Parti Kemerdekaan Puerto Rico
Partido Independentista Puertorriqueño PIP - Parti Kemerdekaan Puerto Rico | |
---|---|
Pemimpin | Rubén Berríos Martínez |
Ditubuhkan | Oktober 1946 |
Ibu pejabat | San Juan, Puerto Rico |
Ideologi | Gerakan Pembebasan Negara, Liberalisme sosial, Demokrasi sosial, Amerikanisme Seluruh Latin |
Penggabungan antarabangsa | Sosialis Internasional (SI) |
Warna | Hijau & Putih |
Laman sesawang | |
www.independencia.net |
Parti Kemerdekaan Puerto Rico (Sepanyol: Partido Independentista Puertorriqueño, PIP) ialah parti politik Puerto Rico yang berkempen untuk kemerdekaan negaranya daripada Amerika Syarikat. Ia adalah salah satu daripada tiga buah parti politik yang utama di Puerto Rico, serta juga parti yang kedua tertua antara semua parti politik berdaftar di negara itu.
Penyokongnya biasanya dikenali sebagai independentistas, pipiolos, atau kekadangnya secara mudah sebagai "aktivis pro-kemerdekaan" di negara-negara yang bertuturan bahasa Inggeris.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Parti Kemerdekaan Puerto Rico bermula sebagai sebuah sayap pilihan raya kepada gerakan pro-kemerdekaan Puerto Rico. Ia merupakan parti kemerdekaan yang terbesar serta juga parti yang tunggal dalam kertas undi semasa pilihan raya (calon-calon yang lain harus ditambah dengan menggunakan tulisan tangan).
Pengasasan
[sunting | sunting sumber]Parti Kemerdekaan Puerto Rico diasaskan pada 20 Oktober 1946 oleh Gilberto Concepción de Gracia (1909 - 1968). Beliau berasa bahawa gerakan kemerdekaan telah "dianiayai" oleh Partido Popular Democrático yang matlamat muktamadnya pada asalnya merupakan kemerdekaan.
1970-an
[sunting | sunting sumber]Pada tahun 1971, Rubén Berríos, calon gabenor PIP yang baru dipiih dan yang ketika itu berumur 31 tahun, mengetuai sebuah bantahan terhadap Angkatan Tentera Laut Amerika Syarikat di Culebra. Pada masa itu, beliau telah didapati bersalah kerana menceroboh tanah persekutuan dan dipenjarakan selama tiga bulan di Penjara Negeri Sungai Fox (lihat juga: Bantahan Navy-Culebra).
Semasa pilihan raya 1972, PIP menunjukkan pertumbuhan yang terbesar dalam sejarahnya apabila ia bertanding dengan kempen sosialis, pro-pekerja dan pro-golongan miskin. Bagaimanapun, dalam sebuah perhimpunan wakil setahun kemudian, Ruben Berrios mengisytiharkan bahawa PIP tidak dapat menampung ideologi marxisme dan justera itu, mengusir semua ahli puak yang dikenali sebagai "terceristas". Kumpulan ini akhirnya menubuhkan Gerakan Popular Sosialis, pendahulu kepada Gerakan Pekerja Sosialis.
1990-an
[sunting | sunting sumber]Pada tahun 1999, para pemimpin PIP, terutamanya Rubén Berríos, terlibat dalam Bantahan Angkatan Tentera Laut-Vieques yang dimulakan oleh banyak warga Vieques terhadap kehadiran tentera Amerika Syarikat di kawasan perbandaran pulau ini (lihat juga: Bantahan Angkatan Tentera Laut-Vieques).
Pilihan raya 2004
[sunting | sunting sumber]Semasa pilihan raya 2004, PIP hampir pupus apabila memperoleh hanya 2.4% daripada jumlah undi. Menurut undang-undang pilihan raya Komanwel Puerto Rico, sebuah parti yang menerima kurang daripada 3% undinya dianggap sebagai telah dibubarkan. Bagaimanapun, sokongan untuk PIP di seluruh pulau berkisar pada sekitar 10% dan PIP memilih seorang Senator dan seorang Wakil masing-masing sebagai jurucakapnya di Senat Puerto Rico dan Dewan Perwakilan Puerto Rico.
Rubén Berríos, ketua parti PIP yang bersejarah, kemudian mengumumkan bahawa jika partinya dibubarkan oleh undang-undang pilihan raya, pemimpin-pemimpin partinya serta para penduduk di kawasan pilihan rayanya akan memastikan bahawa PIP akan dikembalikan dengan pantas. Sebagaimana yang diramalkan oelh Berríos, pimpinan dan ahli-ahli PIP memperoleh melebihi 105,000 tandatangan yang diperakui oleh notari daripada pengundi-pengundi sah dalam tempoh hanya beberapa minggu.
Dari segi nada yang positif, María De Lourdes Santiago mencipta sejarah pada tahun itu apabila beliau menjadi ahli perempuan PIP yang pertama untuk dipilih ke Senat Puerto Rico. Victor Garcia San Inocencio pada dirinya dipilih semula buat tempoh yang ketiga ke dalam Dewan Perundangan Puerto Rico dan di sana, beliau telah berkhidmat sebagai Wakil dan Jurucakap PIP sejak dari bulan Januari 1997.
pilihanraya 2020
[sunting | sunting sumber]Bagi pilihan raya 2020, Juan Dalmau adalah calon parti itu. Beliau memperoleh 175,402 undi dan berada di tempat keempat, dengan rekod 13.58% undi, prestasi pilihan raya kedua terbaik dalam sejarah PIP. Dengan Movimiento Victoria Ciudadana (Pergerakan Kemenangan Rakyat) memperoleh 179,265 undi dan berada di tempat ketiga dengan 13.95% undi, ini merupakan bahagian terbesar undi Puerto Rico (27.53%) yang pernah diperolehi oleh parti sayap kiri di Puerto Rico.
Pengerahan dan Bantahan Anti-Perang PIP
[sunting | sunting sumber]Selama setengah dekad yang lalu, pimpinan dan ahli-ahli aktif PIP telah menyertai bantahan pengerahan dan anti-perang untuk menentang perang di Iraq serta juga untuk menjejaskan usaha-usaha kerajaan Amerika Syarikat yang menggalakkan rakyat Puerto Rico supaya menyertai Angkatan Tentera Amerika Syarikat. Akhbar Kanada melaporkan:
- Sejak dari lima tahun yang lalu, Parti Kemerdekaan Puerto Rico telah mula mengedarkan risalah untuk menggalakkan murid-murid sekolah tinggi agar mencegah perekrut tentera daripada memperoleh maklumat peribadi mereka. Pada tahun yang lalu, 57% daripada semua murid sekolah tinggi, baik tahun pertama mahupun tahun akhir, di pulau Caribbean ini telah menandatangani borang-borang untuk merahsiakan maklumat mereka daripada para perekrut. [1]
Pemimpin parti yang utama
[sunting | sunting sumber]- Rubén Berríos, Esq. - Presiden, bekas Senator, dan Presiden Kehormat kepada Socialis Antarabangsa (SI)
- Manuel Rodríguez Orellana, Esq. - Setiausaha Hubungan dengan Amerika Utara
- Fernando Martín, Esq. - Presiden Eksekutif, dan bekas Senator
- María De Lourdes Santiago, Esq. - Naib-Presiden dan Senator PIP di Senat Puerto Rico kolonial
- Juan Dalmau Ramírez, Esq. - Setiausaha Agung & Pesuruhjaya Pilihan Raya
- Prof. Edwin Irizarry Mora, Ph.D. - Setiausaha Hal-ehwal Ekonomi
- Roberto Iván Aponte - Setiausaha Pertubuhan Perbandaran
- Dr. Luis Roberto Piñero - Presiden Kempen Penyokong Pro-Kemerdekaan yang berjuang untuk menyatukan kedua-dua Dewan Perundangan di bawah sebuah dewan Parlimen kolonial yang tunggal
- Victor García San Inocencio, Esq. - Wakil PIP di Dewan Perwakilan Puerto Rico kolonial
- Jorge Fernandez Porto, M.S. - Penasihat untuk Sains Alam Sekitar dan Hal-ehwal Dasar Awam
- Jessica Martínez, Esq. - Ahli Kempen Penyokong Pro-Kemerdekaan yang berjuang untuk sebuah dewan Parlimen kolonial yang tunggal
- Dr. Gilberto Concepción de Gracia - Presiden Pengasas dan Ketua Amerika Latin yang amat dihormati.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]- Bantahan Angkatan Tentera Laut-Culebra
- Bantahan Angkatan Tentera Laut-Vieques
- Kongres Amerika Latin dan Caribbean dalam Perpaduan dengan Kemerdekaan Puerto Rico
- Parti-parti politik Puerto Rico
- Peristiwa Cerro Maravilla
- Politik Puerto Rico
- Socialis Antarabangsa
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- Parti Kemerdekaan Puerto Rico (1998). Dicapai pada 6 Januari 2004 dari www.independencia.net/ingles/welcome.html
Laman web
[sunting | sunting sumber]- Laman web rasmi Parti Kemerdekaan Puerto Rico - www.independencia.net/ingles/welcome.html
- Parti penyokong kemerdekaan
- Parti politik di Puerto Rico
- Parti demokratik sosial
- Parti politik ditubuhkan pada tahun 1946
- Kumpulan sokongan politik di Puerto Rico
- Gerakan pembebasan negara
- Pemisahan
- Penubuhan 1940-an
- Sejarah politik Puerto Rico
- Penubuhan abad ke-20
- Pemisahan di Amerika Syarikat
- Pertubuhan penyokong pemisahan
- Politik di benua Amerika
- Politik Caribbean
- Gerakan kedaulatan
- Gerakan nasionalis
- Nasionalisme Amerika Latin dan Chicano
- Pertubuhan nasionalis
- Parti politik di Caribbean