Sabah Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah
Sheikh Sabah Al Ahmad Al Jaber Al Sabah | |
---|---|
Amir Kuwait | |
Pemerintahan | 29 Januari 2006 – 29 September 2020 |
Didahului oleh | Saad Al-Salim |
Diikuti oleh | Nawaf Al-Ahmad Al-Jaber (bakal waris) |
Perdana Menteri | |
Keputeraan | Bandar Kuwait, Kuwait | 16 Jun 1929
Kemangkatan | 29 September 2020 Rochester, Minnesota, A.S. | (umur 91)
Pasangan | Fatuwah bint Salman Al-Sabah (mangkat 1990) |
Anakanda | Nasser Hamad Ahmed Salwa |
Kerabat | Kerabat Sabah |
Ayahanda | Ahmad Al-Jaber Al-Sabah |
Bonda | Munira Othman Hamad Al-Ayyar Al-Saeed |
Agama | Islam Ahli Sunah Waljamaah |
Sabah al-Ahmad al-Jaber al-Sabah GCB (Hon) (Arab: الشيخ صباح الأحمد الجابر الصباح ; 16 Jun 1929 – 29 September 2020)[1] merupakan Amir Kuwait dan Pemerintah Angkatan Darat Kuwait. Baginda mengangkat sumpah pada 29 Januari 2006 selepas pengesahan oleh Perhimpunan Kebangsaan dan berkhidmat sehingga baginda mangkat pada 29 September 2020. Baginda merupakan paduka putera keempat Sheikh Ahmad Al-Jaber Al-Sabah.
Keputeraan
[sunting | sunting sumber]Baginda mendapatkan pendidikan dasar di Sekolah Al Mubarakya pada 1930-an dan kemudian menamatkan pendidikannya di bawah bimbingan para tutor. Baginda adalah adinda tiri Amir Jabir al-Ahmad al-Jabir Al Sabah (Amir Kuwait dari 1977 hingga 2006).
Kerjaya politik awal
[sunting | sunting sumber]Dari tahun 1954 hingga 1955, baginda menjadi anggota Panitia Pusat Dewan Kota dan anggota Dewan Pembangunan dan Penyesuaian.
Pada 1955, baginda menjabat Ketua Pihak Berkuasa Sosial dan Buruh. Baginda juga sebagai anggota Dewan Tinggi Urusan Negara (1956) dan ketua Penguasa Percetakan dan Penerbitan pada 9 September 1956 hingga 17 Januari 1962. Selain menjawat Menteri Penerangan dalam kabinet pertama yang mengambil kekuasaan setelah merdeka pada masa Syeikh Saad Al-Abdullah Al-Salim Al-Sabah juga menjabat ketua Panitia Gabungan Menteri-menteri Kabinet pada Keutamaan Penerjaan Pemerintah.
Sebagai Perdana Menteri
[sunting | sunting sumber]Baginda diangkat Amir Jaber Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah untuk memegang jawatan perdana menteri Kuwait pada 13 Julai 2003 untuk menggantikan Putera Mahkota Saad Al-Abdullah Al-Salim Al-Sabah. Praktis, sejak itu, baginda menjadi pemerintah de facto kerana merosot kesihatan Amir Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah dan Amir Sheikh Saad Al-Abdullah Al-Salim Al-Sabah.
Pada 15 Januari 2006, Syeikh Jaber Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah mangkat dan menempatkan Saad I Al-Abdullah Al-Salim Al-Sabah yang menjadi Putera Mahkota pada kedudukan sebagai Amir. Naiknya Syeikh Saad memungkinkannya menjadi Putera Mahkota dan mempertahankan kedudukannya sebagai perdana menteri. Namun, setelah pertemuan-pertemuan intensif dalam kerabat pemerintahan, Syeikh Saad Al-Abdullah Al-Salim Al-Sabah menerima untuk meninggalkan takhta Emir Kuwait pada 23 Januari 2006 kerana gering. Kerabat pemerintahan kemudian memilih Syeikh Sabah Al-Ahmad sebagai Amir Kuwait.
Kemangkatan
[sunting | sunting sumber]Al-Sabah mangkat pada 29 September 2020 semasa menjalani rawatan di Mayo Clinic Rochester, Minnesota pada usia 91 tahun disebabkan masalah kesihatan jangka panjang.[2][3] Kerajaan Kuwait mengisytiharkan 40 hari berkabung.[4]
Gelaran, darjah, dan anugerah
[sunting | sunting sumber]Darjah dan anugerah
[sunting | sunting sumber]- Pertubuhan Antarabangsa untuk Penghijrahan – Pingat Kemanusiaan IOM (24 November 2014)[5]
- Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu – Kepimpinan Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (9 September 2014)[6]
- Albania – Warganegara kehormat Tirana, Albania (12 April 2008)[7]
- Azerbaijan – Darjah Heydar Aliyev (14 June 2009)[8]
- Itali – Knight Grand Cross dengan Kolar Darjah Bakti Republik Itali (26 April 2010)[9]
- Sepanyol – Kolar Darjah Bakti Awam (23 Mei 2008)[10]
- Albania – Darjah Skanderbeg (Dianugerahkan oleh Presiden Albania BEmir Topi pada 27 Mei 2012)[11]
- Mexico – Darjah Helang Aztek (20 Januari 2016)[12]
- Turki – Darjah Negara Republik Turki (21 Mac 2017)[13]
- Ukraine – Kelas Pertama Darjah Putera Yaroslav Bijaksana (15 Mac 2018)[14]
- Amerika Syarikat — Legion of Merit, Chief Commander Degree (17 September 2020).[15]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Downing, Terry Reese (29 November 2009). "Martyrs in Paradise: Woman of Mass Destruction". AuthorHouse. Dicapai pada 29 September 2020 – melalui Google Books.
- ^ "Kuwait's Emir Sheikh Sabah dies at age 91". Al Jazeera. 29 September 2020. Dicapai pada 29 September 2020.
- ^ "Kuwait Emir Sheikh Sabah al-Sabah dies aged 91". BBC News (dalam bahasa Inggeris). 2020-09-29. Dicapai pada 2020-09-29.
- ^ Kuwait Gov't announces 40 days of mourning following Amir's demise
- ^ "IOM Recognizes Humanitarian Achievements of Amir of Kuwait". iom.int. Dicapai pada 24 March 2017.
- ^ "United Nations Secretary-General Ban Ki-moon's Statements". un.org. Dicapai pada 16 September 2014.
- ^ "Emiri i Kuvajtit, si po e shndërron sheshin 'Skënderbej'". 2010-03-28. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-06-19.
- ^ "ВСТРЕЧА ПРЕЗИДЕНТА АЗЕРБАЙДЖАНА ИЛЬХАМА АЛИЕВА И ЭМИРА ГОСУДАРСТВА". Газета Бакинский рабочий. February 11, 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada July 6, 2011.
- ^ "Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah S.A. Sceicco Sabah Decorato di Gran Cordone" (dalam bahasa Italian). quirinale.it. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 November 2012. Dicapai pada 3 November 2012.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "Boletín Oficial del Estado" (PDF). Dicapai pada 29 September 2020.
- ^ Presidenti Topi dekoron Emirin e Shtetit të Kuvajtit, Sheikun Sabah Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah me Urdhrin, President of Albania, 27 May 2012(in Albanian) [pautan mati]
- ^ "KUNA :: His Highness The Amir receives visiting Mexican President 20/01/2016".
- ^ "Erdogan confers Kuwaiti emir with Order of State". Anadolu Agency. 21 March 2017. Dicapai pada 21 March 2017.
- ^ "УКАЗ ПРЕЗИДЕНТА УКРАЇНИ №63/2018". Офіційне інтернет-представництво Президента України. Dicapai pada 29 September 2020.
- ^ "Trump gives award to Kuwait's ruling emir". Associated Press. September 18, 2020. Dicapai pada September 18, 2020.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Sabah Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah |
- Al-Diwan Al-Emiri - the official website of the office of the Emir
- Penampilan jaberalsabah di C-SPAN
Sabah Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah Tarikh keputeraan: 16 Jun 1929 Tarikh kemangkatan: 29 September 2020
| ||
Gelaran pemerintah | ||
---|---|---|
Didahului oleh Saad Al-Salim Al-Sabah |
Amir Kuwait 2006–2020 |
Nawaf Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah: {{{1}}} |
Jawatan politik | ||
Didahului oleh Saad Al-Salim Al-Sabah |
Perdana Menteri Kuwait 13 Julai 2003 – 29 Januari 2006 |
Diikuti oleh: Nasser Mohammed Al-Ahmed Al-Sabah |
- Rencana dengan pautan luar mati dari November 2012
- Kelahiran 1929
- Kematian 2020
- Kerabat Al-Sabah
- Menteri Luar Negeri Kuwait
- Raja Islam
- Perdana Menteri Kuwait
- Amir Kuwait
- Menteri Kewangan Kuwait
- Kolar Darjah Bakti Awam
- Gred Luar Buasa Darjah Bakti (Lubnan)
- Grand Cordon Darjah Kebangsaan Araz
- Grand Cordon Darjah Bintang Jordan
- Grand Croix Légion d'honneur
- Knight Grand Cross Darjah Bakti Republik Itali
- Penerima Darjah Heydar Aliyev
- Penerima Darjah Abdulaziz al Saud
- Penerima Darjah Bakti Awam (Syria)
- Penerima Darjah Lakandula
- Grand Cross Kelas Khas Darjah Bakti Republik Persekutuan Jerman
- Penerima Darjah Bakti (Ukraine), kelas pertama
- Penerima Darjah Liberator General San Martin
- Penerima Darjah Skanderbeg (1990–)
- Penerima Darjah Putera Yaroslav Bijaksana, kelas pertama
- Penerima Darjah Ismoili Somoni