Pabila Dia Tersenyum
Pabila Dia Tersenyum merupakan sebuah siri drama televisyen web Malaysia 2025 arahan Feroz Kader terbitan Global Film Station Sdn. Bhd. Ia dibintangi oleh Alya Iman, Amir Ahnaf dan Adam Lee. Drama ini memulakan tayangan perdana di Viu pada 24 April 2025.
Pabila Dia Tersenyum | |
---|---|
Genre | Melodrama |
Berdasarkan daripada | Pabila Dia Tersenyum karya Liza Nur |
Ditulis oleh | Liza Nur |
Pengarah | Feroz Kader |
Dibintangi oleh | |
Lagu penutup | "Jahat" - Wany Hasrita |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Dato Zaiton Muhd Jiwa |
Penerbit |
|
Penyunting | Global Post |
Syarikat penerbitan | Global Film Station Sdn Bhd |
Penyiaran | |
Saluran asal | Viu |
Format gambar | |
Format audio | Dolby Digital |
Siaran asal | 24 April 2025 |
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Pabila Dia Tersenyum refleksi dunia fiksyen Elina. Kerana gilakan Irman, ibu Elina, Mirah meninggalkan keluarga. Selepas ayah saudaranya, Benson dimasukkan ke lokap, Elina yang hidup diperam benci terpaksa menjejaki Mirah. Zuhayr yang dalam perjalanan pulang terjumpa Elina yang sedang nyawa-nyawa ikan di dalam semak dan menghantarnya ke hospital.
Apabila sedar dari koma, Elina kehilangan memorinya. Bermulalah hidup kucar-kacir Zuhayr yang cuba melindungi gadis yang hanya dikenali melalui nama atas kad pengenalan. Hadirnya Zafrul yang cuba memburu hati Elina membuat keadaan bertambah haru.
Pelakon
[sunting | sunting sumber]- Amir Ahnaf sebagai Zuhayr
- Alya Iman sebagai Elina
- Adam Lee sebagai Daniel / Zafrul
- Rusdi Ramli sebagai Zulkifli
- Marissa Yasmin sebagai Sophia
- Zarynn Min sebagai Mirah
- Iqram Dinzly sebagai Imran Faris
- Nazrief Nazri sebagai Bahri
- Jay Iswazir sebagai Daeng
- Heidi Nur Aleesya sebagai Elina (kecil)