboh di sebelah selatan, Sungai Pengkalan Datu dan Wakaf Stan di sebelah timur dan disebelah barat Sungai Kelantan.

Kawasan MPKB adalah merupakan nodus pembangunan bagi Negeri Kelantan dengan terletaknya bandar Kota Bharu sebagai pusat pentadbiran, perdagangan dan kewangan. Manakala Pengkalan Chepa sebagai pusat perindustrian dan Kubang Kerian sebagai Pusat Institusi.

Bandar Kota Bharu telah ditubuhkan pada tahun 1844 dan diisytiharkan sebagai pusat pemerintahan Negeri Kelantan oleh Kebawah Duli Yang Mulia Al-Marhum Sultan Muhammad Ke-II. Pada tahun 1936, bandar Kota Bharu dinaik tarafkan sebagai Majlis Bandaran Kota Bharu (MBKB). MBKB telah dimansuhkan dan ditukarkan kepada Lembaga Bandaran pada tahun 1971. Pada tahun 1978 Lembaga Bandaran Kota Bharu disusun semula dan dinaik tarafkan kepada Majlis Perbandaran Kota Bharu pada tahun 1978.

  1. https://mpkbbri.kelantan.gov.my/index.php

Wakil Rakyat

[sunting | sunting sumber]