Pergi ke kandungan

José Carreras

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
José Carreras

Josep Carreras i Coll atau lebih dikenali sebagai José Carreras, lahir pada Disember 5, 1946, adalah seorang penyanyi tenor opera Catalonia Sepanyol yang terkenal dan dikagumi ramai dengan suaranya yang lantang dan lunak. Beliau adalah antara tenor yang dianggap mempunyai vokal yang mengagumkan.

Carreras dilahirkan di Barcelona, Sepanyol, menunjukkan minat dan bakat yang mendalam di dalam seni muzik dari muda lagi. Pada umur 8 tahun, beliau membuat persembahan pertama menyanyikan La donna è mobile untuk radio kebangsaan Sepanyol. Pada umur 11 tahun, beliau muncul di Gran Teatre del Liceu sebagai penyanyi soprano kanak-kanak lelaki (boy soprano) memegang watak untuk lakonan El retablo de Maese Pedro dan juga untuk babak ke-dua La bohème.

Pada usia remaja. Carreras dihantar belajar muzik di Conservatori Superior de Música del Liceu. Beliau membuat persembahan sulungnya di Liceu sebagai Flavio dalam Norma, dan mendapat perhatian dari soprano yang terkenal, Montserrat Caballé yang menyanyikan lagu pembukaan pementasan. Montserrat Caballé menjemput Carerras untuk menyanyi di dalam opera karya Donizetti, Lucrezia Borgia yang memulakan karier opera beliau ke hari ini.

Pada usia 24 tahun, Carreras membuat persembahan pentas sulungnya menyanyi bersama Caballé pada tahun 1971 dalam Maria Stuarda. Dalam beberapa tahun sahaja, Carerras dan Caballé telah membuat lebih dari lima belas persembahan opera bersama.

Pada tahun 1972, Carerras membuat persembahan sulung di Amerika Syarikat sebagai Pinkerton di dalam teater Madama Butterfly. Pada tahun 1974, beliau membuat persembahan sulung di Vienna State Opera sebagai Duke of Mantua; sebagai Alfredo dalam La traviata di Royal Opera House dan sebagai Cavaradossi di dalam Tosca di Metropolitan Opera. Pada tahun berikutnya, Carrerras membuat persembahan pertamanya di Teatro alla Scala sebagai Riccardo dalam Un ballo in maschera. Pada tahun 70’an, kerjasama seni Carrerras dan penyanyi soprano terkenal Hungary, Sylvia Sass di dalam lakonan pementasan dan studio rakaman menjadikan beliau dikenali ramai dan menaikkan karier beliau di dalam dunia opera.

Kesihatan

[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1987 ketika karier operanya sedang memuncak, Carrerras disahkan mengidap leukemia (acute lymphoblastic) dan hanya diberi peluang tipis (peluang 1 dari 10) untuk hidup. Selepas hampir setahun bergelut dengan pelbagai jenis rawatan termasuk radiasi, kimoterapi dan pemindahan sumsum tulang autologus, beliau kemudiannya pulih dan meneruskan karier nyanyiannya.

Kerja Amal

[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1988, beliau menubuhkan Yayasan Lukemia Antarabangsa Carreras (José Carreras International Leukaemia Foundation), sebuah badan amal untuk memberi bantuan kewangan kepada kajian penyakit ini dan pendaftaran untuk penyumbang sum-sum tulang. Semenjak tahun 1995, beliau telah membuat siaran langsung gala konsert tahunan di Leipsig untuk mengumpul dana untuk yayasan tersebut. Sebanyak lebih daripada Euro 62 juta telah dikumpulkan dalam pertunjukan – pertunjukan yang telah dibuat. Antara bintang jemputan unutk konsert – konsert amal ini termasuklah Udo Jürgens, Paul Young, Robin Gibb, Peter Maffay, Udo Lindenberg, Rosenstolz, Evelin, Klaus Meine, Ben, Annett Louisan, Stefan Gwildis dan Nina Hagen, dipersembahkan oleh orkestra Deutsches Filmorchester Babelsberg di bawah pimpinan Scott Lawton.

The Three Tenors

[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1990, ribuan peminat dari serata duni menyaksikan konsert The Three Tenors, gabungan Carreras, Plácido Domingo, dan Luciano Pavarotti sempena pembukaan Piala Dunia 1990 di Rom. Konsert ini pada asalnya diilhamkan oleh pengurus/pengarah Itali, Mario Dradi, bertujuan untuk mengumpul dana untuk Yayasan Lukemia Antarabangsa Carreras (José Carreras International Leukaemia Foundation) dan juga sebagai cara Domingo dan Pavarotti menyambut kepulangan Carreras ke dunia nyanyian opera setelah bergelut dengan penyakit leukemia.

Keperibadian dan minat

[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1994, Carreras memberi penghormatan kepada Mario Lanza, seorang tenor Amerika dan juga seorang bintang Hollywood yang terkenal. Carrerras berkata “Jikalau saya seorang penyanyi opera, opera akan berterima kasih kepada Mario Lanzo”.

Selain dari opera, Carrerras juga membuat persembahan untuk genre lain yang lebih ringan seperti zarzuela dan drama muzikal. Beliau juga ada membuat persembahan lakonan West Side Story di bawah pimpinan konduktor muzik Leonard Bernstein.

Carreras dikagumi oleh para peminat untuk watak-watak lakonannya untuk opera penggubah-penggubah terkemuka Giuseppe Verdi dan Giacomo Puccini.

Carrerras pernah membuat persembahan “Light the way”, menyanyi duet dengan bintang dari Lebanon and duta PBB, Majida El Roumi pada 9 Disember 2006 ketika upacara pembukaan sukan Asian ke-15 di Sukan Doha 2006.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]