Operasi (staf tentera)
Operasi ketenteraan adalah konsep dan penerapan sains ketenteraan yang melibatkan perancangan operasi untuk persediaan pasukan maneuvering, khidmat, latihan, dan fungsi pentadbiran—untuk membolehkan mereka memulakan, memasukan, kemudian keluar dari pertempuran. Staf operasi memainkan peranan penting dalam peluncuran angkatan tentera dalam pelbagai spektrum konflik; peperangan darat, peperangan udara, atau peperangan laut diperlukan untuk mencapai objektif operasi dalam sesuatu kancah peperangan.
Staf am operasi tentera berurusan dengan perancangan, proses risikan, pengumpulan, dan analisis maklumat. Fungsi utamanya adalah bertanggungjawab dalam mengagihkan sumber-sumber dan menentukan keperluan masa. Ia digabungkan dengan bahagian staf tentera lain untuk mencapai prinsip-prinsip utamanya dalam penguasaan pasukan tentera dan materiel untuk memenuhi misi diplomatik tertentu.
Staf operasi mempunyai ciri-ciri proses kitaran berbeza yang penting untuk operasi ketenteraan berkembang:
- Konsep melalui pengenalpastian matlamat atau objektif tertentu
- Risikan dikumpul dan dianalisis bagi mengenal pasti keupayaan musuh yang ditentang
- Perancangan pasukan tentera dan kegunaannya
- Pentadbiran kerahan, perlengkapan, latihan dan pementasan pasukan
- Permulaan operasi, dan mencapai objektif awal misi taktikal
- Mengalahkan pasukan musuh yang lebih besar pada kedalaman operasi mereka
- Menamatkan operasi samada sasaran strategik telah dicapai atau tidak
Staf am
[sunting | sunting sumber]Amerika Syarikat
[sunting | sunting sumber]Designasi staf am operasi adalah "3" bagi bahagian yang bersepadanan—misalnya J-3 (Operasi (Pelbagai-Khidmat) Bersama Tentera), G-3 (Tentera Darat), S-3 (Kor Marin), N-3 (Tentera Laut), dan A-3 (Tentera Udara).