OB Süd
Oberbefehlshaber Süd (Jerman: singkatan OB Süd) atau Panglima Tertinggi Selatan ialah pemerintah keseluruhan unit-unit Luftwaffe khasnya (termasuk unit udara serta anti pesawat Itali) dan Angkatan Tentera Jerman umumnya di Mediterranean dan medan Afrika Utara semasa Perang Dunia II. Ia diletakkan dibawah Markas Besar Itali (Comando Supremo). Oberbefehlshaber Süd juga adalah panglima Luftflotte 2 dari 2 Disember 1941 hingga 12 Jun 1943. Dari tarikh 29 Mei hingga 3 Jun 1942, OB Sud juga memerintah Gruppe Crüwell di Afrika Utara; beliau dengan rela hati meletakkan dirinya dibawah Generaloberst Erwin Rommel semasa tempoh itu. Jawatan Oberbefehlshaber Süd telah dinamakan semula Oberbefehlshaber Südwest (Panglima Tertinggi Barat Daya) pada 16 November 1943.
Panglima
[sunting | sunting sumber]- Generalfeldmarschall Albert Kesselring, 2 Disember 1941 – 16 November 1943
- Generaloberst Heinrich von Vietinghoff, 11 Mac 1945 – 2 Mei 1945
- General der Kavallerie Siegfried Westphal, 6 Mei 1945 dilantik oleh markas besar tentera Bersekutu bagi tempoh demobilisasi di Bavaria dan Austria
Ketua Staf
[sunting | sunting sumber]- Oberst Hans Seidemann, 2 Disember 1941 – 31 Julai 1942
- Generalmajor Paul Deichmann, 25 Ogos 1942 – 12 Jun 1943
- Generalmajor Siegfried Westphal, 15 Jun 1943 – 16 November 1943
Ketua Operasi (Ia)
[sunting | sunting sumber]- Generalmajor Siegfried Westphal, 1 Februari 1943 – 15 Jun 1943