Partai Sosialis Indonesia
Partai Sosialis Indonesia (PSI) ialah sebuah bekas parti politik di Indonesia yang berhaluan kiri dan menyokong Sosialisme.
Partai Sosialis Indonesia | |
---|---|
Pemimpin | Sutan Sjahrir |
Ditubuhkan | 13 Februari 1948 |
Dibubarkan | 1960 |
Ibu pejabat | 6 Djalan Tjisedane, Djakarta |
Akhbar | Pedoman |
Sayap belia | Socialist Youth |
Ideologi | Sosialisme |
Penggabungan antarabangsa | Asian Socialist Conference |
Warna | Red |
Simbol pilihan raya | |
Red Star | |
Politik Indonesia Parti politik Pilihan raya |
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Partai Sosialis Indonesia (PSI) dibentuk oleh Sutan Syahrir pada 12 Februari 1948 selepas meninggalkan Parti Sosialis (PS) kerana berselisih dengan Amir Sjarifuddin. Parti Sosialis merupakan suatu gabungan antara dua buah parti sosialis, iaitu Parti Sosialis yang diketuai Amir Sjarifuddin, dan Parti Rakyat Sosialis (PARAS) yang diasaskan oleh Sutan Syahrir; dengan kata yang lain, Parti Rakyat Sosialis telah diserap ke dalam Parti Sosialis.
PSI berdasarkan faham sosialis bersandar pada ajaran Marx-Engels menuju masyarakat sosialis yang berdasarkan kerakyatan. PSI menentang kediktatoran proletariat yang diamalkan di Kesatuan Soviet dan negara-negara sosialis yang lain. Sosialisme kerakyatan yang dimaksudkan oleh PSI adalah sosialisme yang menjunjung tinggi perikemanusiaan, dengan mengakui dan menjunjung persamaan setiap manusia.
Pada Ogos 1960, PSI bersama Parti Majlis Syura Muslimin Indonesia (Masyumi) dibubarkan oleh Presiden Sukarno kerana dianggap menghalang gagasannya untuk menyatukan para penyokong nasionalisme, agama, dan komunisme dalam doktrin Nasakom.
Kerusi di dalam parlimen
[sunting | sunting sumber]- DPRS: 14 kerusi
- DPR (hasil Pilihan Raya Umum 1955): 5 kerusi
Tokoh-tokoh
[sunting | sunting sumber]- Sutan Syahrir yang pernah menjadi Perdana Menteri
- Lintong Mulia Sitorus yang pernah menjadi Sekretaris Jendral PSI
- Sudjatmoko
- Subadio Sastrosatomo
- Sutan Takdir Alisyahbana sasterawan pelopor "Pujangga Baru"
- Mochtar Lubis, ketua akhbar Indonesia Raya
- Rosihan Anwar, ketua akhbar Pedoman
- Prof. Dr. Sumitro Djojohadikusumo
- Siauw Giok Tjhan
- Prof. Sarbini Somawinata