Pergi ke kandungan

Operasi Market Garden

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Rancangan Operasi Market-Garden Sepatutnya Membolehkan Perang Tamat Sebelum Krismas 1944
Askar Payung Terjun British Dari 1 Div Para British Membuat Penerjunan Di Arnhem Pada 17 September 1944

Operasi Market-Garden adalah satu operasi serangan oleh askar-askar payung terjun ke atas sekumpulan sasaran di Negeri Belanda semasa Perang Dunia II. Operasi ini melibatkan 35,000 orang askar payung terjun dan sehingga kini masih merupakan serangan paling besar dijalankan oleh askar payung terjun.

Latar belakang

[sunting | sunting sumber]

Masalah Logistik Pembekalan

[sunting | sunting sumber]

Menjelang September 1944, ramai pihak berpendapat peperangan di Eropah sudah hampir tamat. Tentera Berikat memaksa tentera Jerman berundur tak keruan. Tentera Jerman berjaya diusir keluar dari Perancis dan Belgium dan barisan hadapan kini berada beberapa batu dari sempadan Belanda.

Kemaraan pantas ini menyebabkan masalah logistik yang teramat sangat kepada Tentera Berikat. Pasukan-pasukan tempur di barisan hadapan masih perlu dibekalkan daripada pelabuhan utama di pantai Normandy. Kadar kemaraan yang terlalu pantas menyebabkan unit-unit logistik bergelut membekalkan keperluan kepada unit-unit tempur di barisan hadapan. Tambahan pula 1,400 buah lori 3 tan British tidak dapat digunakan kerana masalah enjin. Pemimpin-pemimpin tentera tertekan. Kemampuan logistik hanya boleh menampung pergerakan mara satu ketumbukan tentera sahaja, iaitu pilihan perlu dibuat untuk menumpukan sokongan logistik sama kepada pasukan dipimpin oleh Fil Marsyal Bernard Law Montgomery ataupun pasukan yang dipimpin oleh George S. Patton.

Dwight D. Eisenhower dan pucuk pimpinan tentera Berikat terpaksa membuat keputusan untuk memberikan tumpuan bantuan bekalan kepada ketumbukan tentera yang lebih dekat dengan perbatasan Jerman untuk melancarkan serangan muktamad untuk menewaskan Tentera Jerman. Fil Marsyal Bernard Law Montgomery mencadangkan satu serangan besar-besaran oleh Ketumbukan Kedua British (British 2nd Army) ke atas negeri Belanda bagi membolehkan ianya digunakan sebagai batu loncatan untuk serangan ke negeri Jerman.

Persaingan Antara Montgomery dan Patton

[sunting | sunting sumber]

Tentera Berikat berdepan dengan persaingan antara dua orang pemerintah yang amat berlainan. Fil Marsyal Bernard Law Montgomery menjadi pemerintah tentera British paling unggul selepas kejayaannya menumpaskan Erwin Rommel di pertempuran El Alamein di Mesir. George S. Patton pula sentiasa menyaingi kejayaan Montgomery sejak di Afrika, di Sicily dan di Itali. Tetapi panas baran dan mulutnya yang terlepas cakap menyebabkan George S. Patton kurang disegani oleh pemimpin politik dan pemimpin atasan tentera.

Sebelum operasi pendaratan pada 6 Jun, George S. Patton dibekukan dan diberikan pemerintahan satu pasukan yang tidak wujud dengan tujuan mengelirukan pihak Jerman. Tetapi selepas pendaratan berlalu, Dwight D. Eisenhower menyedari kebolehan George S. Patton sebagai pegawai Kavalri yang berkaliber akan memaksa Jerman berundur dari bumi Perancis. Kini Montgomery dan Patton masing-masing mendesak diberikan sokongan logistik dan pembekalan untuk membolehkan mereka mengalahkan tentera Jerman.

Cadangan Montgomery

[sunting | sunting sumber]
Montgomery menjadi Wira Britain selepas Menewaskan Erwin Rommel dan pasukan Afrika Korps dalam Pertempuran El Alamein di Mesir

Montgomery telah mencadangkan untuk menggunakan 3 Divisyen askar payung terjun bagi menawan dan mempertahankan 5 buah jambatan penting yang merentang Sungai Maas, Sungai Waal dan Sungai Rhine supaya pasukan darat Tentera ke-2 dapat meluru ke Arnhem sebelum melencong ke kanan untuk masuk ke negeri Jerman. Selepas Arnhem, tidak ada lagi halangan sungai yang menghalang kemaraan Tentera Berikat ke negeri Jerman. Ini akan membawa kepada tamatnya perang di Eropah.

Operasi yang dikenali sebagai Operasi Market-Garden ini ditetapkan pada 17 September 1944. Divisyen 101 Airborne ditugaskan menawan 2 buah jambatan besar di Eindhoven sementara Divisyen 82 Payung Terjun ditugaskan menawan dan mempertahankan 2 buah jambatan di sekitar Nijmegen. Pasukan tentera British dijangka mara ke kedudukan yang dipertahankan oleh Divisyen 101 Payung Terjun dan Divisyen 82 Payung Terjun dalam masa beberapa jam sahaja. Divisyen Pertama Payung Terjun British di bawah pimpinan Mejar Jeneral Roy Urquhart pula akan menawan dan mempertahankan jambatan di Arnhem. Divisyen ini akan berada 60 batu di dalam kawasan musuh dan perlu bertahan selama 3 hari sebelum pasukan British yang didahului oleh kereta kebal sampai ke kedudukan mereka.

Kelemahan Perancangan

[sunting | sunting sumber]
Jambatan yang menjadi pertarungan di Arnhem, akhirnya membawa kemusnahan kepada Divisyen Pertama Payung Terjun British

Perancangan untuk operasi ini dibuat secara tergesa-gesa kerana tekanan masa. perubahan pesat di medan pertempuran menjadikan keadaan cepat bertukar dan sudah beberapa kali operasi bagi serangan oleh askar payung terjun terpaksa dibatal di sat-saat akhir apabila objektif serangan telah pun jatuh ke tangan askar-askar berikat sebelum oparasi dilancarkan. Montgomery risaukan pucuk pimpinan Tentera Berikat akan kembali memberikan perhatian dan paduan sokongan kepada Patton.

Perancangan Market-Garden diasaskan kepada perancangan untuk Ops Comet yang telah dibatalkan sebelum itu. Perancang operasi untuk Market-Garden hanya meluaskan skop Ops Comet untuk disesuaikan dengan keperluan Market-Garden kerana para perancang melihat objektif dan sasarannya tidak berbeza, dan hanya melibatkan penggunaan pasukan penyerang yang lebih besar.

Secara amnya, mana-mana tentera payung terjun hanya dilengkapi kelengkapan ringan dan tidak berupaya menentang mana-mana pasukan kereta kebal. Kelangsungan keberkesanan mereka bergantung kepada keupayaan mereka menawan kawasan musuh di luar jangka (dengan serangan kejutan) dan mencapai matlamat operasi sebelum pasukan musuh boleh menggunakan kelengkapan berat untuk menyerang balas. Dengan itu, adalah penting untuk pasukan askar payung terjun mendapat bantuan pasukan darat konvensional secepat mungkin. Perancangan Operasi Market-Garden meletakkan matlamat pasukan darat sampai untuk menggantikan pasukan payung terjun dalam tempoh dua hari.

Tentera Berikat juga tidak mempunyai jumlah kapal terbang yang mencukupi untuk menerbangkan dan menggugurkan 3 Divisyen askar payung terjun dalam sekali penerbangan. Jumlah 35,000 orang anggota payung terjun hanya akan boleh digugurkan dengan 3 kali angkutan udara dengan maksimum satu angkutan sehari. Disebabkan oleh kekangan ini hanya 2 briged daripada 4 briged yang ditugaskan dengan 1 Divisyen Payung Terjun British dapat didaratkan pada hari pertama pertempuran. 4 Briged Para hanya akan sampai ke medan tempur pada hari kedua. Briged Bebas Para Poland hanya akan tiba pada hari ketiga. Mengeruhkan lagi keadaan, kawasan pendaratan yang dipilih untuk menggugurkan 1 briged Para terletak 8 batu jauhnya daripada objektif.

Oleh kerana perisikan tentera menjangkakan kawasan tersebut tidak mempunyai pertahanan yang kuat, jarak kawasan pendaratan ini tidak dilihat sebagai masalah besar. Tanpa pengetahuan perisikan British, pihak Jerman telah memindahkan 2 Divisyen Panzer yang cukup terlatih dan berpengalaman untuk direhatkan dan dilengkapkan semula di kawasan Arnhem. Kedua-dua divisyen Panzer ini dilengkapkan dengan kereta kebal dan kereta perisai. Kedua divisyen ini dikerahkan ke kawasan Arnhem untuk berehat dan untuk dilengkapkan semula. Anggota dua-dua divisyen ini cukup terlatih dan merupakan askar-askar veteran. Walaupun bukan berada di tahap 100 peratus

Pasukan tentera British perlu menggunakan Lebuh Raya 69 (kemudiannya digelarkan sebagai "Hell's Highway") untuk sampai ke pasukan askar payung terjun. Lebuh raya ini hanya mempunyai dua lorong. Tepian lebuh raya ini terlalu lembut untuk digunakan oleh kenderaan berat.

Dalam kawasan operasi yang ditugaskan kepada Divisyen 82 payung Terjun, terdapat bukit setinggi 100 meter bernama Rabung Groesbeek yang perlu ditawan dan dipertahankan sekiranya keselamatan jambatan-jambatan hendak dijamin.

Dalam masa satu minggu sahaja, perancangan serangan telah disiapkan keseluruhannya (berbanding dengan perancangan operasi di Normandy yang memakan masa berbulan-bulan). Keputusan untuk hanya membuat satu penerjunan pada hari pertama serangan kelak akan membawa padah.

Perancangan semboyan dan perhubungan juga mempunyai banyak kelemahan dan akan menyebabkan Divisyen Pertama Payung Terjun British terputus hubungan sepanjang operasi dijalankan. Tiada perancangan dibuat untuk memberikan serangan bantuan udara rapat (close air support).

Jeneral James M. Gavin, pemerintah Divisyen 82 Payung Terjun sangsi dengan perancangan serangan, dan memandang rendah keupayaan Jeneral Browning kerana tidak mempunyai pengalaman meluas memerintah askar di medan perang.

Perancangan Operasi

[sunting | sunting sumber]
Rancangan Pertahanan British Untuk Arnhem

Fasa serangan udara melibatkan 3 daripada 5 divisyen askar payung terjun dalam Ketumbukan Pertama Tentera Payung Terjun Tentera Berikat (1st Allied Airborne Army). Lewis H. Brereton, pemerintah pasukan ini tidak mempunyai pengalaman memerintah pasukan payung terjun (dia adalah pemerintah tentera udara dan sebelum itu memerintah Ketumbukan Udara Ke-9 (Ninth Air Force). Dia dibantu oleh Leftenan Jeneral Frederick Browning, seorang pegawai tentera British yang telah menjadi pilihan Winston Churchill untuk menjawat jawatan tersebut. Browning akan mengetuai operasi di medan dan akan turut serta bersama dengan serangan pada hari pertama.

Operasi akan dibahagikan kepada dua bahagian, fasa Market yang melibatkan pengguguran askar-askar payung terjun di kedudukan-kedudukan strategik di negeri Belanda untuk membolehkan mereka menawan dan mempertahankan jambatan-jambatan penting untuk kegunaan pasukan-pasukan darat mara dan menggantikan askar payung terjun dalam menguasai kawasan yang ditawan. Fasa Garden melibatkan serangan oleh Kor XXX Tentera British dari sempadan di Belgium dengan kekuatan 3 Divisyen. Pasukan ini akan meluru masuk ke negeri Belanda dan menggunakan jambatan-jambatan yang telah ditawan oleh askar-askar payung terjun untuk menyeberangi halangan-halangan air sehingga ke bandar Arnhem di mana pasukan ini akan berpusing ke timur dan masuk ke dalam kawasan negeri Jerman.

Divisyen 101 Payung Terjun (Mejar Jeneral Maxwell D. Taylor) akan membuat penerjunan di dua lokasi untuk menawan jambatan di Son (mun. Son en Breugel) dan Veghel. Divisyen 82 Payung Terjun (Brigedier Jeneral James M. Gavin) pula akan membuat serangan untuk menawan jambatan-jambatan di Grave dan Nijmegen, sementara Divisyen Pertama Payung Terjun British (1st British Airborne Division) dan Briged Bebas Payung Terjun Poland di bawah pimpinan Mejar Jeneral Roy Urquhart akan menawan jambatan di Arnhem.

Roy Urquhart

Serangan udara ini melibatkan 34,876 orang anggota payung terjun. Oleh kerana pesawat pengangkut askar payung terjun tidak mencukupi, penerjunan perlu dibuat selama beberapa hari. Leftenan Jeneral Frederick Browning dan markasnya akan digugurkan pada hari pertama menggunakan peluncur angin. Daripada jumlah keseluruhan yang terlibat, 13,781 orang askar akan mendarat menggunakan pesawat peluncur angin, 20,190 orang askar akan digugurkan dengan payung terjun dan 905 orang askar lain akan mendarat dengan kapal terbang yang akan mendarat menggunakan landasan yang akan disediakan. Peluncur angin jenis Horsa, Waco dan Hamilcar juga digunakan untuk membawa 1,689 buah kenderaan, 290 pucuk meriam howitzer dan 1,259 ton peluru dan bekalan pelbagai.

Pasukan askar payung terjun dianggarkan perlu bertahan selama dua hari. Ini yang dijanjikan oleh Bernard Law Montgomery kepada Jeneral Frederick Browning. Jeneral Browning yakin mereka boleh bertahan selama 4 hari Tempoh berjuang sendirian yang dianggarkan selama 4 hari adalah satu jangka masa yang panjang untuk mana-mana pasukan payung terjun yang berjuang di belakang barisan hadapan musuh.

Askar payung terjun tidak mempunyai senjata berat untuk menentang kereta kebal dan kenderaan berperisai yang lain. Tetapi risikan tentera Berikat menunjukkan tiada pasukan kereta kebal berada dalam kawasan operasi di mana askar payung terjun akan membuat penerjunan. Askar payung terjun British hanya mempunyai senjata PIAT dan meriam 6 pounder untuk mempertahankan diri dari serangan kereta kebal.

Askar British dari 1 Briged Para terdiri dari 3 batalion iaitu 1 Para, 2 Para dan 3 Para akan digugurkan kira-kira 8 kilometer daripada objektif serangan dan akan mara ke jambatan berkenaan. Briged Pendaratan udara di bawah pimpinan Brigedier Jeneral Phillip Hicks akan mendarat dan mempertahankan kawasan pendaratan yang akan digunakan untuk pengguguran 4 Briged Para pada keesokan harinya. Briged Poland pimpinan Jeneral Stanislaw Sosabowski pula akan tiba pada hari ketiga.

Para perancang operasi memikirkan bahawa dengan kekuatan sebanyak 4 Briged infantri sudah mencukupi untuk menawan kesemua objektif yang ditetapkan dan seterusnya mempertahankan kawasan sekitar Arnhem daripada serangan oleh Tentera Jerman untuk melindungi pasukan yang bertahan di jambatan Arnhem. Andaian ini mungkin benar sekiranya tiada kehadiran 2 divisyen panzer yang telah dikerahkan ke kawasan Arnhem untuk penyusunan semula sebagai pasukan tempur yang berkesan.

Kereta kebal M4 Sherman menjadi Tonggak Pasukan Armor British Semasa operasi Market-Garden

Elemen Garden melibatkan Kor XXX (Kor ke-30) Tentera British dan diterajui Divisyen Armor Pengawal Diraja (Guards Armoured Division) dan diikuti dengan Divisyen ke-43 Infantri Wessex dan Divisyen ke-50 Infantri Northumbrian. Mereka dijangka tiba di kawasan operasi Divisyen 101 pada hari pertama, dan ke kawasan operasi Divisyen 82 pada hari kedua. Kor XXX dijangka sampai ke Jambatan Arnhem pada hari ketiga ataupun keempat. Tentera British juga akan membawa beberapa Divisyen askar untuk menggantikan divisyen-divisyen payung terjun supaya mereka boleh dilepaskan untuk menjalankan lain-lain operasi.

Oleh kerana perisikan tentera menunjukkan ketiadaan pasukan kereta kebal musuh, Kor XXX menjangkakan tentangan ringan sahaja semasa kemaraan mereka melalui Lebuh Raya 69. tambahan pula, pertahanan Jerman akan dalam keadaan kelam kabut untuk menangani kemunculan askar-askar payung terjun di dalam garisan pertahanan mereka.

Pasukan Jerman

[sunting | sunting sumber]

Pengunduran dalam keadaan kucar-kacir askar Jerman dalam bulan Julai dan Ogos meyakinkan lagi pihak Tentera Berikat bahawa tentera Jerman sudah tidak mempunyai taring lagi dan tidak lagi berupaya berjuang dengan berkesan. Kegagalan Tentera British untuk mengasingkan dan seterusnya menjadikan tidak berkesan Ketumbukan Ke-15 (15th Army) Tentera Jerman di Scheldt membolehkan 85,000 orang askar dan 600 pucuk meriam berjaya dilarikan ke negeri Belanda untuk dikumpulkan semula dan disusunkan semula sebagai pasukan tentera yang berkesan.

Ketibaan Fil Marsyal Gerd von Rundstedt sebagai Pemerintah Tertinggi Wehrmacht Zon Barat menggantikan Fil Marsyal Walter Model menenteramkan pasukan Jerman. Rundstedt dihormati oleh askar-askarnya, dan dalam masa seminggu sahaja, askar-askar Jerman ditukarkan semula menjadi pasukan yang mencapai tahap operasi yang tinggi. Rundstedt menyediakan pertahanan untuk menentang pasukan Tentera Berikat yang beliau anggarkan mempunyai kekuatan sebanyak 69 divisyen.

Sebagai tambahan, Jeneral Kurt Student dan 3,000 askar payung terjunnya diarahkan mengambil kedudukan pertahanan di Terusan Albert. Leftenan Jeneral Kurt Chill yang memerintah Divisyen Infantri Jerman ke-719 menempatkan askar-askar di jabatan-jambatan penting di laluan ke Arnhem. Tindakan ini membolehkan Kurt Student mengumpulkan askar pelbagai unit menjadi pasukan yang berupaya membuat pertahanan yang berkesan.

Pihak Jerman rata-rata percaya tentera berikat akan memusatkan serangan dengan Jeneral George S. Patton kerana dia lebih agresif dan berani. Fil Marsyal Walter Model (sejurus sebelum ditukarkan) mengarahkan penempatan semula Kor Panzer II di bawah pimpinan Leftenan Jeneral Wilhelm Bittrich untuk berehat dan melengkapkan semula pasukan tersebut di sekitar Arnhem mulai 4 September 1944 sebagai persediaan. Pasukan ini terdiri daripada dua divisyen kereta kebal Divisyen Panzer ke-9 SS dan Divisyen Panzer ke-10 SS.

Walaupun dimaklumkan oleh pergerakan penentang Belanda dan juga oleh perisikan mereka sendiri, Markas Tentera Berikat tidak mempercayai bahawa terdapat pasukan kereta kebal dengan kekuatan mencukupi untuk menggagalkan misi Divisyen Pertama Payung Terjun British. Keputusan ini membawa malang kerana sekurang-kurangnya 7,000 orang askar SS yang secara kebetulan telah menerima latihan khusus menangani serangan pasukan payung terjun.

Masalah Kehadiran Pasukan Kereta Kebal

[sunting | sunting sumber]

Laporan-laporan oleh pergerakan penentang Belanda dengan tepat mengenal pasti unit-unit kereta kebal, tetapi Montgomery terus berdegil dan enggan menerima hakikat tersebut, walaupun disuruh memberikan pertimbangan oleh Jeneral Walter Bedell Smith selaku Ketua Turus SHAEF. Bedell Smith telah pergi sendiri ke Markas Montgomery untuk meminta beliau membuat penyesuaian perancangan untuk mengambil kira kehadiran pasukan kereta kebal itu, tetapi Montgomery enggan beralah kerana memikirkan bahawa perancangan beliau sudah hampir di peringkat penghabisan. Montgomery juga menyangkal bukti tinjauan foto-udara yang diberikan kepadanya dengan alasan kereta kebal yang digambarkan tidak berfungsi ataupun mengalami kerosakan.

Keupayaan Pengangkutan Udara

[sunting | sunting sumber]
Kapal Terbang C-47 Skytrain Juga Dikenali Sebagai Dakota Dalam Perkhidmatan British

Ketumbukan Kapal Terbang Pengangkut Ke-IX Amerika Syarikat (U.S. IX Troop Carrier Command) menyediakan 1,545 buah pesawat pengangkut pelbagai jenis dan 478 buah peluncur angin untuk operasi ini, lebih kurang separuh daripada keperluan untuk mengangkut keseluruhan Divisyen 82 Payung Terjun dan Divisyen 101 Payung Terjun.

Walaupun pegawai pemerintah kedua-dua divisyen meminta dilakukan dua penerbangan pada hari pertama operasi, Markas Ketumbukan Pertama Payung Terjun Berikat (1st Allied Airborne Army) hanya membenarkan satu penerbangan sahaja pada hari pertama serangan untuk membolehkan senggaraan pesawat dan untuk rehat anak kapal. Ini menyebabkan Divisyen 101 Payung Terjun tidak mempunyai bantuan artileri sehingga hari ketiga dan Divisyen Pertama Payung Terjun British tidak dapat mendaratkan briged ketiga mereka sehingga hari ketiga. Briged bebas Para Poland pimpinan Sosabowski hanya dijadualkan tiba pada hari kelima.

Pemilihan Kawasan Penguguran dan Pendaratan

[sunting | sunting sumber]

Pemilihan kawasan pengguguran juga tidak dibuat dengan bijak, khususnya di sekitar Arnhem di mana kawasan pendaratan diletakkan 15 kilometer daripada objektif. Penerbangan arah utara di Jambatan Arnhem ditolak kerana kewujudan meriam antikapal terbang di Deelen. Kawasan di sebelah selatan Jambatan Arnhem pula dikatakan terlalu berpaya,

Untuk mengatasi kepincangan ini, Mejar Jeneral Roy Urquhart mengubah rancangan serangannya dengan menggabungkan serangan oleh satu pasukan khas menggunakan jip yang dilengkapkan dengan mesingan yang ditugaskan untuk meluru pantas ke Jambatan Arnhem dan mengawal jambatan tersebut sementara 3 batalion pasukan infantri menghampiri jambatan tersebut. Juruterbang dari Rejimen Juruterbang Peluncur Angin (Glider Pilot Regiment) akan mempertahankan zon pendaratan untuk menunggu pendaratan oleh 4 Briged Para di bawah pimpinan Brigedier Jeneral John Hackett.

Pertempuran

[sunting | sunting sumber]

Hari Pertama

[sunting | sunting sumber]

Ahad, 17 September, 1944

Divisyen 82 payung Terjun Amerika Syarikat Membuat penerjunan Berhampiran Grave

Semasa mulanya Ops Market-Garden rata-rata menunjukkan kejayaan besar dan memberikan harapan tinggi kepada pemerintah-pemerintah tentera British. Oleh kerana penerjunan dibuat pada waktu siang, tahap ketepatan pesawat sampai ke kawasan penerjunan yang disasarkan amat baik. Buat pertama kalinya, kumpulan besar askar payung terjun dapat digugurkan dengan tepat dan tidak bertaburan. Ini berbeza dengan pencapaian yang dibuat semasa penerjunan yang dibuat pada D-Day yang berselerak disebabkan oleh kesilapan pandu arah penerbangan dan pengelakan tembakan antikapal terbang.

Dalam penerjunan Operasi Market-Garden, Divisyen 82 Payung Terjun telah berjaya mencapai ketepatan 89% anggota yang mendarat dalam lingkungan 1000 meter daripada sasaran sementara 84% daripada pesawat peluncur mendarat di kawasan pendaratan yang ditetapkan. Bilangan pesawat yang ditembak jatuh juga tidak banyak dan jauh di bawah jangkaan. Tembakan artileri antikapal terbang Jerman dilaporkan sengit tetapi tidak tepat.

Eindhoven

Di kawasan selatan, Divisyen 101 Payung Terjun berjaya menawan 4 daripada 5 buah jambatan yang disasarkan. Malangnya jambatan di Son diletupkan oleh askar Jerman semasa dihampiri askar payung terjun. Divisyen 101 Payung Terjun kemudiannya diserang oleh Divisyen ke-59 Infantri Jerman, salah satu unit Ketumbukan Jerman ke-15 yang dibiarkan oleh Montgomery lolos dari kepungan Schelde.

Nijmegen

Divisyen 82 Payung Terjun berjaya menawan jambatan di Grave dengan meluru jambatan tersebut dan menewaskan askar Jerman yang bertahan di situ. Pasukan ini juga menawan jambatan di terusan Maas-Waal, sebuah jambatan kunci di Heumen. Tumpuan utama Divisyen 101 Payung Terjun adalah untuk menawan Rabung Groesbeek dan menahan apa-apa serangan kereta kebal Jerman dari arah Reichswald dan menghalang kawasan tinggi tersebut digunakan oleh pemerhati dan pemandu arah artileri Jerman.

Rejimen Infantri Payung Terjun ke-508 (508 PIR) ditugaskan menawan Jambatan Nijmegen tetapi oleh kerana salah faham tidak melancarkan serangan sehingga larut petang bila mana pertahanannya telah diperkukuhkan oleh askar-askar daripada Batalion ke-9 Peninjau SS.

Arnhem

2 orang Askar british mengawal perimeter keselamatan Markas Briged
Askar-asaklr dari Batalion Kedua Rejimen South Staffordshire Dengab Meriam Antikereta Kebal Jenis 6 Pounder Mara Ke Arah Arnhem

Pada mulanya, keadaan di Arnhem amat memberangsangkan. Pengguguran 1 Briged Para dibuat dengan baik dan ketiga-tiga batalion briged tersebut dapat mendarat dengan baik dan dengan tepat. Ketiga-tiga batalion tersebut dapat berkumpul dan bergerak cepat ke arah Jambatan Arnhem dalam tempoh yang ditetapkan.

Divisyen Pertama Payung Terjun British menghadapi pelbagai masalah. Mengikut perancangan yang dibuat, hanya separuh daripada kekuatan divisyen tersebut akan digugurkan dengan penghantaran pad hari pertama, dan hanya pasukan 1 Para Briged akan bergerak untuk menawan Jambatan Arnhem. Unit 1 Briged Pendaratan Udara (1 Air landing Brigade) pimpinan Brigedier Jeneral Phillip Hicks tidak dapat digunakan untuk membuat serangan kerana perlu mempertahankan kawasan-kawasan pendaratan untuk membolehkan 4 Briged Para mendarat pada keesokan harinya. 1 Briged Pendaratan Udara juga perlu mempertahankan kawasan pendaratan peluncur angin yang akan membawa masuk peralatan berat Briged Bebas Para Poland pada hari keempat dan juga kawasan-kawasan pengguguran pembekalan semula melalui udara.

Keadaan bertambah keruh apabila 38 buah peluncur angin (glider) jensi Hamilcar tidak tiba. Daripada 38 buah peluncur yang tidak sampai, sebahagian besarnya melibatkan peluncur yang membawa jip khas yang ditugaskan membuat luruan untuk menawan Jambatan Arnhem. Jip yang selamat tiba pula lewat bertolak ke Jambatan dan kemaraan mereka disekat oleh pertahanan Jerman yang kuat. Perancangan perang pasukan British sudah mulai kucar-kacir.

Ini memberikan kesan besar kepada operasi secara keseluruhan. 5 jam selepas pendaratan pertama anggota payung terjun British, batalion peninjau Divisyen ke-9 Waffen SS dapat menyeberangi Jambatan Arnhem dan jambatan di Sungai Waal. Tiada pasukan tentera British berada di jambatan di Arnhem ketika itu.

1 Para dan 3 Para masing-masing menghadapi pasukan-pasukan Jerman daripada sebuah batalion latihan yang memperlahankan kemaraan mereka dengan mewujudkan barisan menghalang di laluan-laun yang perlu diambil oleh 1 Para dan 3 Para.

Tetapi 2 Para di bawah kepimpinan Lt. Kol. John Frost mengambil laluan yang sedikit jauh ke selatan dan mendapati laluan mereka tidak dihalang oleh pasukan tentera Jerman. 2 para berjaya sampai ke Jambatan Arnhem pada waktu petang dan menubuhkan kedudukan dan perkubuan pertahanan di sebelah utara Jambatan Arnhem. 1 Para hanya berjaya mara separuh jalan menuju ke Jambatan Arnhem dan pasukannya sudah berpecah-pecah. Begitu juga dengan 3 Para. Kedua-dua batalion tersebut terpaksa bermalam di jalanan, dengan menghadapi serangan daripada bahagian belakang kedudukan mereka. Sementara itu, 2 Para cuba sebanyak 2 kali untuk meluru dan menawan bahagian selatan Jambatan Arnhem tetapi gagal.

Masalah Komunikasi

Radio Jenis Type 68 adalah untuk perhubungan jarak dekat

Para perancang operasi menjangkakan jarak 13 kilometer antara Jambatan Arnhem dan zon mendarat akan menimbulkan sedikit masalah komunikasi, oleh kerana kebanyakan radio yang digunakan oleh 1 Divisyen Para Br. adalah dari jenis Type 22 yang mempunyai jarak 8 km. Tetapi pada hakikatnya, komunikasi radio pasukan British pada hari tersebut tidak dapat digunakan langsung. Sesetengah set radio tidak dapat menerima isyarat daripada set lain yang membuat pemancaran daripada beberapa ratus meter, dan ada set radio yang langsung tidak berfungsi.

Berikutan ini, perhubungan di kalangan unit-unit Divisyen Pertama Payung Terjun British tidak keruan sedangkan pertahanan oleh pasukan Jerman semakin mantap dan sedang diperkuatkan.

Divisyen Pertama Payung Terjun British telah diperuntukkan satu frekuensi radio yang hampir serupa dengan frekuensi yang digunakan oleh sebuah stesen radio yang kuat di Britain. Tambahan pula, set frekuensi amat tinggi VHF yang digunakan oleh unit Amerika yang ditempatkan bersama telah ditala kepada satu frekuensi yang tidak digunakan dan tidak boleh dipakai. Walaupun unit tersebut berusaha membuat talaan semula set VHF tersebut, set itu dimusnahkan dalam serangan mortar oleh pihak Jerman. Dengan kemusnahan tersebut, Divisyen Pertama Payung Terjun British tidak mempunyai keupayaan untuk menghubungi Tentera Udara Diraja untuk mendapatkan bantuan pesawat pejuang-pengebom. Memburukkan keadaan, juruterbang Tentera Udara Diraja telah diberikan arahan untuk tidak mengambil inisiatif sendiri dengan alasan kesukaran membezakan musuh dengan kawan dan sebaliknya hanya membuat serangan hanya apabila menerima arahan daripada pasukan darat.

Beberapa teori telah dikemukakan mengenai sebab kegagalan set radio Divisyen Pertama Payung Terjun British tidak dapat digunakan. Ujian menggunakan alat moden mencadangkan kegagalan disebabkan oleh kewujudan longgokan bijih besi di dalam tanah di sekitar Arnhem. Kemungkinan juga persediaan operasi dan pembatalan yang berulang-ulang telah menyebabkan sikap sambil lewa dalam penjagaan dan pengecasan bateri serta kegagalan penyeliaannya.

Kemaraan Kor XXX

Asakr Ameriak Dengan Penentang-penentang Belanda di Kathedral Eindhoven
Salah Seorang Anggota British Yang Terbunuh

Jeneral Horrocks enggan memulakan kemaraan pasukan darat beliau selagi mana dia tidak mendapat pengesahan bahawa pasukan payung terjun telah mendarat di Arnhem. Pendirian ini juga disebabkan oleh pembatalan operasi-operasi sebelumnya yang dibatalkan pada saat-saat terakhir. Kesannya, Kor XXX tidak memulakan kemaraan sehingga jam 14.35 petang. Kemaraan mereka ditentang oleh pasukan infantri dan pasukan antikereta kebal yang berkubu di barisan pertahanan tentera Jerman.

Serangan ini menyebabkan kelewatan beberapa jam dan kemusnahan beberapa kereta kebal milik Divisyen Guards Armoured. Menjelang senja pada jam 1700, Divisyen Guards Armoured berada 15 km di selatan Eindhoven dan kini ketinggalan daripada jadual pergerakan yang ditetapkan. Doktrin penggunaan kereta kebal menyatakan pasukan kereta kebal perlu berhenti bermalam, dan Kor XXX menghentikan serangan untuk ahri tersebut dan bermalam. Tambahan pula, Ketua Turus Divisyen Guards Armoured memberitahu panglima Irish Guards untuk tidak tergesa-gesa disebabkan kemusnahan jambatan di Son yang terlebih dahulu perlu dibaiki. Sepatutnya kemusnahan jambatan tersebut memerlukan kemaraan yang lebih cepat supaya askar jurutera Kor XXX boleh menggunakan kelengkapan mereka untuk membaiki jambatan tersebut.

Pasukan Jerman

Untuk pasukan Jerman, keadaan yang terdampar di hadapan mereka amat jelas sekali. Walter Model, pemerintah pasukan di kawasan sekitaran, pada mulanya merasa bingung selepas penerjunan askar payung terjun di kawasan Arnhem. Dia memikirkan bahawa penerjunan askar payung terjun British bertujuan untuk menawan dirinya kerana dia merupakan pegawai berpangkat paling tinggi di kawasan tersebut. Jeneral Bittrich yang memerintah 2 Kor SS Panzer walau bagaimanapun berada dalam keadaan yang lebih tenang, dan dengan pantas membuat tafsiran bahawa jambatan yang merentangi sungai di Nijmegen merupakan satu sasaran strategik kritikal dan perlu diperkuatkan. Dia dengan segera menghantar kompeni peninjau dari Divisyen 9 SS Panzer untuk bergerak menuju Nijmegen untuk memperkukuhkan pertahanan jambatan Nijmegen.

Menjelang tengah malam, Model dapat mengamati keadaan sebenar dan mengeluarkan arahan-arahan bernas yang dapat mematahkan serangan pasukan British di Arnhem. Di Arnhem, kekeliruan dan huru hara yang selalunya menyusul selepas sesuatu serangan askar payung terjun tidak berlaku dan pasukan pertahanan di Arnhem tidak dikejutkan oleh serangan yang berlaku. Sebaliknya, mereka dengan tenang menyediakan pertahanan.

Hari Kedua

[sunting | sunting sumber]

Isnin 18 September 1944.

Wartawan Alan Wood Menaip Laporan Beritanya Dari Medan Pertempuran. Alan Wood Selamat Mengharungi pertempuran dan meninggal Dunia Dalam Tahun 1957
Penembak Tepat Dari Waffen SS Yang Ditawan Askar British Di Arnhem

Pasukan British

1 Para dan 3 Para berusaha mara ke Jambatan Arnhem sebelum terbit matahari dan menunjukkan sedikit kemajuan. Tetapi pergerakan mereka ditentang hebat oleh pasukan-pasukan Jerman pada waktu cerah. Pasukan 1 Para dan 3 Para kini berselerak dan terputus-putus, dan pasukan-pasukan Jerman mula menyerang dan memusnahkan satu persatu pasukan-pasukan kecil dari 1 Para dan 3 Para. Anggota yang berada di hadapan tidak tahu bahawa pasukan-pasukan yang berada di belakang menghadapi serangan bertubi-tubi dan dipisahkan daripada kumpulan utama dan dimusnahkan askar-askar Jerman.

Pada awal pagi, Batalion Peninjau ke-9 SS yang dihantar ke Nijmegen pada hari sebelumnya diberitahu oleh pemerintah di Jambatan Nijmegen bahawa kehadiran mereka tidak diperlukan di situ dan mereka diarahkan pulang semula ke Arnhem.

Walaupun mereka mengetahui tentang kehadiran askar payung terjun British di Jambatan Arnhem, pasukan ini salah mentafsirkan kekuatan pasukan British yang mempertahankan Jambatan Arnhem. Pasukan ini cuba melintasi jambatan tersebut dan mengalami kekalahan teruk termasuk mengalami kematian pemimpinnya SS-Hauptsturmführer Paul Gräbner.

Menjelang senja, pasukan-pasukan 1 Para dan 3 Para berada hanya 2 kilometer dari Jambatan Arnhem tetapi mengalami kemusnahan teruk di kalangan anggota-anggotanya. 1 para dan 3 Para hanya mempunyai baki 200 orang anggota daripada bilangan asal 1,400 orang yang membuat penerjunan pada awal pagi tersebut. Sebahagian besar pegawai dan pegawai tidak bertauliah dari kedua-dua batalion tersebut sudah menjadi korban perang ataupun tercedera. Masalah komunikasi yang dialami oleh pasukan-pasukan British di Arnhem juga bermakna pergerakan mereka tidak dapat diselaraskan bersama.

Oleh kerana runsingkan dengan ketiadaan maklumat mengenai perkembangan yang berlaku di sekitar Arnhem, khususnya ketidakupayaan Divisyen 1 British Para dan 1 Briged Para menghubungi ketiga-tiga batalion yang membuat kemaraan Jambatan Arnhem, Jeneral Roy Urquhart dengan diiringi Brigedier Gerald Lathbury (pemerintah 1 Briged Para) meninggalkan markas Divisyen 1 British Para untuk menghubungi sendiri meninjau keadaan pertempuran supaya beliau dapat menyelaraskan pergerakan 1 Para dan 3 Para. Dalam perjalanan mereka menuju Arnhem, kumpulan Jeneral Roy Urquhart bertembung dengan pasukan Jerman dan Brigedier Gerald Lathbury tercedera. Jeneral Roy Urquhart dan kumpulannya terpaksa bersembunyi di dalam sebuah loteng milik orang awam Belanda.

Gambar Paling Terkenal Dari Operasi Sekitar Oosterbeek

Divisyen Pertama Payung Terjun British kini terputus hubungan dengan pegawai pemerintah mereka. Markas Divisyen kini tidak dapat menghubungi pegawai pemerintah mereka, tidak dapat menghubungi 1 Briged Para, tidak mengetahui kedudukan 1 Para dan 3 Para, dan tidak dapat menghubungi markas mereka di Britain. Mereka terputus hubungan dengan dunia luar. Divisyen 1 British Para diambil perintah buat sementara oleh Brigedier Jeneral Phillip Hicks, pegawai pemerintah 1 Airlanding Brigade. Tetapi Brigedier Jeneral Hicks, menghadapi masalah mempertahankan kawasan pendaratan askar payung terjun daripada serangan bertubi-tubi oleh pasukan Jerman.

Pada lewat hari, angkutan kedua yang sebelumnya tertunda disebabkan keadaan berkabut di lapangan terbang perlepasan di Britain akhirnya tiba membawa 4 Briged Para bersama panglimanya Brigedier Jeneral John Hackett. Briged tersebut terdiri dari 3 batalion askar payung terjun terdiri dari 10 Para, 11 Para dan 156 Para.

Apabila sampai, Brigedier Hackett dimaklumkan oleh GSO1 Kolonel Charles MacKenzie, Ketua Turus Divisyen 1 British Para bahawa Jeneral Roy Urquhart dilaporkan hilang dan tidak dapat dikesan dan pimpinan Divisyen kini diambil oleh Brigedier Hicks untuk sementara. Oleh kerana Brigedier John Hackett mempunyai kekananan pangkat, beliau mempertikaikan kepimpinan Hicks. Brigedier Hicks menghantar 11 Para dan dua kompeni dari 2 South Straffordshire untuk membantu kemaraan 1 Para dan 3 Para menuju Jambatan Arnhem.

Hicks sudah berada di medan tempur sejak mula lagi sedangkan Hackett baru sahaja tiba, dan Hicks memandang ini sebagai kelebihan yang mewajarkan beliau terus memegang tampuk pemerintahan Divisyen 1 British Para. Hackett tidak bersetuju, dan terus menuntut diberikan hak memerintah disebabkan kekananannya. Perbalahan terus berlaku di antara mereka berdua, tetapi dileraikan oleh GSO1 Ketua Turus Divisyen, Kolonel MacKenzie. Hicks terus memerintah semasa ketiadaan Urquhart. Hackett terpaksa akur setelah didesak oleh MacKenzie dan diletakkan di bawah pemerintahan Hicks.

Keadaan menjadi lebih genting apabila kebanyakan daripada pembekalan semula dari udara telah digugurkan di kawasan pendaratan yang ditetapkan dalam perancangan asal operasi. Malangnya, kawasan yang ditetapkan untuk pengguguran telah diserang bertubi-tubi oleh pihak Jerman, yang tidak berada di bawah kawalan askar British. Ini menyebabkan keperluan yang dibekalkan ditawan oleh askar-askar Jerman. Hicks terpaksa melihat pembekalannya jatuh ke tangan Jerman kerana tidak mempunyai cara untuk menghubungi markas di Britain untuk memberi maklum keadaan di medan. Usaha untuk mendapatkan perhatian juru terbang tidak mendatangkan hasil kerana mereka diarahkan untuk tidak mengendahkan isyarat daripada bumi kerana ianya menjadi helah lazim oleh pihak Jerman untuk mengelirukan juruterbang yang menjalankan penerbangan perbekalan semula.

Nijmegen - Divisyen 82 Payung Terjun

kumpulan Askar Jerman Yang Menjadi Tawanan Divisyen 82 Payung Terjun di Nijmegen

Di kawasan operasi Divisyen 82 Payung Terjun, serangan oleh Tentera Jerman berjaya menawan salah satu daripada kawasan pendaratan yang telah ditetapkan untuk penerjunan angkutan kedua pasukan tersebut yang dijadualkan pada jam 1300. Menilaikan keadaan yang getir itu, Jeneral Gavin memerintahkan 508 Rejimen Infantri Payung Terjun untuk menyerang dan menawan semua kawasan pendaratan peluncur angin tersebut. Rejimen itu membuat serangan pada jam 1310 dan berjaya menawan semula kedudukan pada jam 1400.

Dalam operasi tersebut Rejimen 508 Infantri berjaya menawan 149 orang tawanan dan 15 buah meriam antipesawat terbang. Kejayaan ini membolehkan pendaratan oleh peluncur angin dibuat dengan baik, dan batalion ke-319 dan batalion ke-320 Artileri Medan Peluncur Angin berserta dengan batalion ke-456 Artileri payung terjun berjaya mendarat. Ini diikuti dengan pengguguran pembekalan semua yang dilakukan oleh 135 buah pesawat B-24 Liberator dan 805 daripada pembekalan tersebut dapat dikutip oleh pasukan Divisyen 82 Payung Terjun.

Bandar Grave dipertahankan dengan baik oleh pasukan Jerman. Mereka terus melancarkan serangan ke atas pasukan dari Divisyen 82 Payung Terjun yang dikerahkan mempertahankan kawasan tinggi Groesbeek di sebelah timur Nijmegen. Kawasan ini dipertahankan oleh pasukan Rejimen 505 Infantri payung Terjun yang berjaya mematahkan serangan askar Jerman di Horst, Grafwegen, dan Riethorst.

Eindhoven - Divisyen 101 Payung Terjun

Divisyen 101 Payung Terjun menghadapi kegagalan menawan jambatan di Son dan berusaha untuk mencari lain-lain jambatan sebagai alternatif. Pasukan itu cuba menawan jambatan di Best, beberapa kilometer dari Son, tetapi usaha mereka dihalang oleh tentangan hebat dan halangan oleh askar Jerman. Unit-unit lain bergerak arah selatan dan tia ke pinggir bandar Eindhoven. Pada tengah hari, unit-unit hadapan Divisyen 101 Divisyen Payung Terjun berjaya menghubungi pasukan-pasukan askar peninjau Kor XXX, dan memberitahu XXX Kor mengenai kemusnahan jambatan di Som dan meminta Kor XXX membawa ke hadapan sebuah Jambatan Bailey untuk dibina bagi menggantikan jamabatan di Son yang musnah.

Kor XXX tiba di Eindhoven sejurus kemudian dan bermalam di bahagian selatan Son sementara menunggukan Jambatan Bailey dibina oleh askar jurutera. Operasi komponen Garden kini sudah 36 jam ketinggalan dengan apa yang dijadualkan dalam perancangan. Dalam masa yang sama, jambatan di Arnhem dan Nijmegen masih berada di dalam kawalan askar Jerman

Hari Ketiga

[sunting | sunting sumber]

Selasa, 19 September 1944

Arnhem Divisyen Pertama Payung Terjun British

peta menunjukkan pertahanan di Jambatan Arnhem

Pada waktu malam, 1 Briged Para meneruskan lagi serangan mereka untuk sampai ke Jambatan Arnhem untuk membantu pasukan 2 Para yang mempertahankan tebing sebelah utara jambatan tersebut. Serangan diterajui oleh 1 Para yang dibantu oleh saki baki anggota-anggota dari pasukan 3 Para. Pasukan dari Batalion ke-2 South Staffordshire membuat serangan di sebelah kiri dan 11 Para menyusul di belakang pasukan penyerang 1 Para.

Apabila hari menjadi siang, pasukan 1 Para dikesan oleh askar-askar Jerman yang menahan kemaraan pasukan tersebut. Batalion itu kini terperangkap di kawasan lapang dan menerima serangan tembakan yang hebat oleh pasukan pertahanan Jerman yang menyerang dari tiga penjuru. Batalion 1 Para hancur musnah, dan saki baki pasukan 3 Para terpaksa berundur.

Pasukan 2 South Staffordshire juga mengalami nasib yang sama dan dimusnahkan oleh pertahanan Jerman dan menjelang waktu tengah hari, hanya 150 orang anggota sahaja yang masih tinggal. Yang lainnya sudah terbunuh, cedera ataupun ditawan pihak Jerman. 11 Para pula cuba menawan kawasan tinggi di sebelah utara dan juga mengalami kegagalan. Akhirnya, 500 orang yang masih terselamat daripada keempat-empat batalion ini berundur menuju ke kawasan pertahanan yang diwujudkan oleh pasukan utama di Oosterbeek lebih kurang 5 kilometer jauhnya.

Kemaraan oleh 2 South Staffordshire dan 11 Para membolehkan Jeneral Urquhart keluar daripada tempat persembunyiannya. Askar-askar yang menemuinya terkejut kerana menyangkakan bahawa beliau sudah mati terbunuh ataupun ditawan musuh. Urquhart meminta bantuan askar-askar tersebut untuk kembali ke markas 1 Divisyen.

Sementara itu, 2 Para dengan dibantu oleh unit-unit serpihan kini berjumlah 600 orang dan dengan tabah mempertahankan tebing sebelah utara Jambatan Arnhem. Melihatkan usahanya pada hari sebelumnya mengalami kegagalan dan kehilangan anggota yang ramai, Jeneral Bittrich menyedari bahawa pasukan pimpinan Kolonel John Frost itu tidak mudah dikalahkan hanya dengan membuat serbuan oleh pasukan infantri, dan mencari cara lain untuk melemahkan pasukan 2 Para untuk membolehkan beliau menawan semula kedudukan yang kini dipegang oleh 2 Para. Jeneral Bittrich mengarahkan kedudukan tersebut dibedil dengan bedilan meriam dan mortar dan tembakan dari kereta kebal mereka. Pertempuran sengit berterusan sepanjang hari, tetapi Jeneral Bittrich tidak dapat menawan kedudukan yang kawal oleh 2 Para.

Oosterbeek

Di sebelah utara Oosterbeek, 4 Briged Para cuba memecah kepungan askar Jerman tetapi percubaan ini menemui kegagalan teruk disebabkan oleh ketiadaan perhubungan dan juga disebabkan oleh pertahanan kukuh askar-askar Jerman. Pasukan itu mengalami jumlah kematian dan kecederaan yang tinggi. Sekembalinya Urquhart ke markas Divisyen, beliau diberikan taklimat keadaan oleh Ketua Turusnya, Kolonel Mackenzie. Urquhart terkejut mendengar bahawa perhubungan dengan dunia luar masih terputus, dan pembekalan semula yang dihantar jatuh ke tangan askar Jerman kerana kawasan pengguguran pembekalan semula kini berada dalam tangan askar Jerman. Urquhart juga dimaklumkan bahawa 2 Para masih mempertahankan tebing utara Jambatan Arnhem. Urquhart juga dimaklumkan bahawa 1 Briged Para sudah musnah dan tidak lagi menjadi pasukan tempur yang berkesan.

Urquhart berasa sugul. Divisyen Pertama Payung Terjun British kini sudah bersepai dengan pasukannya terpisah di antara satu sama lain, dan kini tidak lagi menjadi satu pasukan tempur yang berkesan. Saki baki divisyen mula berundur untuk menubuhkan kawasan perlindungan di sekitar Oosterbeek dengan tujuan mengekalkan satu kawasan tumpuan di tebing sebelah utara Sungai Rhine. John Frost dan 2 Para dikorbankan dan terpaksa dibiarkan berjuang sendirian.

Ketibaan Briged Payung Terjun Poland tertunda lagi disebabkan oleh keadaan kabut yang tebal di Britain. Tetapi elemen Briged tersebut yang dibawa dengan peluncur angin terdiri daripada pasukan artileri antikereta kebal dan kenderaan ringan dapat berlepas menuju medan pertempuran, tetapi tiba untuk membuat pendaratan semasa 4 Briged Para membuat pengunduran mereka. Ini menyebabkan pasukan-pasukan Poland tersebut menerima serangan hebat dari askar-askar Jerman.

Nijmegen Divisyen 82 Payung terjun

Pada jam 0820, Rejimen 504 Infantri Payung Terjun bertemu dengan pasukan-pasukan pendahulu Kor XXX di Grave. Pertemuan ini membolehkan rejimen ini menyerahkan tugas menjaga keselamatan kawasan kepada Kor XXX dan membolehkan rejimen tersebut dikerahkan untuk tugasan-tugasan lain sementara batalion ke-3nya dijadikan pasukan simpanan Divisyen.

Menjelang waktu tengah hari, unit-unit pendahulu Kor XXX mula sampai ke Nijmegen, tetapi mengikut perancangan asal mereka sepatutnya sudah ebrada di Jambatan Arnhem. Usaha dibuat untuk menawan jambatan di Nijmegen, dengan serangan oleh askar-askar payung terjun dari batalion 2/505 Infantri dengan dibantu oleh kereta kebal daripada Divisyen Guards Armoured. Malangnya, serangan itu dipatahkan hanya 400 meter daripada jambatan tersebut. Pertempuran berterusan sehingga larut malam.

Jeneral Gavin menyedari bahawa pasukannya perlu melakukan sesuatu langkah berani untuk menawan jambatan Nijmegen. Dia merancangkan satu serangan oleh batalion 3/504 Infantri Payung Terjun menggunakan boat penyerang untuk menyeberangi Sungai Waal dan menyerang kedudukan Jerman dari arah tebing utara seiringan dengan serangan dari arah tebing selatan. Arahan dikeluarkan kepada Kor XXX untuk membawa ke hadapan boat penyerang, tetapi askar-askar jurutera menghadapi samalah membawa bot-bot tersebut ke hadapan. Serangan oleh batalion 3/504 Infantri tertunda. Sekali lagi, Kor XXX disekat di jambatan Nijmegen.

Jeneral Horrocks dalam usahanya membantu Divisyen 82 Payung Terjun menawan jambatan Nijmegen, meletakkan Batalion Pertama dan Batalion ke-5 dari Rejimen Coldstream Guard di bawah pemerintahan Jeneral Gavin.

Eindhoven Divisyen 101 Payung Terjun

Di sebelah selatan, unit-unit Divisyen 101 Payung Terjun yang dikerahkan ke Best pada hari sebelumnya terpaksa berundur akibat serangan balas bertubi-tubi oleh askar-askar Jerman pada waktu pagi. Pasukan ini dibantu oleh kereta kebal British dan berjaya menawan semula kedudukan pada lewat petang. Pada petang itu juga, satu pasukan kereta kebal Panther askar Jerman membuat serangan ke atas Jambatan Bailey di Son yang dibina untuk menggantikan jambatan yang diletupkan oleh askar Jerman pada hari pertama serangan, tetapi serangan tersebut dapat dipatahkan oleh pasukan antikereta kebal Divisyen 101 Payung terjun dengan bantuan unit-unit Kor XXX.

Hari Keempat

[sunting | sunting sumber]

Rabu, 20 September 1944

Askar payung Terjun Memeriksa Runtuhan Sebuah Sekolah Belanda Untuk Mencari Penembak Tepat Jerman

Jambatan Arnhem

Gambar Jambatan Arnhem Selepas 2 Para Ditewaskan

Pasukan pimpinan Lt. Kol. John Frost yang mempertahankan Jambatan Arnhem terus tekad mempertahankan kedudukan mereka walaupun tidak henti-henti dibedil secara berterusan dengan serangan artileri dan tembakan kereta kebal. Anggota mereka ramai yang cedera ataupun terbunuh. Bekalan peluru, terutamanya peluru untuk meriam antikereta kebal dan bekalan asas perubatan makin berkurangan. Perbekalan semula tidak dapat dilakukan ataupun jatuh ke tangan askar-askar Jerman.

Pasukan ini berjaya mendapatkan bantuan orang awam Belanda untuk mengadakan hubungan menggunakan sistem telefon awam dan berjaya menghubungi markas Divisyen Pertama Payung Terjun British pada waktu tengah hari. Harapan mereka mendapatkan bantuan lebur apabila diberitahu bahawa 2 Para terputus daripada pasukan induk mereka dan unit-unit Kor XXX masih tersekat di tebing selatan Jambatan Nijmegen.

Menjelang tengah hari, keadaan pasukan ini semakin getir. Bilangan askar yang cedera akibat bedilan meriam tanpa henti oleh pasukan Jerman semakin meningkat sedangkan bekalan perubatan dan ruang untuk merawat sudah sesak. Bekalan peluru, khususnya peluru antikereta kebal sudah kehabisan. Ini membolehkan kereta kebal dan kereta perisai Jerman menghampiri kedudukan British dan memusnahkan kedudukan-kedudukan tersebut dari jarak dekat.

Makanan, bekalan air dan bekalan perubatan sudah tiada, dan kebanyakan rumah yang dijadikan perlindungan dan perkubuan 2 Para kini sudah terbakar dan berkemungkinan roboh. Antara anggota 2 Para yang tercedera adalah Kolonel John Frost yang tertembak semasa beliau keluar memeriksa garisan pertahanan pasukan. Keadaan teramat getir sehinggakan satu persetujuan dicapai untuk pertempuran dihentikan selama 2 jam untuk membolehkan mereka yang tercedera (termasuk Kolonel John Frost) dipindahkan perubatan Jerman dan seterusnya menjadi tawanan perang.

Selepas tempoh 2 jam itu tamat, pasukan askar Jerman terus memusnahkan satu persatu kedudukan tentera British dan pada waktu malam tersebut, pasukan askar Jerman telah berjaya menawan keseluruhan kedudukan yang sebelumnya dikuasai tentera British di tebing utara jambatan Arnhem. Askar-askar British berjuang berhabis-habisan dengan apa sahaja senjata yang ada, termasuk pisau dan batu batan. Menjelang pad\gi Khamis, kesemua mereka terbunuh ataupun tertawan. Mesej radio terakhir dihantar oleh pasukan British di Arnhem berbunyi “kehabisan peluru …. Tuhan selamatkan Duli Tuanku’’ diterima hanya oleh askar Jerman yang menjadi pengendali alatan pintas radio.

Kejayaan ini membolehkan askar Jerman menggunakan jambatan itu untuk menghantar bantuan anggota dan peralatan bagi memperkukuhkan unit-unit tentera yang bertahan di Nijmegen.

Mengikut perancangan asal, keseluruhan Divisyen Pertama Payung Terjun British dengan kekuatan 10,000 anggota hanya perlu mempertahankan kedudukan di Jambatan Arnhem untuk jangka masa 2 hari sahaja. Sebaliknya, apa yang berlaku amat berbeza. Satu batalion (2 Para) dengan kekuatan 740 orang anggota terpaksa bertahan selama 4 hari dengan keadaan menghadapi kekuatan musuh yang jauh lebih besar daripada apa yang dijangkakan.

81 orang askar British terbunuh semasa mempertahankan Jambatan Arnhem, sedangkan jumlah kematian di kalangan askar Jerman pula tidak diketahui tetapi dianggapkan kemalangan jiwa yang dialami agak berat. 11 daripada unit askar-askar Jerman yang terlibat dalam pertempuran di Jambatan Arnhem melaporkan kemalangan 50% daripada jumlah kekuatan.

Oosterbeek

Di sebelah barat, saki baki 1 Divisyen Payung Terjun British kini bertumpu di Oosterbeek dan menjadikan kawasan tersebut sebagai kedudukan untuk menjalankan pertempuran berhabis-habisan. Kedudukan pasukan semakin getir dan kekalahan dan kemusnahan divisyen pimpinan Urquhart kini umpama retak menanti belah.

Di sebelah timur, anggota-anggota yang masih ada dari batalion-batalion 1 Para, 3 Para, 11 Para dan 2 South Staffordshire dikumpulkan sebagai satu pasukan pertahanan yang mengawal rusuk kiri dan diletakkan di bawah pimpinan Mejar Richard 'Dickie' Lonsdale (pasukan ini kelak akan dikenali sebagai Lonsdale Force). Pada sebelah petang hari itu, pasukan tentera Jerman cuba membuat serangan yang hebat untuk mengasingkan 1 Divisyen Payung Terjun British daripada Sungai Rhine supaya dapat dimusnahkan. Tetapi pasukan British yang bertahan di situ dapat mematahkan serangan tersebut.

Di kawasan berhutang di sebelah barat Oosterbeek, 4 Briged Para sedang bertempur untuk menghampiri kedudukan utama 1 Divisyen tetapi diserang hebat oleh askar Jerman yang dibantu dengan artileri, mortar dan kereta kebal. Sebilangan kereta kebal itu mempunyai penyembur api (flame thrower). Jumlah kemalangan yang dialami 4 briged Para amat tinggi. Pada penghujung hari tersebut, 4 Briged Para berjaya sampai ke garisan pertahanan British tetapi batalion 10 Para hanya tinggal dengan kekuatan 60 orang.

Batalion 156 Para yang menyusul 10 Para juga diserang bertubi-tubi dan terpaksa mengadakan serangan-serangan balas ke atas pasukan-pasukan Jerman. Batalion itu juga hanya tinggal kira-kira 150 orang tetapi berjuang dengan berani dan bijak sehinggakan askar Jerman tidak menyedari bahawa mereka sedang berlawan dengan satu pasukan yang sedang berundur. Pada waktu petang, 156 Para membuat satu serbuan menggunakan bayonet (bayonet charge) dan hasilnya, 75 orang anggota 156 Para berjaya sampai ke garisan pertahanan British.

Nijmegen

Kereta Kebal Divisyen Guards Armoured Menyeberangi Jambatan Nijmegen Selepas Ditawan Tentera Berikat

Di Nijmegen, bot penyerang (assault boat) yang diminta oleh Jeneral Gavin untuk digunakan menyeberangi Sungai Waal masih belum sampai. Pasukan yang dipilih oleh Jeneral Gavin untuk membuat serangan tersebut adalah Batalion Ke-2, Rejimen 504 Infantri Payung terjun (2/504 Infantri) dan pegawai yang dipilih untuk mengetuai serangan tersebut adalah Mejar Julian Cook.

Mejar Julian Cook sudah beberapa kali diberitahu masa serangan menyeberangi sungai Waal sepatutnya dilancarkan tetapi ditunda kerana bot penyerang yang diperlukan tidak tiba. Hanya pada jam 1500 (3 petang) barulah bot-bot penyerang yang diminta sampai ke tempat pelancaran serangan. Askar-askar yang ditugaskan membuat serangan terkejut melihat bot-bot penyerang yang hendak digunakan kerana hanya diperbuat daripada kain kanvas dengan lain dibuat daripada papan lapis. Topang sisi bot juga diperbuat daripada kayu. Tambahan pula, banyak daripada bot berkenaan tidak mempunyai pengayuh.

Namun demikian, Mejar Julian Cook dan Batalion ke-3/504 PIR membuat serangan menyeberangi sungai yang luas tersebut menggunakan 26 buah bot menggunakan pangkal senapang mereka sebagai pengayuh. Hanya separuh daripada bot-bot berkenaan berjaya sampai ke tebing seberang sungai berkenaan, dan membuat serbuan merintangi kawasan lapang selebar 200 meter menuju kedudukan askar Jerman yang dibina kukuh. Tetapi azam dan tekad mereka membolehkan mereka menawan kedudukan Jerman tersebut dan jambatan tersebut kemudiannya diserang dan ditawan oleh kereta kebal Guards Armoured dab Batalion 2/504. Akhirnya, jambatan tersebut jatuh ke tangan askar Berikat selepas diserang selama 4 hari berturut-turut.

Tetapi askar Jerman mempunyai tujuan baru, mereka hendak memutuskan laluan askar Berikat yang menggunakan Lebuh Raya 69 yang akan mengasingkan askar-askar payung terjun daripada pasukan Kor XXX. Di sebelah timur, serangan askar Jerman ke atas tanah tinggi membawa hasil dan mereka berjaya menawan jambatan di Mook. Serangan oleh Rejimen 505 Infantri Payung Terjun dengan bantuan Batalion ke-4 Coldstream Guards memaksa askar Jerman berundur. Di sebelah selatan, Divisyen 101 Payung terjun masih diserang bertubi-tubi oleh pasukan-pasukan Jerman, khususnya dengan serangan menggunakan kereta kebal Panther.

Apabila Panglima Ketumbukan Ke-2 Tentera British (2nd British Army) Jeneral Miles Dempsey bertemu Jeneral James M. Gavin, dia dilaporkan berkata “Saya amat berbangga dapat bertemu panglima Divisyen paling hebat di dunia pada ketika ini”

Hari Kelima

[sunting | sunting sumber]

Khamis, 21 September 1944

Kereta Kebal Jenis Cromwell Dari Divisyen Guards Armoured Mara Ke Utara Melalui "Hell's Highway"

Oosterbeek

Kira-kira 3,600 orang anggota 1 Divisyen Payung terjun British yang terselamat kini menubuhkan satu perimeter pertahanan di bangunan dan hutan kecil sekitar Oosterbeek, Jeneral Urquhart masih lagi berharapan sesuatu kebaikan yang boleh diperolehi daripada kemusnahan divisyennya. Pertahanan di Ossterbeek diharapkan membolehkan satu tumpuan jambat (bridgehead) dikekalkan bagi membolehkan penggunaan oleh Kor XXX untuk menyeberangi Sungei Rhimne apabila mereka sampai kelak.

Sepanjang hari, kedudukan mereka diserang dari semua arah. Di sebelah Tenggara, Lonsdale Force (saki baki of the 1 Para, 3 Para, 11 Para dan 2 South Staffordshire) dengan bantuan bedilan meriam oleh artileri ringan divisyen, menangkis serangan hebat oleh pihak Jerman. Di sebelah utara, Batalion ke-7 Kings Own Scottish Borderers (7 KOSB) hampir dikalahkan serangan oleh pasukan Jerman.

7 KOSB mengambil semula kedudukan mereka dengan membuat satu serbuan bayonet sebelum berundur ke selatan untuk mempertahankan kawasan yang lebih kecil. Serangan paling serius dihadapi oleh kompeni “B” dari Batalion Pertama Kings Own Scottish Borderers (1 KOSB)yang mengawal satu kawasan tanah tinggi yang penting di sudut sebelah barat daya perimeter berhampiran dengan satu tempat penyeberangan feri yang merupakan satu-satunya jalan untuk divisyen tersebut menerima apa-apa bentuk bantuan daripada arah selatan. Kompeni tersebut dikalahkan oleh pasukan kereta kebal dan infantri Jerman dan kompeni tersebut terpaksa berundur dan dikerah semula untuk pertahanan lain.

1 Divisyen Payung terjun British kini menghadapi keadaan getir. Mereka hanya mengawal kawasan sepanjang 700 meter di tebing utara Sungai Rhine, sedangkan bantuan yang diharapkan masih beluim tiba. Namun demikian, Jeneral Urquhart masih dan anggota-anggota divisyen tersebut masih berdegil dan enggan menyerah kalah.

Ketibaan Askar Payung Terjun Poland

Setelah tertunda selama dua hari disebabkan keadaan cuaca berkabut, Briged Bebas Pertama Payung Terjun Poland akhirnya membuat penerjunan di kawasan pendaratan baru berhampiran dengan perkampungan Driel di tebing bertentangan dengan kedudukan tentera British di Oosterbeek. Tetapi kelengkapan mereka digugurkan 15 kilometer daripada kawasan pengguguran mereka. Jeneral Sosabowski bertujuan menggunakan Feri Driel untuk menyeberang sungai untuk membantu menguatkan 1 Divisyen Payung Terjun British, tetapi mendapati bahawa feri tersebut sudah tiada. (Pemilik feri tersebut menenggelamkan feri tersebut supaya tidak dapat digunakan oleh askar Jerman. Selepas gagal memberikan bantuan kepada 1 Divisyen Payung Terjun British, pasukan askar-askar Poland tersebut berundur ke Driel untuk bermalam.

Dalam masa itu, 1 Divisyen Payung Terjun British berjaya mengadakan talian perhubungan dengan Rejimen ke-64 Artileri Sederhana (64th Medium Regiment) yang telah mara bersama-sama dengan pasukan-pasukan pendahulu kor XXX. Rejimen ini kemudiannya diberikan tugas khusus untuk memberikan sokongan tembakan kepada 1 Divisyen Payung Terjun British. Tidak seperti lain-ain percubaan mengadakan perhubungan radio, perhubungan radio dengan 64 Rejimen Artileri ini terus kekal dan berterusan. 64 Rejimen Artileri memberikan bantuan sokongan rapat kepada 1 Divisyen Payung Terjun British secara berterusan sehingga ke hari akhir pertempuran.

Nijmegen

Gambar menunjukkan Nijmegen dan Jambatannya

Di Nijmegen, Jeneral Gavin dan anggota-anggota 82 Divisyen Payung Terjun terperanjat kerana pasukan Kor XXX tidak meneruskan kemaraan mereka ke Arnhem selepas berjaya menawan Jambatan Nijmegen. Sebaliknya kereta kebal Kor XXX berhenti berehat untuk bermalam di Nijmegen dengan alasan mereka perlu menunggu pasukan-pasukan infantri mereka yang masih bertempur di pekan Nijmegen. Mereka mengatakan doktrin perang mereka memerlukan mereka menunggu bantuan infantri sebelum mereka dapat meneruskan kemaraan mereka. Jeneral Horrocks pula mendakwa beliau memerlukan masa tersebut untuk menghuraikan kekeliruan d an kecelaruan di kalangan pasukan-pasukannya supaya dapat diselaraskan semua untuk kemaraan seterusnya. Keputusan Jeneral Horrocks ini penuh kontroversi dan menjadi bahan perbahasan di tahun-tahun akan datang. Tetapi hakikatnya adalah separuh daripada Divisyen Guards Armoured telah ditempatkan untuk membantu Divisyen 82 Payung Terjun, sementara unit-unit yang lain sudah kehabisan minyak dan peluru dan perlu mendapatkan pembekalan semula. Anggota mereka juga keletihan selepas pertempuran untuk menawan pekan Nijmegen dan Jambatan Nijmegen.

Keputusan Bernard Law Montgomery untuk hanya menggunakan satu lebuh raya bagi kemaraan dan pembekalan semula mula menunjukkan padah. Sebarang serangan oleh askar Jerman di sepanjang laluan tersebut menyebabkan gangguan dan kelewatan kerana unit-unit tidak mempunyai laun alternatif untuk mara ke hadapan. Jeneral James Gavin menulis di dalam buku hariannya, “Sekiranya Matthew Ridgway menjadi pemerintah ketika ini, kami akan diarahkan untuk maju menggunakan lebuh raya tersebut tidak kira apa alasan yang kami berikan, supaya askar-askar di Arnhem dapat diselamatkan.” Sejarawan Max Hastings men8ulis bahawa ini memberikan gambaran yang terus terhadap Tentera British.

Kor XXX hanya meneruskan semula kemaraan mereka selepas 18 jam berhenti di Nijmegen. Kelewatan ini membolehkan askar-askar Jerman menguatkan pertahanan mereka di bahagian selatan bandar Arnhem, dan dimudahkan setelah tebing utara jambatan dapat mereka tawan daripada 2 Para. Kemaraan divisyen Guards Armoured dihindar oleh bumi dan tanah berpaya yang tidak membolehkan kenderaan mereka meninggalkan lebuh raya tersebut. Kemaraan mereka dibantutkan oleh askar-askar Jerman.

Memandangkan Divisyen Guards Armoured tidak dapat meneruskan kemaraan, Divisyen Ke-43 Infantri diarahkan mengambil alih sebagai peneraju kemaraan dan mengatasi pertahanan askar Jerman dan membuat perhubungan dengan askar-askar Poland di Driel. Tetapi Divisyen Ke-43 Infantri berada 32 kilometer di belakang Divisyen Guards Armoured, dan kesesakan lalu lintas melambatkan kemaraan mereka ke hadapan. Mereka hanya dapat melintasi Jambatan Nijmegen pada esok harinya untuk memulakan kemaraan mereka. Askar-askar Jerman kini mempunyai kelebihan, dan terus membuat serangan balas sepanjang Lebuh Raya 69.

Pada jam 1500, lebih daripada 400 buah pesawat C-47 Skytrain membuat misi pembekalan semula kepada 82 Divisyen Payung Terjun. Lebihd ariapda 60% pembekalan itu dapat dikutip oleh divisyen tersebut, dengan bantuan orang-orang Belanda. Tetapi pembekalan semua 1 Divisyen Payung terjun British di Ossterbeek sekali kali gagal dikutip oleh pasukan tersebut kerana digugurkan ke atas kawasan pendaratan yang berada di bawah kawalan askar Jerman.

Di sepanjang Lebuh Raya 69, Divisyen-divisyen 101 Payung Terjun dan 82 Payung Terjun dengan bantuan kereta kebal British berusaha mempertahankan koridor yang menjadi laluan ke Arnhem itu. Keadaan bolak balik menjadi kebiasaan di sepanjang lebuh raya tersebut.

Hari Keenam

[sunting | sunting sumber]

Jumaat, 22 September 1944 (Black Friday)

Askar-Askar British Bersedia Menghadapi Serangan Jerman di Oosterbeek

Oosterbeek

Pemerintah Jerman serik dengan serangan yang keseluruhannya gagal pada hari sebelumnya tetapi mengakibatkan kemalangan jiwa yang tinggi. Mereka menumpukan perhatian kepada usaha membedil kedudukan askar British di Oosterbeek dengan tembakan meriam dan mortar dan tidak membuat serangan terus. Mereka menggunakan hampir 100 pucuk meriam di sekitar Oosterbeek untuk membedil askar-askar British yang bertahan di situ. Serangan secara langsung tidak dibuat , kerana askar-askar British telah dengan bijak menempatkan meriam antikereta kebal mereka di lokasi strategik yang menghalang pihak Jerman membuat serangan langsung. Pada akhir hari tersebut, askar Jerman kini berjumlah empat kali ganda bilangan askar British.

Askar-askar Poland di Driel tidak berupaya membantu askar-askar British di Oosterbeek, tetapi ancaman yang diberikan oleh pasukan tentera Poland ini cukup untuk memaksa pemerintah Jerman mengalihkan kedudukan beberapa unit tentera mereka untuk menghalang percubaan oleh pasukan tentera Poland untuk menawan semula Jambatan Arnhem ataupun menghalang laluan ke selatan dan dengan cara demikian memerangkap Divisyen 10 Panzer SS yang ketika itu ditugaskan menghalang kemaraan Divisyen Guards Armoured. Ancaman askar-askar Poland ini memaksa pemerintah Jerman mengerahkan pengunduran 2,400 orang askar dari Oosterbeek dan dikerahkan ke kedudukan pertahanan di sebelah selatan untuk berdepan dengan pasukan askar Poland di Driel.

Penggabungan Askar Poland Dengan Kor XXX

Di pagi tersebut, satu pasukan kecil terdiri dari 4 buah kereta peninjau dari terup No. 5 Troop, C Skuadron, Rejimen ke-2 Household Cavalry Life Guards di bawah pimpinan Kapten Earl of Wrottesley berjaya melepasi kepungan askar Jerman dan sampai ke kedudukan askar-askar Poland. (Nota : penggabungan ini sepatutnya pada 91 September mengikut perancangan asal). Kabut tebal yang menyelubungi kawasan tersebut mula reda sejenak selepas itu, semasa unit-unit hadapan Divisyen ke-43 hendak memulakan kemaraan mereka. Mereka diserang hebat oleh askar Jerman dan hanya sampai ke Driel pada waktu petang tersebut.

Pada malam tersebut, satu lagi percubaan dibuat oleh askar-askar Jerman untuk menyeberangi sungai untuk sampai ke kedudukan 1 Divisyen Payung Terjun British menggunakan bot-bot kecil getah yang diikatkan kepada kabel perhubungan, tetapi kabel itu selalu terputus. Arus yang deras menyukarkan usaha askar-askar Poland tersebut menyeberangi sungai dengan jayanya. Mereka juga diserang oleh askar Jerman. Hanya 52 orang askar Poland berjaya dihantar menyeberangi sungai tersebut sebelum usaha tersebut dihentikan menjelang subuh.

Hari Ketujuh

[sunting | sunting sumber]

Sabtu, 23 September 1944

Pemerintah Jerman menyedari apa yang dihasratkan oleh Jeneral Sosabowski dan sepanjang hari cuba menyekat dan mengasingkan pasukan British daripada tebing sungai di Oosterbeek. Pasukan British berjaya bertahan, walaupun mengalami kemalangan jiwa yang besar. Pasukan askar Poland juga diserang, tetapi beberapa buah kereta kebal berjaya sampai ke kedudukan mereka dan membantu mereka menangkis serangan askar-askar Jerman. Pasukan askar jurutera Kanada juga tiba dengan kelengkapan bot penyerang mereka. Pada malam tersebut, 150 orang askar dari Batalion ke-3 Para Poland berjaya dipindahkan ke kedudukan di Oosterbeek.

Di belah selatan, serangan oleh askar Jerman berterusan untuk cuba memutuskan laluan Lebuh Raya 69. beberapa kali askar Jerman berjaya memutuskan laluan, tetapi diserang balas oleh askar British dan askar payung terjun dari Divisyen 82 Payung terjun dan Divisyen 101 Payung Terjun. Kor XXX masih berada beberapa kilometer di selatan Arnhem, tetapi tidak meneruskan kemaraan mereka kerana menunggukan bantuan pasukan infantri.

Hari Kelapan

[sunting | sunting sumber]

Ahad 24 September 1944

Satu pasukan askar Jerman berjaya membuat serangan ke atas laluan di selatan Veghel dan menguasai kawasan tersebut. Mereka membuat perkubuan mereka untuk bermalam. Ketiak itu, Tentera Berikat masih belum menyedari keadaan bahaya yang dibawa penyekatan laluan ini. Akhirnya, Kor XXX membuat keputusan untuk menghentikan kemaraan mereka ke Arnhem dan sebaliknya menumpukan perhatian kepada mewujudkan satu barisan pertahanan di Nijmegen.

Namun demikian, satu percubaan dibuat oleh Batalion ke-4 Rejimen Dorsetshire untuk menyeberangi sungai ke kedudukan British di Oosterbeek, tetapi serangan mereka tidak dirancang dengan baik. Kawasan pendaratan mereka dipertahan kuat oleh askar Jerman. Sebaik sahaja mereka mendarat, askar-askar Rejimen Dorsetshire diserang dan dipisah-pisahkan menjadi kumpulan-kumpulan kecil. Ramai yang menjadi korban. Daripada 315 orang yang menyeberang sungai, hanya 75 berjaya sampai ke Oosterbeek. Yang lainnya menjadi tawanan perang. Berikutan kegagalan ini, keputusan dibuat untuk mengundurkan 1 Divisyen Payung Terjun British daripada kedudukan mereka di Oosterbeek.

Hari Kesembilan

[sunting | sunting sumber]

Isnin 25 September 1944

6,414 Orang Askar British Ramai Menjadi Tawanan Perang

Pada waktu subuh, Jeneral Browning memberikan arahan pengunduran 1 Divisyen Payung Terjun British daripada kedudukan mereka di Oosterbeek ke kedudukan askar Poland di Driel. Tetapi pengunduran ini tidak dapat dibuat pada waktu siang, dan pasukan tersebut terpaksa menghadapi serangan dan bedilan oleh askar Jerman sepanjang hari. Pasukan Jerman seolah-olah mengetahui kegetiran kedudukan pasukan British di Oosterbeek, dan membuat dua serangan yang kuat menggunakan dua pasukan Waffen SS yang kuat di sektor sebelah timur. Serangan itu berjaya dan Divisyen British di Oosterbeek kini dalam keadaan bahaya. Askar-askar British menentang habis-habisan dan akhirnya berjaya menangkis serangan tersebut dengan bantuan tembakan bantuan rapt oleh meriam-meriam Rejimen Ke-64 Artileri Sederhana.

Pengunduran dimulakan pada jam 22:00 malam. Pasukan askar jurutera British dan Kanada menggunakan bot-bot kecil untuk membawa askar-askar British dari kedudukan mereka menyeberangi Sungai Rhine. Mereka diberikan perlindungan oleh Batalion ke-3 Askar Payung Terjun Poland di tebing sebelah utara. Menjelang subuh keesokannya, usaha pemindahan ini berjaya memindahkan 2,398 orang askar. Lebih 300 orang yang lain terpaksa ditinggalkan untuk menyerah diri kepada askar Jerman kerana serangan Jerman pada awal selepas fajar tidak membolehkan mereka diselamatkan.

Daripada 10,600 orang anggota yang membuat penerjunan dan pendaratan di Arnhem dengan 1 Divisyen Payung Terjun British dan unit-unit lain, 1,485 orang disahkan terbunuh, dan 6,414 orang yang lain menjadi tawanan perang, kebanyakannya mengalami kecederaan.

Di bahagian selatan, divisyen ke-50 (Northumbrian) menyerang pasukan Jerman yang mengawal laluan lebuh raya dan mengambil kedudukan tersebut pada keesokan harinya. Kedudukan askar Berikat di Sesusuh Nijmegen terus dipertahankan oleh askar-askar payung terjun sepanjang bulan September dan Oktober sehingga mereka melepaskan tugas tersebut kepada askar-askar Kanada dari Ketumbukan Pertama Kanada dalam bulan November. Divisyen 101 Payung Terjun kemudiannya diarahkan ke Bastogne untuk direhatkan dan dilengkapkan semua.

Kesimpulan

[sunting | sunting sumber]

Meskipun menghadapi kegagalan, Montgomery menyanjung kejayaan yang dicapai dan mengatakan bahawa operasi tersebut 90% berjaya … walaupun dia (Montgomery) akhirnya mengambil masa 4 bulan sebelum berjaya menyeberangi Sungai Rhine untuk menakluki tanah air Jerman. Tentera Jerman hanya menyerah diri dalam bulan Mei 1945, hampir 8 bulan selepas tamatnya Operasi Market-Garden.

Operasi Market-Garden menjadi pertempuran penuh kontroversi dan menjadi bahan perbahasan sejak tahun 1944 kerana beberapa sebab. Operasi dijalankan berikutan dengan perbahasan strategi peringkat tertinggi pucuk pimpinan Tentera Berikat di Eropah. Kebanyakan analisis perang sejak tahun 1944 tertumpu kepada alternatif-alternatif yang tidak diambil oleh peringkat tertinggi pucuk pimpinan Tentera Berikat.

Operasi Market-garden mengakibatkan kemusnahan besar salah satu pasukan elit Tentera British. Selepas berjaya melaksanakan tugasan yang diberikan untuk menawan objektif-objektif yang ditetapkan, pasukan-pasukan payung terjun ini telah ditugaskan menjalankan tugas-tugas pertahanan, satu peranan yang tdiak bersesuaian dengan peralatan dan susunan pasukan-pasukan tersebut. Sebaliknya, barisan hadapan Ketumbukan Grup Ke-21 (21st Army Group) bertambah satu kali ganda, menyebabkan kesukaran memberikan tumpuan untuk mengendalikan operasi-operasi menyerang. Perancangan Yang Terlampau Optimistik

Antara aspek kontroversi perancangan Operasi ini adalah keperluan kejayaan pasukan petugas menawan kesemua jambatan utama yang merentangi sungai di Nijmegen, Eindhoven dan Arnhem. Tidak ada perancangan kemungkinan dibuat untuk keadaan di mana jambatan yang disasarkan tidak dapat ditawan ataupun dimusnahkan terlebih dahulu oleh pihak Jerman. Bentuk muka bumi (terrain) juga tidak berpihak kepada Kor XXX. Begitu juga dengan keadaan cuaca yang tidak seperti biasa dengan keadaan berkabut di Belanda dan England menyebabkan gangguan kepada penerbangan pengguguran askar payung terjun, penerbangan pembekalan semula dan juga penerbangan serangan bantuan udara rapat.

Perancang-perancang British tidak memberikan pertimbangan untuk menggugurkan askar payung terjun berhampiran dengan jambatan yang hendak ditawan. Di Veghel dan di Grave di mana askar payung terjun dari Divisyen 82 Payung Terjun digugurkan berhampiran dengan jambatan yang disasarkan, kedua-dua jambatan tersebut ditawan tanpa apa-apa tentangan dari pihak Jerman. Keputusan menggugurkan Divisyen 82 Payung Terjun di Groesbeek Heights, beberapa kilometer dari Jambatan Nijmegen patut dipersoalkan kerana menyebabkan kelewatan kritikal dalam penawanan jambatan tersebut.

Jeneral Lewis Brereton telah memberikan arahan supaya semua jambatan di sepanjang laluan yang hendak digunakan oleh Kor XXX hendaklah ditawan secara kilat. Jeneral Browning dan Jeneral Gavin keduanya memberikan pertimbangan mengadakan kedudukan pertahanan menyekat di Groesbeek Heights untuk memberikan pertahanan kepada laluan yang akan diambil oleh kor XXX daripada serangan-serangan dari tanah Jerman. Gavin sendiri lebih sukakan rancangan untuk menggugurkan askar payung terjun lebih dekat dengan sasaran mereka dan percaya perletakan kawasan pendaratan yang jauh daripada objektif serangan akan menggagalkan serangan.

Tindakan Kor XXX juga mesti diteliti dan dipersoalkan. Kemaraan mereka dicirikan dengan apa yang dilihat ketika itu sebagai kurang keazaman dan dorongan. Kor XXX tidak memulakan kemaraan mereka pada 17 September sehingga lewat tengah hari, dan sejak hari pertama lagi disekat kemaraan oleh pasukan-pasukan Jerman. Mereka juga terpaksa menunggu askar jurutera menggantikan jambatan yang diletupkan di Son. Kor XXX hanya sampai di Nijmegen pada 19 September sedangkan perancangan mereka sepatutnya meletakkan mereka di Arnhem. Kor XXX terkandas kerana terpaksa membantu Divisyen 82 Payung Terjun dalam membuat serangan-serangan untuk menawan Jambatan Nijmegen.

Selepas Jambatan Nijmegen ditawan, pasukan Guards Armoured menunggu selama 18 jam sebelum memulakan kemaraan mereka ke Arnhem. Leftenan Kolonel Reuben Tucker berkata askar British berhenti untuk "minum teh". Jeneral Matthew Ridgway menyatakan secara terus terang bahawa dia tidak berpuas hati dengan sikap kurang agresif dan sambil lewa yang ditunjukkan oleh kor XXX.

Keutamaan Operasi

[sunting | sunting sumber]

Penganalisis perlu mengambil kira faktor kejayaan tentera British menawan pelabuhan Antwerp beberapa minggu sebelum Operasi Market-Garden dilancarkan. Sekiranya kemudahan pelabuhan Antwerp dipulihkan keseluruhannya, bebanan dan tekanan yang dipikul oleh cawangan logistik dapat dikurangkan kerana pembekalan semula boleh turut dibuat dari pelabuhan ini (khususnya untuk menyokong kemaraan Kumpulan Ketumbukan Ke-21 British atau 21 British Army Group) dan kemudahan logistik di Cherbourg dikhususkan untuk menyokong kemaraan oleh Jeneral George S. Patton. Tindakan memberikan tumpuan kepada pemulihan Pelabuhan Antwerp juga dapat membantu menjadikan tidak berkesan Ketumbukan Ke-15 Tentera Jerman di bawah pimpinan Von Zangen yang mempunyai kekuatan 80,000 orang anggota. Sekiranya tumpuan diberikan kepada penguasaan sepenuhnya Pelabuhan Antwerp, urusan pembekalan semua Tentera Berikat akan menjadi lebih mudah di samping dapat menidakkan kekesanan Ketumbukan Ke-15 Tentera Jerman di tebing sebelah selatan Muara Scheldt.

Sebaliknya, keputusan Tentera Berikat untuk tidak mengendahkan Pelabuhan Antwerp membolehkan Vion Zangen membawa lari menggunakan bot hampir keseluruhan pasukannya lengkap dengan persenjataan mereka ke Semenanjung Beveland Selatan.

Dalam bulan September 1944, semenanjung ini boleh dibendung dengan kemaraan hanya 25 km melepasi Pelabuhan Antwerp. Sebaliknya, oleh kerana perhatian dan keutamaan diberikan untuk Operasi Market-Garden, kumpulan Ketumbukan Pertama Tentera Kanada (First Canadian Army) berhenti di Antwerp dan tidak dapat mara ke hadapan untuk menidakkan ancaman oleh pasukan pimpinan Von Zangen. Akibat daripada keputusan yang diambil oleh pemerintah Tentera berikat, tentera Kanada terpaksa menghadapi pertempuran Scheldt dalam bulan Oktober 1944 yang akhirnya mengakibatkan kematian beribu-ribu askar.

Pelabuhan Antwerp akhirnya tidak dapat dipulihkan sehingga 28 November 1944 walaupun pada 1 Oktober 1944, terdapat 240 buah kapal barang yang terpaksa tunggu ruang memunggah untuk menurunkan barang-barang keperluan.

Inisiatif taktikal Tidak Diambil

[sunting | sunting sumber]

Pengalaman selepas pertempuran menunjukkan bahawa Jambatan Arnhem bukannya satu-satunya jambatan yang menyeberangi Sungai Rhine. Para perancang Operasi Market-Garden tidak menyedari kewujudan Feri Driel yang boleh digunakan sebagai alternatif kepada Jambatan Arnhem. Pola pertempuran pasti bertukar sekiranya John Frost dan askar payung terjunnya mengawal Feri Driel dan tidak perlu menawan dan mempertahankan Jambatan Arnhem. Dalam masa yang sama, alangkah baiknya sekiranya 1 Para dan 3 para yang dihalang kemaraan ke Jambatan Arnhem sebaliknya menawan dan menguasai Feri Driel untuk membolehkan Briged Payung Terjun Poland menyeberang dan memperkukuhkan pertahanan 1 Divisyen Br. Airborne. Sekurang-kurangnya, apabila Kor XXX sampai ke tebing selatan Sungai Rhine di Feri Driel, mereka boleh menguasai kedudukan tersebut untuk membolehkan mereka mencuba penyeberangan di masa lain. Kegagalan pasukan-pasukan terlibat sampai untuk membantu John Frost dilihat sebagai “kurang berani” dan menjadi bahan kemarahan dan kegetiran buat seketika.

Panglima Kor XXX Jeneral Brian Horrocks meminta kebenaran untuk mencuba tindakan lain. Kira-kira 25 km di sebelah barat Arnhem terdapat sebuah jambatan di Rhenen yang hampir serupa dengan jambatan di Arnhem yang dijangkakan olehnya tidak mempunyai pertahanan kuat kerana Jerman menumpukan perhatian kepada usaha menewaskan 1 Divisyen Payung Terjun British di Oosterbeek. Tetapi Kor XXX tidak diberikan kebenaran untuk mencuba, walaupun rekod selepas perang menunjukkan bahawa sangkaan Jeneral Brian Horrocks memang tepat dan jambatan berkenaan memang tidak mempunyai pertahanan yang mantap. Sekiranya diberikan kebenaran, Kor XXX boleh menyeberangi Sungai Rhine tanpa tentangan, dan dapat menyelinap masuk di belakang barisan pertahanan Jerman. Tetapi Bernard Law Montgomery ketika itu lebih takutkan serangan-serangan yang dilakukan ke atas jajaran pembekalan Kor XXX.

Namun di sebalik keberanian dan keperwiraan yang ditunjukkan oleh askar-askar payung terjun yang terlibat, pilihan-pilihan yang silap berulang kali dilakukan.

Panglima Rejimen Juruterbang Peluncur (Glider Pilot Regiment0 meminta kebenaran untuk mendaratkan satu kumpulan kecil dengan peluncur angin di bahagian selatan Jambatan Arnhem untuk membolehkan kejutan digunakan untuk menawan jambatan tersebut (seperti kejayaan yang dicapai oleh Mejar John Howard dan Kompeninya dari Oxford and Buckinghamshire Light Infantry dalam serangan ke atas jambatan di Sungai Orne di Perancis pada 6 Jun 1944) dan bertahan sehingga diperkukuhkan oleh askar-askar payung terjun yang perlu berjalan kaki daripada zon pendaratan mereka. Permintaan ini ditolak dan dikatakan sebagai semberono.

Di Britain, Panglima Divisyen Infantri ke-52 (Lowland) merayu agar satu daripada briged di bawah pemerintahannya diterbangkan menggunakan peluncur angin untuk membantu askar-askar payung terjun Urquhart yang terperangkap, tetapi rayuan beliau tidak diendahkan dengan alasan pendaratan dengan peluncur di kawasan yang tidak diberikan perlindungan boleh mengakibatkan bilangan korban yang tinggi.

Tetapi terdapat sebuah lapangan terbang yang boleh digunakan di Grave yang boleh digunakan untuk mendaratkan Divisyen Infantri ke-52 (Lowland) . Divisyen ini kemudiannya boleh digunakan untuk membantu Divisyen 82 Payung Terjun dan melepaskan unit-unit dari Kor XXX untuk meneruskan serangan ke atas Arnhem dan menggantikan pasukan pimpinan John Frost.

Jeneral Stanisław Sosabowski, Panglima 1 Briged Payung Terjun Poland sanggup membuat penerjunan dalam keadaan berkabut (yang mengakibatkan penerjunan mereka tertunda) supaya boleh membantu John Frost tetapi permintaannya juga ditolak dengan alasan keadaan tidak begitu menekan dan terdesak.

Pergerakan penentang Belanda tidak diendahkan oleh pasukan British di Arnhem. Maklumat yang diberikan mereka tidak dipercayai dan pelawaan bantuan daripada mereka tidak dihiraukan. Tindakan ini berikutan pengalaman pahit tentera Britain setelah rangkaian pengintip Jerman menyusup masuk ke dalam organisasi pengintipan mereka di Belanda yang melibatkan ramai askar dan pengintip SOE Britain terkorban. Rangkaian pengintip yang menyusup pergerakan pengintipan mereka hanya dibongkar dalam bulan April 1944. Pihak British menganggap pergerakan penentang Belanda juga disusup oleh pengintip Jerman dan akan membahayakan keadaan. Pasukan Amerika Syarikat menggunakan bantuan yang diberikan oleh pasukan-pasukan penentang Belanda.

Market-Garden merupakan satu rancangan berisiko tinggi yang memerlukan kerelaan untuk mengambil risiko di peringkat unit kecil dan di peringkat batalion. Malangnya, perancangan terperinci dan kepimpinan yang perlu ada di peringkat unit kecil tidak memadai dengan keperluan yang perlu ada. 1 Divisyen Para merupakan pasukan yang kurang pengalaman perang berbanding dengan 6 Divisyen Para yang berkhidmat cemerlang semasa D-Day, tetapi diberikan tugasan yang paling berat dan yang paling jauh.

Kor XXX juga mendapat kritikan dan kecaman kerana kegagalan mengikut jadual yang dirancangkan. Pasukan penerajunya, Divisyen Guards Armoured dipimpin oleh seorang panglima (Jeneral Alan Adair) yang hendak disingkirkan oleh Montgomery sebelum D-Day, tetapi tindakannya disekat kerana populariti Jeneral Alan Adair.

Jeneral James Gavin yang menjadi Panglima Divisyen 82 Payung Terjun sesal memberikan tugasan paling kritikal di Rabung Groesbeek dan di Nijmegen kepada Rejimen 508 Infantri Payung Terjun di bawah kepimpinan Kolonel Lindquist dan tidak kepada pasukan terbaiknya iaitu Rejimen 504 Infantri Payung Terjun di bawah pimpinan Kolonel Rueben Tucker.

Jeneral Dwight D. Eisenhower pula percaya, sehingga ke akhir hayatnya, bahawa Market-Garden adalah percubaan yang cukup berbaloi. Fil Marsyal Bernard Law Montgomery menyatakan bahawa Ops Market-Garden mencapai 90% kejayaan dan berkata “ …. sekiranya operasi ini disokong daripada awal, dan diberikan pesawat pengangkut yang diperlukan, kekuatan angkatan darat dan keperluan pentadbiran yang diperlukan, operasi ini akan tetap berjaya walaupun mengambil kira kesilapan saya, ataupun gangguan cuaca ataupun kehadiran Kor ke-2 Panzer di persekitaran Arnhem.‘’

Mendengar keterangan Montgomery, Putera Bernhard dari Negeri Belanda menyatakan kepada Cornelius Ryan bahawa “negeri Beta tidak mampu mengulangi satu lagi kejayaan oleh Montgomery”

Pembebasan Arnhem

[sunting | sunting sumber]

Kota Arnhem akhirnya dibebaskan oleh askar-askar dari Kor Pertama Tentera Kanada pada 14 April 1945 selepas pertempuran selama dua hari. Tetapi jambatan Arnhem yang menjadi rebutan dalam bulan September sebelumnya telah dimusnahkan sebelum pembebasan Arnhem.

Sebuah jambatan yang serupa dengan jambatan asal dibina untuk menggantikan jambatan asal yang dimusnahkan oleh pesawat Pengebom Amerika dalam bulan Oktober 1944 . Dalam tahun 1965, jambatan ini dinamakan Jambatan John Frost.

Pewarisan

[sunting | sunting sumber]
Memorial Askar Payung Terjun di Hotel Hartenstein, Arnhem
Kubur Seorang Askar Payung Terjun british Yang Tidak Dikenali Di Arnhem

Sebuah memorial di Arnhem merekodkan “Kepada penduduk Gelderland; 50 tahun yang lalu, askar payung terjun British dan Poland berjuang di sini dalam keadaan getir tanpa peluang mencapai kejayaan untuk membuka laluan masuk ke Jerman dan membawa peperangan kepada penyelesaian awal. Sebaliknya kami mengakibatkan kematian dan kemusnahan kepada pendudukan, tetapi kami tidak dipersalahkan. Batu peringatan ini menandakan kekaguman kami kepada keberanian kamu, terutamanya kepada wanita-wanita yang menjadi anggota kami yang cedera. Semasa musim sejuk yang berikut, keluarga-keluarga kamu menggadai nyawa untuk melindungi askar-askar Berikat dan anggota tentera udara sementara anggota-anggota penentang membawa mereka keluar ke kawasan selamat.”

Operasi Market-Garden juga dikenangi di Fort Bragg, North Carolina, pangkalan utama Divisyen 82 Airborne. Setiap daripada zon penerjunan dinamakan menurut penerjunan utama yang dilakukan semasa Perang Dunia II; dan zon penerjunan Holland, Nijmegen dan Netherlands mengingati Operasi Market-Garden.

Kemalangan Jiwa

[sunting | sunting sumber]
Pihak Penempur Terbunuh Cedera Hilang Tawanan Jumlah Kemalangan
Jerman 4,000 - 8,000 13,000
British 1,130 (Market) + 5,354 (Garden) = 6,484 851 6,450 13,785
Amerika 3,542 309 4,000
Poland 102 309 411

Di samping kehilangan jiwa askar-askar Berikat dan askar-askar Jerman, banyak juga orang awam Belanda dan anggota penggerakan penentang yang terbunuh, di samping askar-askar Belanda yang berkhidmat dengan pasukan-pasukan British.

Semasa Operasi Market-Garden, Rejimen South Staffordshire mengalami 85 orang anggota terbunuh, 558 yang hilang dan 124 orang berjaya dikeluarkan daripada medan tempur, daripada sejumlah 767 orang yang pada asalnya mendarat di Arnhem.

[sunting | sunting sumber]

Buku karangan paling menyeluruh mengenai operasi Market-Garden adalah buku “A Bridge Too Far” yang ditulis oleh Cornelius Ryan. (ini adalah buku terakhir karangan Cornelius Ryan kerana beliau meninggal dunia sejurus selepas menghabiskan buku ini). Buku ini dijadikan asas kepada filem “A Bridge Too Far” yang terbitkan oleh Daryl F. Zanuck dan diarahkan oleh Richard Attenborough. Filem ini memaparkan ramai bintang besar termasuk Sean Connery, Gene Hackman, Ryan O’Neal dan lain-lain bintang untuk melakonkan watak-watak utama Operasi Market-Garden.

"A Devil's Birthday", ditulis oleh Geoffrey Powell, salah seorang yang berjuang di Arnhem. Buku tersebut melebihkan analisis yang lebih tepat mengenai Operasi Market-Garden tetapi menekankan kepada panglima-panglima yang terlibat dan keputusan-keputusan yang mereka ambil.

Buku "Arnhem 1944" oleh Martin Middlebrook menceritakan pengalaman veteran yang terlibat dengan pertempuran di Arnhem. Buku "It Never Snows In September" oleh Robert J. Kershaw yang terbit tahun 1990 memberikan pandangan pertempuran dari sudut mata Jerman berkaitan Operasi Market-Garden dan pertempuran di Arnhem.

Jeneral Sir John Hackett, GCB, DSO, MC yang memerintah 4 Briged Para di Arnhem menulis "I Was A Stranger" (1977) mengenai peranan yang dimainkannya semasa Arnhem dan pengalaman-pengalaman beliau dalam tahun-tahun berikutnya. Hackett mendapat cedera semasa pertempuran di Arnhem, dan dibantu dan disembunyikan oleh penentang-penentang Belanda sehingga beliau dapat melarikan diri ke pantai dan seterusnya ke Britain.

Filem pertama mengenai pertempuran di Arnhem adalah “Theirs is the Glory” yang muncul dalam tahun 1946. Operasi Market-Garden juga menjadi tema dalam episod 4 daripada mini-series “Band of Brothers”. Permainan komputer yang menggunakan Arnhem sebagai arena termasuklah “Close Combat: A Bridge Too Far’ dari Microsoft, “Airborne Assault: Highway to the Reich” dari Matrix Games. Permainan “Panzer General” juga ada senario melibatkan Arnhem. Pertempuran ini juga muncul dalam permainan-permainan “Brothers in Arms: Hell's Highway”, "Battlefield 1942", “Medal of Honor: Frontline”, “Call of Duty” dan “Return to Castle Wolfenstein”.

Anugerah keberanian

[sunting | sunting sumber]

5 pingat Victoria Cross, anugerah keberanian tertinggi Tentera British telah dianugerahkan kepada anggota tentera British berikutan Operasi Market-Garden 17 September hingga 25 September 1944. Mereka yang diberikan pingat keberanian tertinggi itu adalah Lans-Sarjan Jake Baskeyfield dan Mejar Robert Henry Cain dari Batalion Ke-2 Rejimen South Staffordshire, Leftenan John Hollington Grayburn dari Batalion 2 Para, Kapten Lionel Ernest Queripel dari 10 Para dan Flait-Leftenan David S.A. Lord, juruterbang pesawat pengangkut Dakota Tentera Udara Diraja British.

Hanya Kapten Robert Cain sahaja yang selamat untuk menerima anugerah pingat yang dikurniakan. Yang lainnya mati semasa berjuang semasa Operasi Market-Garden. Pingat Victoria Cross yang dikurniakan kepada Lans-Sarjan Jake Baskeyfield dan Mejar Robert Henry Cain dipamerkan di Muzium Rejimen Staffordshire di Litchfield, Staffordshire. Pingat Victoria yang dikurniakan kepada Flait-Leftenan David S.A. Lord disimpan oleh pemilik perseorangan. Pingat Victoria Cross yang diberikan kepada Leftenan John Hollington Grayburn dan Kapten Lionel Ernest Queripel kini menjadi pameran di Muzium Askar Payung Terjun di Aldershot, Hampshire.

Aturan Perang (Order of Battle) Operasi Market-Garden

[sunting | sunting sumber]

MARKET

Ketumbukan Askar Payung Terjun Berikat Yang Pertama
(1st Allied Airborne Army)
Pemerintah : Lt. Jen. Lewis Brereton

Kor Pertama Askar Payung Terjun British
(1st British Airborne Corps)
Pemerintah : Lt. Gen. Frederick "Boy" Browning

Roy Urquhart Melihat Divisyen Pimpinannya Hancur Musnah


  • Disvisyen Pertama Askar Payung Terjun British
    (1st British Airborne Division),
    Pemerintah : Mej. Jen. Roy Urquhart
    • 1 Briged Para Brig. Gerald Lathbury
      1 Para, Lt. Kol. Dobie
      2 Para, Lt. Kol. John Frost
      3 Para, Lt. Kol. Fitch
      1 Bateri Antikereta Kebal Pendaratan Udara, Mej. Arnold
      1 Skuadron Para Askar Jurutera, Mej. Murray
      16 Ambulans Medan Para, Lt. Kol. Townsend
    • 4 Briged Para Brig. Jen. John Hackett
      10 Para, Lt. Kol. Smythe
      11 Para, Lt. Kol. Lea
      156 Para, Lt. Kol. Sir Des Voeux
      2 Bateri Antikereta Kebal Pendaratan Udara,, Mej. Haynes
      4 Skuadron Para Askar Jurutera, Mej. Perkins
      133 Ambulans Medan Para, Lt. Kol. Alford
    • 1 Briged Pendaratan Udara Brig. Phillip Hicks
      1 Batalion Border Regt., Lt. Kol. Haddon
      2 Batalion South Staffordshires Regt., Lt. Kol. McCardic
      181 Ambulans Medan Para, Lt. Kol. Marrable
      7 Batalion King's Own Scottish Borderers, Lt. Kol. Payton-Reid
Sosabowski Amat Kritikal Mengenai Perancangan Oleh Montgomery dan Browning Tetapi Dipersalahkan oleh Browning dan Montgomery Sebagai Salah Satu Punca Kegagalan Operasi Market-Garden
    • 1 Briged Bebas Para Poland , Mej. Jen. Stanislaw Sosabowski
      Batalion Pertama, Mej. Marian Tonn
      Batalion Kedua, Mej. Waclaw Ploszewski
      Batalion Ketiga, Kapt. Waclaw Sobocinski
  • 1 Rejimen Artileri Ringan Pendaratan Udara, Artileri Diraja, Lt. Col. Sheriff Thompson
  • 21 Kompeni Bebas Para (Pandu Udara), Maj. Wilson
  • 1 Skuadron Peninjau Bawaan Udara, Maj. Gough
  • 1 Rejimen Semboyan Divisyen Payung Terjun, Lt. Kol. Stephenson
  • 9 Kompeni Medan, Mej. Winchester
  • 250 Kompeni Gabungan
  • 1st Wing Glider Pilot Regiment, Lt. Kol. Murray
  • 2nd Wing Glider Pilot Regiment, Lt. Kol. Place


XVIII US Airborne Corps, Mej. Jen. Matthew Ridgway

James Gavin Pemerintah 82 Divisyen Payung Terjun
Lambang 82 Divisyen Payung Terjun Menggunakan Huruf AA Untuk Gelaran "All American"
  • 82 Divisyen Payung Terjun "All American",
    Pemerintah : Brig. Jen. James M. Gavin
    • 504st Para Infantry Regiment Kol. Rueben Tucker
      Batalion 1/504, Lt. Kol. Harrison
      Batalion 2/504, Lt. Kol.Wellems
      Batalion 3/504, Lt. Kol. Julian Cook
    • 505th Para Infantry Regiment Col. Ekman
      Batalion 1/505, Mej. Long
      Batalion 2/505, Mej. Vandervoort
      Batalion 3/505, Mej. Kaiser
    • 508th Para Infantry Regiment, Col. Lindquist
      Batalion 1/508, Lt. Kol. Warren
      Batalion 2/508, Lt. Kol. Holmes
      Batalion 3/508, Lt. Kol. Mendez
    • 325th Glider Infantry Regiment, Col. Billingslea
      Batalion 1/325, Lt. Kol. Sanford
      Batalion 2/325, Lt. Kol. Major
      Batalion 3/325, Lt. Kol. Leahy
    • Divisional Artillery, March
      319th Glider Field Artillery Battalion, Lt. Kol. Todd
      320th Glider Field Artillery Battalion, Lt. Kol. Wright
      376th Parachute Field Artillery Battalion, Lt. Kol. Griffith
      456th Parachute Field Artillery Battalion, Lt. Kol. d'Alessio
      80th Airborne AA/Anti-Tank Battalion, Lt. Kol. Singleton
  • 307th Airborne Engineer Battalion, Lt. Kol. Bedell
  • 307th Airborne Medical Company, Lt. Kol. Lindstrom
  • Divisional Signal, Quartermaster, Ordnance Companies
Maxwell D. Taylor Juga Mencipta Nama Di Korea dan Menjadi Duta Amerika ke Vietnam Selatan
Lambang 101 Divisyen Payung Terjun Membawa Kepada Gelaran "Screaming Eagles"
  • 101 Divisyen Payung Terjun "Screaming Eagles",
    Pemerintah : Mej. Jen. Maxwell D. Taylor
    Kompeni Markas Divisyen 101 Airborne
    • 501st Para Infantry Regiment, Kol. Johnson
      Batalion 1/501, Lt. Kol. Kinnard
      Batalion 2/501, Lt. Kol. Ballard
      Batalion 3/501, Lt. Kol. Ewell
    • 502nd Para Infantry Regiment, Col. Michaelis
      Batalion 1/502, Lt. Kol. Cassidy
      Batalion 2/502, Lt. Kol. Chapman
      Batalion 3/502, Lt. Kol. Cole
    • Rejimen 506 Infantri Payung Terjun, Col. Robert E. Sink
      Rejimen ini menjadi bahan dalam siri televisyen "Band of Brothers"
      Batalion 1/506, Lt. Kol. LaPrade
      Batalion 2/506, Mej. Strayer
      Batalion 3/506, Mej. Horton
    • 327th Rejimen Infantri Peluncur Angin (Glider), Col. Harper
      Batalion 1/327, Lt. Kol. Sallee
      Batalion 1/327, Lt. Kol. Rouzie
      Batalion 1/327, Lt. Kol. Allen
    • Artileri Divisyen, Brig. Jen. McAuliffe
      Bn ke-321 Artileri Medan Peluncur Angin (Glider), Pemerintah : Lt. Kol. Carmichael
      Bn ke-907 Artileri Medan Peluncur Angin (Glider), Pemerintah : Lt. Kol. Nelson
      Bn ke-377 Artileri Medan Payung Terjun Parachute, Pemerintah : Lt. Kol. Elkins
      Bn ke-81 Artileri Payung Terjun Antikereta Kebal Pemerintah : Lt. Kol. Cox
  • Bn ke-326th Askar Jurutera Payung Terjun, Pemerintah : Lt. Kol. Pappas
  • Kompeni ke-326th Perkhidmatan Perubatan Payung Terjun, Pemerintah : Lt. Kol. Barfield
  • Bn Pertama, Rejimen ke-401 Infantri Peluncur Angin (Glider)
  • Kompeni ke-426th Kuartermaster Payung Terjun
  • Kompeni Semboyan, Platun Peninjau, Platun Polis Tentera


Troop Carrier Command

  • 9th U.S. Troop Carrier Command,
    Pemerintah : Mej. Jen. P. L. Williams
    • 50th Troop Carrier Wing, Pemerintah : Chappell
      439 Troop Carrier Group
      440 Troop Carrier Group
      441 Troop Carrier Group
      442 Troop Carrier Group
    • 52nd Troop Carrier Wing, Pemerintah : Clark
      61 Troop Carrier Group
      313 Troop Carrier Group
      314 Troop Carrier Group
      315 Troop Carrier Group
      316 Troop Carrier Group
      349 Troop Carrier Group
    • 53rd Troop Carrier Wing, Pemerintah : Beach
      434 Troop Carrier Group
      435 Troop Carrier Group
      436 Troop Carrier Group
      437 Troop Carrier Group
      438 Troop Carrier Group
    • 46th RAF Carrier Group,
      Pemerintah : Air Commodore L. Darvall
      48 Skuadron
      233 Skaudron
      271 Skaudron
      512 Skaudron
      575 Skaudron
      437 Skuadron 437 tentera Udara Kanada (RCAF)
    • No. 83 Group RAF -
      Pemerintah : Air Vice Marshal H. Broadhurst
      RCAF 39 Reconnaissance Wing
      121, 122, 123, 143 Wings (Hawker Typhoon)
      125 Wing (Supermarine Spitfire)
      RCAF 126, 127 Wings (Supermarine Spitfire)


GARDEN

21st Army Group,
Fil Marsyal Bernard Law Montgomery

2nd British Army,
Lt. Jen. Miles Dempsey

XXX Corps,
Lt. Jen. Brian Horrocks


  • Divisyen Guards Armoured,
    Mej. Jen. Alan Adair
    Grenadier Guards, Kolonel Goulburn
    Coldstream Guards, Kolonel Hill
    Irish Guards, Kolonel J.O.E. Vandeleur
    Welsh Guards, Kolonel Windsor-Lewis
    Scots Guard
    Rejimen ke-2 Household Cavalry, Kolonel Abel Smith
    Rejimen Artileri, Rejimen Askar Jurutera, Rejimen Semboyan


  • Divisyen Infantri Ke-43 Wessex Infantry,
    Mej. Jen. G. I. Thomas
    • 129 Briged Infantri Brigedier Jeneral Mole
      Bn 4 Rejimen Somerset Light Infantry
      Bn 4 Rejimen Wiltshire
      Bn 5 Rejimen Wiltshire
    • 130 Briged Infantri Brigedier Jeneral Walton
      Bn 7 Rejimen Hampshire
      Bn 4 Rejimen Dorsetshire
      Bn 5 Rejimen Dorsetshire
    • 214 Briged Infantri Brigedier Jeneral Essame
      Bn 7 Somerset Light Infantry
      Bn 1 Rejimen Worcestershire
      Bn 5 The Duke of Cornwall's Light Infantry
    • 43 Rejimen Askar Peninjau, Lane Fox
    • Rejimen Artileri, Rejimen Askar Jurutera, Rejimen Semboyan


  • Divisyen Infantri Ke-50 Northumbrian, Mej. Jen. Graham
    • 69 Briged Infantri Brigedier Jeneral Knox
      Bn ke-5 Rejimen East Yorks
      Bn ke-6 Rejimen Green Howards
      Bn ke-7 Rejimen Green Howards
    • 151 Briged Infantri Brigedier Jeneral Senior
      Bn ke-6 Duke of Cornwall's Light Infantry
      Bn ke-8 Duke of Cornwall's Light Infantry
      Bn ke-9 Duke of Cornwall's Light Infantry
    • 231 Briged Infantri,
      Brigedier Jeneral Stanier
      Bn ke-7 Rejimen Devonshire
      Bn Pertama Rejimen Hampshire
      Bn Pertama Rejimen Dorsetshire
    • 61 Rejimen Askar Peninjau, Lt. Kol. Mount
    • Rejimen Artileri, Rejimen Askar Jurutera, Rejimen Semboyan
  • Briged Prinses Irene,
    Col. de Ruyter van Steveninck (Angkatan Tentera Belanda)
  • 15th/19th Hussars, Lt. Kol. Taylor
  • 44 Rejimen Kereta Kebal Diraja (RTR), Lt. Kol. Hopkinson
  • 8 Briged Armor, Brigedier Jeneral Palmer


  • Divisyen ke-52 Infantri Lowland
    Maj. Gen. Hakewill-Smith
    (Pasukan Simpanan - berpangkalan di Britain)
    • 155 Briged
      Bn 7/9 Rejimen Royal Scots
      Bn ke-4 King's Own Scottish Borderers
      Bn ke-6 Highland Light Infantry
    • 156 Briged
      Bn 4/5 Rejimen Royal Scots Fusiliers
      Bn ke-6 Rejimen Cameron
      Bn Pertama Rejimen Glasgow Highlanders
    • 157 Briged
      Bn ke-5 King's Own Scottish Borderers
      Bn ke-7 Rejimen Cameron
      Bn ke-5 Rejimen Highland Light Infantry

      Batalion Mesingan Bn ke-7 Rejimen Manchester
      Artileri Medan Rejimen ke-79, ke-80 dan ke-186
      Bn Pertama, Mountain Regiment
      Rejimen Antikereta kebal Ke-54 Artileri Diraja