Othman bin Abdullah
Penampilan
Haji Othman Haji Abdullah | |
---|---|
Ahli Dewan Negara Malaysia | |
Lantikan Yang di-Pertuan Agong | |
Dalam jawatan 12 Ogos 1973 – 8 November 1980 | |
Ahli Parlimen Malaysia | |
Dalam jawatan 1959–1964 | |
Didahului oleh | Konstituensi baharu |
Digantikan oleh | Mustapha Ahmad (PAS) |
Kawasan pilihan raya | Tanah Merah |
Dalam jawatan 1964–1969 | |
Didahului oleh | Mohamed Abbas Ahmad (UMNO) |
Digantikan oleh | Ahmad Damanhuri Abdul Wahab (UMNO) |
Kawasan pilihan raya | Hilir Perak |
Maklumat peribadi | |
Parti politik | (bermula 1961) Parti Islam Se-Malaysia (sehingga 1961) |
Haji Othman bin Haji Abdullah ialah seorang ahli politik Malaysia. Beliau pernah menjadi Ahli Parlimen Tanah Merah selepas menang dalam pilihan raya umum 1959 mewakili Parti Islam Se-Malaysia (PAS)[1]. Beliau telah keluar PAS dan menyertai Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) pada 1961 ketika masih menjadi ahli parlimen. Pada pilihan raya umum 1964, Haji Othman bertanding di Hilir Perak mewakili UMNO dan menang. Semasa Malaysia di bawah pentadbiran MAGERAN, Haji Othman telah dilantik sebagai anggota Majlis Perundingan Negara bersama-sama 66 orang individu yang lain[2]. Beliau kemudiannya dilantik sebagai anggota Dewan Negara pada 1973 dan berkhidmat sehingga 1980.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Hj. Salahuddin Abdullah; Hydselan bin Hashim (2010). Sejarah PAS Kelantan 1959–1978 : Langkah-langkah Menuju Mardhatillah. Kota Bharu: Badan Perhubungan PAS Negeri Kelantan. m/s. 53.
- ^ Arkib Negara Malaysia. "50 Fakta Rukun Negara" (PDF). Kursi Raja-raja Melayu UiTM. Dicapai pada 6 Julai 2021.