Norman Rockwell
Norman Rockwell | |
---|---|
Kelahiran | Norman Percevel Rockwell 3 Februari 1894 |
Meninggal dunia | November 8, 1978 Stockbridge, Massachusetts, A.S. | (umur 84)
Warganegara | Amerika Syarikat |
Pendidikan | National Academy of Design Art Students League |
Terkenal kerana | Lukisan, ilustrasi |
Karya terkenal | Willie Gillis Rosie the Riveter Four Freedoms The Problem We All Live With |
Anugerah | Presidential Medal of Freedom |
Laman web rasmi | www |
Norman Percevel Rockwell (3 Februari 1894 - 8 November 1978) ialah seorang pelukis dan pengilustrasi Amerika Syarikat. Beliau menghasilkan lebih daripada 4,000 karya asli sepanjang hayatnya, beliau khususnya paling terkenal dengan ilustrasi gamabaran sampingan kehidupan seharian untuk majalah The Saturday Evening Post selama hampir lima dekad.[1] Beliau turut diberi kerja mengilustrasi lebih dari 40 buku serta melukis potret negarawan terkenal dari dalam (termasuk D. Eisenhower, J. F. Kennedy, L. Johnson) dan luar negaranya (termasuk Gamal Abdel Nasser dan Jawaharlal Nehru) serta selebriti dunia.
Lukisan-lukisan beliau banyak mengkhusus mengenai gaya hidup dan ciri kebudayaan unik dalam negara tersebut. Banyak karya ini dipandang ringan pengulas-pengulas seni serius tidak sahaja semasa hayatnya[2] tetapi juga dalam kalangan pengkritik moden[3] kerana semangat dibawa karya-karya ini yang cenderung ke arah gambaran gaya hidup Amerika Syarikat yang idealis atau sentimental bahkan juga seakan mewah dan serba biasa. Namun begitu, beliau akhirnya mendapat perhatian ramai dalam penyentuhan isu topikal yang penting dalam negara tersebut pada senja usianya seperti gerakan yang menuntut hak sama rata serta mewujudkan perpaduan antara bangsa-bangsa kulit putih dan kulit hitam Amerika Syarikat.[4]
Biografi
[sunting | sunting sumber]Awal hidup dan pendidikan
[sunting | sunting sumber]Norman Rockwell lahir pada 3 Februari 1894 di Bandar Raya New York, beliau anak kedua dan bongsu (abangnya satu setengah tahun lebih tua[5][6]) kepada Jarvis Waring Rockwell, pengurus pejabat New York sebuah syarikat tekstil di Philadelphia,[5][7][8] dan Anne Mary "Nancy" Hill.[9][10][8] Beliau keturunan Inggeris melalui seorang datuk moyangnya, John Rockwell (1588–1662) yang berhijrah dari Somerset, England sekitar tahun 1635 untuk memulakan kehidupan baharu di Windsor, Connecticut.
Beliau melanjutkan pengajiannya di Chase Art School pada usia 14 tahun sebelum beralih ke National Academy of Design dan akhirnya Art Students League (ASL). Beliau dididik di ASL oleh seberapa pengajar utama Thomas Fogarty, George Bridgman, dan Frank Vincent DuMond; karya-karya terawalnya turut dihasilkan semasa ini untuk St. Nicholas Magazine, majalah kepanduan Boys' Life serta beberapa penerbitan remaja lain.
Kerjaya pelukisan
[sunting | sunting sumber]Beliau mula mengilustrasi buku dengan projek pertamanya, Tell Me Why: Stories about Mother Nature karya Carl H. Claudy. Beliau memulakan kerjanya dengan The Saturday Evening Post pada tahun 1916.
Apabila Perang Dunia Pertama meletus dan Amerika Syarikat segera menyatakan tindakan menyertai peperangan ini, Norman berusaha mahu memasuki Angkatan Laut AS namun ditolak masuk kerana berat badannya kurang ideal untuk ketinggiannya - 140 paun (64 kg) dan 6 kaki (1.8 m) tinggi. Maka, Norman nekad menambahkan berat badannya semalaman memakanagar dapat mencukupi untuk keesokan harinya. Beliau diberi kelayakan menyertai namun hanya dapat diberi peranan sebagai seorang pelukis untuk tujuan kerja penerbitan tentera dan tidak dapat terlibat dalam apa-apa kempen tentera.[11]
Senja hidup
[sunting | sunting sumber]Rockwell meninggal pada 8 November 1978, kerana emfisema pada usia 84 di rumahnya di Stockbridge, Massachusetts.[12]
Gaya seni
[sunting | sunting sumber]Galeri
[sunting | sunting sumber]-
Freedom of Speech
-
Freedom of Worship
-
Freedom from Want
-
Freedom from Fear
sebelum diserahkan kepada Pejabat Pencetakan Pemerintah Amerika Syarikat
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "About Norman Rockwell". NRM.org. Norman Rockwell Museum. 2014. Dicapai pada July 18, 2014.
- ^ Windolf, Jim (February 2008). "Keys to the Kingdom". Vanity fair. Dicapai pada April 28, 2012.
- ^ "Solomon, Deborah, In Praise of Bad Art". New York Times. January 24, 1999. Dicapai pada April 28, 2012.
- ^ "Norman Rockwell Wins Medal of Freedom". Mass moments. Dicapai pada April 28, 2012.
- ^ a b Rockwell, Margaret (1998). Norman Rockwell's Growing Up in America. Metro Books. m/s. 10–11. ISBN 978-1-56799-598-5.
- ^ SSDI. – SS#: 177-01-3581.
- ^ Rockwell, Norman; Rockwell, Thomas (1988). Norman Rockwell, My Adventures as an Illustrator. Abrams. m/s. 27. ISBN 978-0-8109-1563-3.
- ^ a b Claridge 2001.
- ^ Boughton, James (1903). Genealogy of the families of John Rockwell, of Stamford, Connecticut 1641, and Ralph Keeler, of Hartford, Connecticut 1939. WF Jones. m/s. 441.
- ^ Roberts, Gary Boyd; Dearborn, David Curtis (1998). Notable Kin: An Anthology of Columns First Published in the NEHGS Nexus, 1986–1995. Boston, MA: Carl Boyer in cooperation with the New England Historic Genealogical Society. m/s. 28. ISBN 978-0-936124-20-9.
- ^ Hills, Waring (June 9, 2010). "Norman Rockwell at The Charleston Navy Yard". Dicapai pada July 18, 2014.
- ^ "NORMAN ROCKWELL: A BRIEF BIOGRAPHY". nrm.org. Dicapai pada 25 June 2020.
Bacaan lanjut
[sunting | sunting sumber]- Buechner, Thomas S (1992). The Norman Rockwell Treasury. Galahad. ISBN 978-0-88365-411-8.CS1 maint: ref=harv (link)
- Carson, Tom (February 26, 2020). "The awakening of Norman Rockwell". Vox.
- Finch, Christopher (1990). Norman Rockwell: 332 Magazine Covers. Abbeville. ISBN 978-0-89660-000-3.CS1 maint: ref=harv (link)
- Christopher, Finch (1985). Norman Rockwell's America. Harry N Abram. ISBN 978-0-8109-8071-6.CS1 maint: ref=harv (link)
- Hennessey, Maureen Hart; Larson, Judy L. (1999). Norman Rockwell: Pictures for the American People. Harry N. Abrams. ISBN 978-0-8109-6392-4.CS1 maint: ref=harv (link)
- Rockwell, Tom (2005). Best of Norman Rockwell. Courage Books. ISBN 978-0-7624-2415-3.CS1 maint: ref=harv (link)
- Schick, Ron (2009). Norman Rockwell: Behind the Camera. Little, Brown & Co. ISBN 978-0-316-00693-4.CS1 maint: ref=harv (link)
- Solomon, Deborah (July 1, 2010). "America, Illustrated". The New York Times.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Koleksi ilustrasi Norman Rockwell di TJS Labs Gallery of Graphic Design
- Norman Rockwell di Perpustakaan Kongres, dengan 127 rekod katalog perpustakaan