Negara teras
Dalam teori sistem dunia, negara teras ialah negara kapitalis diindustrialisasikan yang mana negara pinggiran dan negara separa-pinggiran bergantung. Negara teras mengendalikan dan memanfaatkan pasaran global. Negara tersebut biasanya dianggap sebagai negara kaya dengan kekayaan sumber dan berada di wilayah yang disukai negara lain. Negara tersebut memiliki lembaga negara yang kuat, ketenteraan yang kuat dan perikatan politik global yang kuat.
Negara teras tidak sering menjadi teras secara tetap. Sepanjang sejarah, negara teras berubah dan negara teras yang baru bertambah pada senarai negara teras. Negara paling berpengaruh pada masa lampau menjadi apa yang kemudian dianggap teras. Negara-negara itu termasuk empayar-empayar Asia, India dan Timur Tengah sepanjang berabad-abad sehingga abad ke-16, terutama India dan China yang menjadi wilayah terkaya di dunia sehingga kekutan Eropah mengambil kepimpinan, meskipun kekuatan-kekuatan Asia besar seperti China masih sangat berpengaruh di wilayahnya. Eropah masih demikian sehingga abad ke-20, semasa dua Perang Dunia mengganggu ekonomi Eropah. Kemudian, Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet, sampai akhir 1980an, menjadi dua hegemoni, mencipta dunia baru bipolar.
Jantung negara-negara teras terdiri dari Amerika Syarikat, Kanada, sebahagian besar Eropah Barat, Jepun, Australia dan New Zealand. Penduduk di negara teras jauh lebih kaya dan lebih berpendidikan di dunia.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Pra–abad ke-13
[sunting | sunting sumber]Di Asia, Empayar China dianggap sebagai kerajaan tengah dan mengendalikan kawasan tersebut.[1] Dua empayar tersebut berkomunikasi dan berdagang melalui Laluan Sutera, yang mengambil namanya dari perdagangan besar sutera China.[2]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Steele, P. The Chinese Empire. p.6
- ^ Wood, F. The Silk Road: Two Thousand Years in the Heart of Asia. p.36 [1]