Orang Islam Yunani
Penampilan
Jumlah penduduk | |
---|---|
1.4 juta | |
Kawasan ramai penduduk | |
Turki · Cyprus · Syria · Lubnan · Yunani | |
Bahasa | |
Bahasa Yunani (bahasa Pontik, bahasa Yunani Crete, bahasa Yunani Cyprus) · bahasa Turki | |
Agama | |
Islam Sunnah | |
Kumpulan etnik berkaitan | |
Orang Yunani lain · Orang Turki |
Orang Islam Yunani, juga dikenali sebagai Orang Islam Penutur Bahasa Yunani, ialah orang Islam yang berketurunan Yunani, dan tinggal pada asalnya di Turki, Cyprus dan Yunani, walaupun penghijrahan ke Lubnan dan Syria telah dilaporkan berlaku[1]. Sebahagian besar minoriti orang Islam di Yunani yang kebanyakannya fasih berbahasa Turki, mendukung identiti kebangsaan Turki. Dari sudut sejarah, Gereja Ortodoks Yunani dikaitkan dengan orang Rom atau Yunani manakala Islam dengan orang Turki.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Barbour, S., Language and Nationalism in Europe, Oxford University Press, 2000, ISBN 0-19-823671-9