Negara kesatuan
![](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/4/46/Map_of_unitary_and_federal_states.svg/370px-Map_of_unitary_and_federal_states.svg.png)
Sebahagian daripada siri Politik |
Bentuk asas pemerintahan |
---|
Negara kesatuan (bahasa Inggeris: Unitary state ) merupakan bentuk negeri yang ditadbir sebagai kuasa tunggal di mana kerajaan atau pemerintah pusat adalah agung dan mutlak dan sebarang bahagian pentadbiran (pecahan negara) hanya melaksanakan kuasa-kuasa yang ditugaskan oleh kerajaan pusat. Kebanyakan negara di dunia mengamalkan sistem kerajaan kesatuan. 165 daripada 193 buah negara ahli Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ditadbir secara kesatuan.
Dalam negara kesatuan, kerajaan pusat menentukan sama ada bahagian negara dibentuk atau dimansuhkan (contohnya, 22 bahagian pentadbiran Perancis digabungkan menjadi 13), apalagi menambah atau mengurangkan bidang kuasa bahagian negara. Biarpun kuasa politik dapat ditugaskan melalui penurunan kuasa kepada pemerintah tempatan secara statut, namun kerajaan pusat tetap agung kerana ia berhak untuk memansuhkan tindakan atau mengurangkan kuasa kerajaan turunan.
United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland merupakan satu contoh negara kesatuan. Scotland, Wales dan Ireland Utara mempunyai secukup kuasa turunan berautonomi, tetapi kuasa itu ditugaskan oleh Parlimen United Kingdom yang boleh menggubal undang-undang yang meminda atau memansuhkan penugasan itu secara unilateral atau sendirian (England tidak menerima kuasa tugasan). Sama seperti negara persekutuan, penurunan kuasa dalam negara kesatuan boleh jadi simetri, di mana setiap satu bahagian negara mempunyai kuasa dan status yang sama banyak, ataupun tidak simetri, di mana bahagian negara berbagai-bagai bilangan kuasa dan status. Kebanyakan negara kesatuan tiada tempat-tempat yang mempunyai satu pun takat autonomi.[1] Di negara-negara sedemikian, bahagian negara tidak boleh memutuskan undang-undang sendiri. Contohnya, Republik Ireland dan Kerajaan Norway.
Negara kesatuan sering diantonimkan dengan negara persekutuan, di mana kerajaan bahagian negara berkongsi kuasa dengan kerajaan pusat sebagai pelaku sama taraf menerusi perlembagaan bertulis yang memerlukan restu daripada kedua-dua kerajaan pusat dan bahagian untuk pemindaan. Ertinya, bahagian negara mempunyai hak untuk wujud dan kuasa-kuasa yang tidak boleh dipinda oleh kerajaan pusat sendirian.
Senarai negara kesatuan
[sunting | sunting sumber]Huruf condong: Negara yang kurang diiktiraf
Republik kesatuan
[sunting | sunting sumber]Afghanistan
Albania
Algeria
Angola
Armenia
Artsakh, Republik
Azerbaijan
Bangladesh
Belarus
Benin
Bolivia
Botswana
Bulgaria
Burkina Faso
Burundi
Cameroon
Tanjung Verde
Afrika Tengah, Republik
Chad
Chile
China, Republik Rakyat[2]
Taiwan (persekutuan sebelum 1949)
Colombia
Congo, Republik
Congo, Republik Demokratik
Costa Rica
Côte d'Ivoire
Croatia
Cuba
Cyprus
Djibouti
Dominica, Persemakmuran
Republik Dominika
Republik Rakyat Donetsk
Ecuador
El Salvador
Guinea Khatulistiwa
Eritrea
Estonia
Fiji
Filipina
Finland
Gabon
Gambia
Georgia
Ghana
Guatemala
Guinea
Guinea-Bissau
Guyana
Haiti
Honduras
Hungary
Iceland
Indonesia (persekutuan sebelum 1950)
Iran
Ireland
Israel
Itali
Kazakhstan
Kenya
Kepulauan Marshall
Kiribati
Korea, Republik Demokratik Rakyat
Korea, Republik (persekutuan sebelum 1960)
Kyrgyzstan
Laos
Latvia
Lubnan
Liberia
Libya
Lithuania
Republik Rakyat Luhansk
Macedonia
Madagaskar
Malawi
Maldives
Mali
Malta
Mauritania
Mauritius
Mesir
Moldova
Mongolia
Montenegro
Mozambique
Myanmar
Namibia
Nauru
Nicaragua
Niger
Palau
Palestin
Panama
Paraguay
Perancis
Peru
Poland
Portugal
Republik Czech
Romania
Rwanda
Samoa
San Marino
São Tomé dan Príncipe
Senegal
Serbia
Seychelles
Sierra Leone
Singapura
Slovakia
Slovenia
Somaliland
Afrika Selatan
Ossetia Selatan
Sri Lanka
Suriname
Syria
Tajikistan
Tanzania
Timor-Leste
Togo
Transnistria
Trinidad dan Tobago
Tunisia
Turki
Turkmenistan
Uganda
Ukraine
Uruguay
Uzbekistan
Vanuatu
Vietnam
Yaman
Greece
Zambia
Zimbabwe
Monarki kesatuan
[sunting | sunting sumber]Andorra
Antigua dan Barbuda
Bahrain
Bahamas
Barbados
Belanda
Belize
Bhutan
Brunei
Kemboja
Denmark
Grenada
Jamaica
Jepun
Jordan
Kota Vatikan
Kuwait
Lesotho
Liechtenstein
Luxembourg
Monaco
Maghribi
New Zealand[3]
Norway
Oman
Papua New Guinea
Qatar
Saint Lucia
Saint Vincent dan Kepulauan Grenadine
Arab Saudi
Kepulauan Solomon
Sepanyol
Sweden
Thailand
Tonga
Tuvalu
United Kingdom[4]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "unitary system | government". Encyclopedia Britannica (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2017-08-11.
- ^ Roy Bin Wong. China Transformed: Historical Change and the Limits of European Experience. Cornell University Press.
- ^ "Story: Nation and government – From colony to nation". The Encyclopedia of New Zealand. Manatū Taonga Ministry for Culture and Heritage. 29 August 2013. Dicapai pada 19 April 2014.
- ^ "Social policy in the UK". An introduction to Social Policy. Robert Gordon University – Aberdeen Business School. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 July 2014. Dicapai pada 19 April 2014. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan)