Noordin Yaani
Penampilan
Datuk Wira Noordin Yaani P.J.N., D.C.S.M., D.M.S.M. | |
---|---|
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka | |
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar.Negeri | |
Dalam jawatan 1995–1999 | |
Ketua Menteri | Mohd Zin Abdul Ghani |
Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka bagi Sungai Udang | |
Dalam jawatan 1995–1999 | |
Didahului oleh | Mohd Ali bin Mohd Rustam |
Digantikan oleh | Abdul Karim Sulaiman |
Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Melaka | |
Dalam jawatan 1982–1994 | |
Ketua Menteri | Abdul Rahim Thamby Chik |
Maklumat peribadi | |
Lahir | 1941 |
Mati | 20 Mei 2022 Hospital Alor Gajah, Melaka |
Cause of death | Sakit tua |
Datuk Wira Noordin bin Yaani (1941 – 20 Mei 2022) ialah seorang ahli politik Malaysia. Beliau pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka bagi DUN Sungai Udang pada penggal 1995-1999 mewakili Barisan Nasional. Beliau juga pernah menjadi setiausaha politik bagi Ketua Menteri Melaka, Abdul Rahim Thamby Chik dari 1982 hingga peletakan jawatan Abdul Rahim pada 1994[1].
Anugerah dan pengiktirafan
[sunting | sunting sumber]- Malaysia
- Panglima Jasa Negara (P.J.N.) - Datuk (2016)
- Melaka
- Darjah Mulia Seri Melaka (D.M.S.M.) - Datuk (1995)
- Darjah Cemerlang Seri Melaka (D.C.S.M.) - Datuk Wira (2017)
Meninggal dunia
[sunting | sunting sumber]Noordin meninggal dunia pada 20 Mei 2022 di Hospital Alor Gajah, Melaka akibat sakit tua. Beliau meninggalkan seorang balu dan lapan orang anak[2].
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Farah Suhaidah Othman (20 Mei 2022). "Tokoh UMNO Melaka Datuk Wira Noordin Yaani meninggal dunia". Melaka Hari Ini. Dicapai pada 31 Mei 2022.
- ^ Amir Mamat (Mei 20, 2022). "Bekas ADUN Sungai Udang meninggal dunia". BH. Dicapai pada 31 Mei 2022.