Operasi ketenteraan
Operasi tentera adalah tindakan ketenteraan yang tersusun sesebuah negara, atau aktor bukan negara, sebagai tindak balas kepada perkembangan situasi. Tindakan ini dibentuk sebagai rancangan ketenteraan bagi menyelesaikan situasi yang diinginkan negara. Operasi mungkin bersifat tempur atau bukan tempur dan dirujuk oleh nama kod untuk tujuan keselamatan nasional. Operasi ketenteraan sering dikenali dengan namanya yang diterima secara meluas daripada objektif operasi sebenar mereka.
Parallel to and reflecting this framework for operations are organized elements within the armed forces which prepare for and conduct operations at various levels of war. While there is a general correlation between the size of units, the area within which they operate, and the scope of mission they perform, the correlation is not absolute. In fact, it is ultimately the mission that a unit performs that determines the level of war within which it operates.
— David M. Glantz, Soviet Military Operational Art[1]
Jenis-jenis operasi ketenteraan
[sunting | sunting sumber]Operasi ketenteraan boleh diklasifikasikan mengikut skala dan skop kerja pasukan, dan kesannya terhadap konflik yang lebih luas. Skop operasi tentera boleh menjadi:
- Kancah: ini menggambarkan sebuah operasi di kawasan yang besar, biasanya kebenuaan, kawasan operasi dan merupakan komitmen nasional yang strategik dengan konflik, seperti Operasi Barbarossa, dengan matlamat am yang merangkumi kawasan pertimbangan diluar bidang ketenteraan, seperti kesan ekonomi dan politik.[Penjelasan diperlukan]
- Kempen: ini menerangkan samada subset kancah operasi, atau komitmen strategik geografi dan operasi yang lebih terhad, seperti Pertempuran Britain, dan tidak memerlukan komitmen nasional untuk konflik, atau mempunyai matlamat yang lebih luas diluar kesan ketenteraan.
- Pertempuran: ini menggambarkan subset sesuatu kempen yang mempunyai matlamat ketenteraan tertentu dan objektif geografi, serta penggunaan pasukan yang jelas, seperti Pertempuran Gallipoli, yang secara amnya adalah operasi gabungan tempur yang awalnya dikenali sebagai "pendaratan Dardanelles" sebagai sebahagian daripada Kempen Dardanelles, dimana sekitar 480,000 askar Bersekutu mengambil bahagian.
- Pertembungan: ini menerangkan peristiwa pertempuran taktikal atau pertarungan untuk sesuatu kawasan atau objektif tertentu atau tindakan unit yang berbeza. Sebagai contoh, Pertempuran Kursk, juga dikenali dari nama kod Jerman sebagai Operasi Citadel, termasuk banyak pertembungan yang berasingan, diantaranya telah digabungkan kedalam Pertempuran Prokhorovka. Pertempuran Kursk, selain menggambarkan operasi penyerangan awal Jerman, juga termasuk dua operasi penyerangan balas Soviet: Operasi Kutuzov dan Operasi Polkovodets Rumyantsev.
- Serangan: ini menggambarkan serangan tunggal, setelah sasaran ditentukan. Ini sering menjadi sebahagian daripada pertembungan yang lebih luas. Serangan mempunyai matlamat yang jelas, seperti menyerahkan fasiliti iaitu lapangan terbang yang tidak dapat dikendalikan, pembunuhan para pemimpin musuh, atau menghadkan penghantaran bekalan kepada tentera musuh.
Tahap operasi perang
[sunting | sunting sumber]Tahap operasi perang menduduki tempat tengah antara fokus strategik kempen dan taktik pertarungan. Ia menerangkan "tahap perang antara pertengahan antara strategi ketenteraan, mentadbir perang secara umum, dan taktik, melibatkan pertempuran individu".[2] Sebagai contoh, semasa Perang Dunia II, konsep tersebut dipakai untuk menggunakan Ketumbukan Kereta Kebal Soviet.[3]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]- Civil-military operations
- Effects-Based Operations (EBO)
- Iraq Military Operations 2003 to Current - Alphabetical
- List of military operations
- Military operation plan
- Military operations other than war (MOOTW)
- Offensive (military)
- Operational View (OV)
- : عملية Operación Opération Operation 行动 Oперация: A poem by Moez Surani comprising the names of military operations by member states of the United Nations since the year 2000.
Nota
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- Armstrong, Richard N. Red Army Tank Commanders: The Armored Guards. Atglen, Penn.: Schiffer Military History, 1994. ISBN 0-88740-581-9.
- Glantz, David M. Soviet Military Operational Art: In Pursuit of Deep Battle. London: Frank Cass, 1991. ISBN 0-7146-3362-3, ISBN 0-7146-4077-8.