Oktober 2008
Penampilan
Oktober 2008 ialah bulan kesepuluh untuk tahun lompat. Ia bermula pada hari Rabu dan berakhir selepas 31 hari pada hari Jumaat.
Portal:Hal semasa
[sunting | sunting sumber]Berikut merupakan peristiwa yang berlaku pada bulan ini, diambil daripada arkib Portal:Hal semasa.
- 29 Oktober - Satu gempa bumi berukuran 6.4 Mw mengorbankan 215 orang di Balochistan, Pakistan.
- 25 Oktober - Banjir dahsyat di Yaman akibat Lekukan Tropika ARB 02 (gambar) mengorbankan 180 orang.
- 22 Oktober - ISRO berjaya melancarkan Chandrayaan-1, satu misi penjelajahan bulan tanpa manusia.
- 18 Oktober - Perhimpunan Agung PBB melantik Turki, Austria, Jepun, Uganda dan Mexico untuk menganggotai Majlis Keselamatan selama dua tahun.
- 15 Oktober - Mesyuarat Majlis Raja-raja ke-125 diadakan di Istana Maziah, Kuala Terengganu, Terengganu.
- 15 Oktober - Kerajaan Malaysia mengisytiharkan Hindu Rights Action Force (Hindraf) sebagai sebuah pertubuhan haram.
- 8 Oktober - Kerajaan British mengumumkan pakej penyelamatan kewangan seminggu selepas Amerika Syarikat meluluskan undang-undang bagi menstabilkan ekonominya akibat krisis gadai janji subprima.
- 1 Oktober - 50 lanun perairan Somalia merampas kapal kargo Ukraine MV Faina (gambar) bersama dengan muatan senjata dan amunisinya, serta 33 kereta kebal T-72.