Orang Semelai
Penampilan
Jumlah penduduk | |
---|---|
9,228 (2010) termasuk orang Temoq[1] | |
Kawasan ramai penduduk | |
Malaysia: | |
Negeri Sembilan dan Pahang | 5,026 (2000)[2] |
Bahasa | |
Bahasa Semelai, bahasa Melayu | |
Agama | |
Animisme (utama), Kristian, Islam | |
Kumpulan etnik berkaitan | |
Temuan,[3] Semaq Beri, Mah Meri, Temoq |
Suku Semelai merupakan orang asli dari puak Melayu Proto yang terdapat di Negeri Sembilan, Pahang. Suku Semelai terbahagi kepada dua bahagian yang utama, iaitu:-
- Semelai di Kampung Sungai Sampo dan Kampung Sungai Lui, Jempol, Negeri Sembilan
- Semelai di Pos Iskandar, Kampung Bukit Rok, Tasik Bera, Kampung Gemuroh & Bongkok, Triang, Bera, Pahang
Muzik kaum Semelai
[sunting | sunting sumber]Muzik kaum Semelai diwarisi daripada generasi terdahulu tetapi diubah sedikit muzik dan lagunya mengikut kesesuaian zaman. Terdapat dua instrumen bagi muzik ini iaitu rebana dan gong (gong jantan dan gong betina). Muzik ini dimainkan di balai ketika kenduri-kendara, majlis perkahwinan, berkhatan dan keramaian untuk tujuan berhibur. Muzik akan dimainkan diiringi lagu-lagu yang dinyanyikan dalam bahasa Semelai. Terdapat juga tarian tetapi dilakukan dengan bersyarat dan ada peraturan yang tertentu. Muzik kaum ini juga digunakan untuk tujuan perubatan.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Kirk Endicott (2015). Malaysia's Original People: Past, Present and Future of the Orang Asli. NUS Press. ISBN 99-716-9861-7.
- ^ "Orang Asli Population Statistics". Center for Orang Asli Concerns. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-02-09. Dicapai pada 2017-04-11.CS1 maint: bot: original URL status unknown (link)
- ^ "S. Karger". Human Heredity. Karger. 1978. m/s. 62.