Orkestra Simfoni Singapura
Orkestra Simfoni Singapura Singapore Symphony Orchestra | |
---|---|
Orkestra | |
Fail:Singapore Symphony Orchestra Logo.png | |
Ditubuhkan | 1979 |
Lokasi | Singapura |
Dewan konsert | Dewan Konsert Esplanade |
Laman sesawang | www |
Orkestra Simfoni Singapura atau Singapore Symphony Orchestra (SSO) ialah sebuah orkestra simfoni yang terdiri daripada 96 orang anggota. Tempat persembahan utamanya ialah di Dewan Konsert Esplanade, Singapura. Orkestra ini juga telah banyak membuat persembahan di Asia, Eropah dan Amerika Syarikat. Orkestra ini ditubuhkan pada tahun 1979 di bawah naungan Dr. Goh Keng Swee bersama Choo Hoey, Pengarah dan Pemimpin Tetap SSO. Pengarah muziknya yang terkini ialah Lan Shui.
Orkestra ini membuat rakaman di bawah label syarikat rakaman BIS dan telah mengeluarkan beberapa rakaman yang terkenal.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Sewaktu zaman penjajahan British dan juga selepas kemerdekaan, terdapat beberapa kumpulan orkestra yang ditubuhkan di Singapura. Antaranya ialah orkestra yang juga dikenali sebagai Singapore Symphony Orchestra, dibentuk pada 1945 oleh penggubah muzik dari Scotland, Erik Chisholm. Pada masa itu dia berugas sebagai pengarah muzik ENSA untuk rantau Asia Tenggara.[1] Anggota orkestra ini kebanyakannya terdiri daripada anggota pancaragam askar darat dan laut British. Walaupun orkestra ini tidak mampu bertahan lama, ia berjaya melahirkan beberapa pemain muzik solo yang terkenal seperti pemain violin Szymon Goldberg. Selepas tahun 1979, semua kumpulan orkestra yang terdapat di Singapura terdiri daripada pemain-pmeian muzik amatur. Orkestra-orkestea yang wujud pada masa ini termasuk orkestra Singapore Musical Society, Singapore Chamber Ensemble, Singapore Youth Orchestra, dan juga Singapore National Orchestra yang ditubuhkan oleh Amanah National Theatre Trust pada tahun 1970an.[2]
Pada tahun 1973, semasa upacara pembukaan rasmi Japanese Garden di Jurong, menteri pertahanan pada masa itu, Goh Keng Swee mengatakan bahawa ketiadaan sebuah orkestra simfoni yang profesional di negara itu merupakan sebuah "skandal kecil".[3] Pada tahun 1977, kejayaan sebuah kumpulan orkestra amatur, Singapore Philharmonic Orchestra, yang dipimpin oleh Yoshinao Osawa, telah mencetus semula minat pemerintah untuk menubuhkan sebuah orkesta profesional di negara itu. Goh Keng Swee mencadangkan penubuhan sebuah orkestra profesional yang akan dibiaya oleh sebuah dana awam dengan tujuan memperkaya latar budaya tempatan.[3]
Pada 1979, Orkestra Simfoni Singapura (SSO) ditubuhkan dan dipimpin oleh Choo Hoey. Pada mulanya, orkestra ini hanya ada 41 orang anggota, terdiri daripada 14 orang rakyat Singapura. Persembahan pertamanya ialah di Singapore Conference Hall pada 24 Januari 1979.[4] Antara muzik yang dibawakan semasa persembahan ini termasuk Overture to The Barber of Seville oleh Rossini, Konserto Piano No. 5 oleh Beethoven,[5] dan muzik orkestra Cina, Dance of the Yao People.[6] Korus Simfoni Singapura juga ditubuhkan pada 1980 untuk mengiringi orkestra SSO. Persembahan pertama koir ini dengan SSO ialah A German Requiem oleh Brahms yang dinyanyikan dalam bahasa Inggeris. [7] Pada tahun 1980, Teater Victoria menjadi pusat persembahan orkestra itu. Pada 2003, orkestra ini berpindah ke Esplanade. Semasa upacara pembukaan rasmi Esplanade pada 2002, orkestra dan korusnya telah membawa lagu terkenal Simfoni ke-9 oleh Beethoven.[8] Pada awal 1990an, orkestra ini berjaya mencapai sasaran 90 orang anggota [9] dan kini mempunyai 96 orang pemuzik. [10]
Choo Hoey meletakkan jawatan sebagai pengarah muzik pada Julai 1996 dan kini memegang jawatan Pemimpin Emeritus SSO. Peranan Choo diambil alih oleh Lan Shui dan jawatan itu dipegang olehnya hingga kini.
Konsert dan repertoir
[sunting | sunting sumber]Orkestra ini mempunyai repertoir muzik yang menyeluruh; dari zaman muzik barok (baroque) hingga ke muzik klasik sezaman (contemporary classical music). Orkestra ini juga memainkan lagu-lagu Cina yang disusun semula untuk sebuah orkestra barat.
Tempat persembahanutama orkestra ini ialah di Esplanade. Orkestra ini juga sering membuat persembahan dengan percuma di Botanic Gardens.[11][12] Orkestra ini banyak membuat persembahan di luar negara. Antara konsertnya yang terkenal termasuk persembahan di Berlin Philharmonie, Avery Fisher Hall di New York, Poly Theatre di Beijing, dan untuk acara The Proms di London.[13][14]
Orkestra ini juga sering menjemput pemuzik solo, pemimpin muzik dan kumpulan koir yang terkenal untuk membuat persembahan dengannya.[15] Mereka termasuk Kiri Te Kanawa, Luciano Pavarotti, Placido Domingo dan José Carreras.[16][17]
Rakaman
[sunting | sunting sumber]Orkestra SSO telah membuat banyak rakaman dengan syarikat BIS Records.[18] Rakaman La Mer oleh Claude Debussy pada 2007 telah disanjung tinggi dalam Majalah Muzik BBC dan dianggap sebagai "salah satu persembahan terbaik karya agung Debussy di dunia".[16][19] Pada 2008, orkestra ini telah mengeluarkan rakaman lengkap enam konserto piano dan empat simfoni ciptaan Alexander Tcherepnin. [20] Antara rakaman terkenal yang lain termasuk muzik daripada penggubah muzik Rachmaninov, dikeluarkan pada 2012 dan 2013. [21][22]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Erik Chisholm (1971). The operas of Leos Janacek: The Commonwealth and International Library: Music Division. Pergamon. m/s. xxiii. ISBN 978-1483117430.
- ^ Goh Keng Swee: A Legacy of Public Service. WSPC. 2012. m/s. 281–285. ISBN 978-9814390750. Unknown parameter
|editors=
ignored (bantuan) - ^ a b The Oxford Handbook of Children's Musical Cultures, Volume 2. Oxford University Press. 2013. m/s. 344. ISBN 978-0199737635. Unknown parameter
|editors=
ignored (bantuan) - ^ Elena Chong and Wai Chee Leong (24 January 1979). "Symphony orchestra's debut night—sell-out for all concerts". The Straits Times.CS1 maint: uses authors parameter (link)
- ^ "Noted pianist Ong Lip Tat dies at 57". AsianOne. March 3, 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-06-09. Dicapai pada 2015-09-26.
- ^ Jan Yap. "Singapore Symphony Orchestra". Singapore Infomedia. National Library Board Singapore.
- ^ by Leo Suryadinata (penyunting). Southeast Asian Personalities of Chinese Descent: A Biographical Dictionary.
- ^ Patriotism and Nationalism in Music Education. Ashgate Pub Co. 2012. ISBN 978-1409430803. Unknown parameter
|editors=
ignored (bantuan) - ^ Bernard Tan Tiong Gie (2011). Barry Desker (penyunting). Goh Keng Swee: A Public Career Remembered. World Scientific Publishing/S Rajaratnam School Of International Studies. m/s. 138–139. ISBN 978-9814291385.
- ^ "SSO STORY". Singapore Symphony Orchestra. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-09-26. Dicapai pada 2015-09-26.
- ^ "Singapore Symphony Orchestra: Performances at Singapore Botanic Gardens". Singapore VR.
- ^ "More than 6,000 visitors enjoy SSO concert at Singapore Botanic Gardens". The Straits Times. 11 August 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-10-09. Dicapai pada 2015-09-26.
- ^ Bernard Holland (4 March 2005). "Orchestra in Development, Two Soloists in Their Prime". The New York Times.
- ^ Tim Ashley (3 September 2014). "Prom 61: Singapore Symphony Orchestra/Shui – a tour de force for Haefliger". The Guardian.
- ^ The Rough Guide to Singapore. Rough Guides. m/s. 155–156.
- ^ a b Stephanie Yap (January 22, 2009). "Classic Act" (PDF). The Straits Times. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2014-08-26. Dicapai pada 2015-09-26.
- ^ "Stephen Hough begins residency with Singapore Symphony Orchestra". Harrison Parrott. 21 November 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-09-26. Dicapai pada 2015-09-26.
- ^ "Singapore Symphony Orchestra". Presto Classical.
- ^ "Singapore Symphony Orchestra". Southbank Centre. 11 October 2010.
- ^ "Review: Alexander Tcherepnin (1899-1977) Complete Symphonies and Piano Concertos". MusicWeb International.
- ^ Geoffrey Norris (5 April 2012). "Rachmaninov: Symphony No 3; Rhapsody on a Theme of Paganini, CD review". The Daily Telegraph.
- ^ Geoffrey Norris (4 July 2013). "Rachmaninov: Symphony No 1; Piano Concerto No 1, review". The Daily Telegraph.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- "Singapore Symphony Orchestra". - Tapak web rasmi
- Singapore Symphony Chorus Diarkibkan 2013-05-24 di Wayback Machine