NTT Docomo
Nama asli | 株式会社NTTドコモ |
---|---|
Nama rumi | Kabushiki gaisha Enutiti Dokomo |
Jenis/bentuk sah | KK awam |
Didagangkan sebagai | TYO: 9437 Komponen Nikkei 225 |
ISIN | JP3165650007 |
Industri | Telekomunikasi |
Ditubuhkan | 14 Ogos 1991 |
Ibu pejabat | Menara Taman Sanno Nagatachō, Chiyoda, Tokyo, Jepun |
Tokoh penting | Kazuhiro Yoshizawa (CEO)[1] |
Keluaran | PDC, i-mode, W-CDMA, FOMA, HSDPA, LTE, 5G NR, PHS |
Hasil | ▲ ¥4.240 trilion (2012)[2] |
Pendapatan kendalian | ▲ ¥874.46 bilion (2012)[2] |
Pendapatan bersih | ▼ ¥463.91 bilion (2012)[2] |
Jumlah aset | ▲ ¥6.948 trilion (2012)[2] |
Jumlah ekuiti | ▲ ¥5.062 trilion (2012)[2] |
Pemilik | Nippon Telegraph and Telephone |
Bilangan kakitangan | 22,955 (2011)[2] |
Syarikat induk | Nippon Telegraph and Telephone (66.64%) |
Anak syarikat | NTT Docomo USA, Docomo Bike Share, Rakuten Anshin Torihiki, NTT Communications |
Tapak web | www |
sunting · sunting di Wikidata |
NTT DoCoMo, Inc. (株式会社エヌ・ティ・ティ・ドコモ , Kabushiki-gaisha Enutiti Dokomo, TYO: 9437 , NYSE: DCM, LSE: NDCM) merupakan syarikat pengendali telekomunikasi selular di Jepun, sekaligus tanda perkhidmatan telekomunikasi selular syarikat tersebut. NTT DoCoMo ialah anak syarikat Nippon Telegraph and Telephone (NTT).
NTT DoCoMo merupakan salah satu operator telekomunikasi selular yang utama di Jepun. Terkenal dengan sebutan DoCoMo yang merupakan singkatan "Do Communications Over The Mobile Network (Berhubung Melalui Rangkaian Mudah Alih)". Selain itu, DoCoMo dalam bahasa Jepun bermaksud "di mana-mana pun", dengan maksud telefon bimbit DoCoMo boleh digunakan di mana-mana pun.
Selain sebagai operator telefon bimbit, DoCoMo juga menyediakan perkhidmatan PHS (Personal Handy-phone System (Sistem Telefon Bimbit Peribadi)). perkhidmatan PHS tidak lagi menerima pelanggan baru sejak 30 April 2005, dan dihentikan pada 7 Januari 2008. Pada 31 Ogos 2006, DoCoMo melancarkan HSDPA dalam bentuk perkhidmatan FOMA High Speed.
Dilancarkan pada bulan Ogos 1991, DoCoMo menyediakan perkhidmatan 3G dan 2G yang membolehkan pengguna memuat turun video serta melayari internet dengan kelajuan tinggi.
Pada 29 Julai 2010, DoCoMo mengumumkan perkhidmatan jaringan generasi berikutnya yang berasaskan LTE dan diberi nama Xi™ (dibaca: Crossy). perkhidmatan ini dijadualkan akan dilancarkan pada bulan Disember 2010. Perkhidmatan Xi™ berasaskan LTE ini pada awalnya menawarkan kelajuan paut turun hingga 75 Mbps, 10 kali lebih cepat berbanding jaringan 3G FOMA™ dan 37.5 Mbps di kawasan lain.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "About NTT DOCOMO".
- ^ a b c d e f "2010 Form 10-K, NTT DoCoMo". Google Finance.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan NTT Docomo |
- Tapak web NTT DoCoMo
- Tapak web NTT DoCoMo Global Diarkibkan 2009-08-15 di Wayback Machine
- NTT DoCoMo Service Area
- DoCoMo USA Research Labs Diarkibkan 2011-07-21 di Wayback Machine
- DoCoMo European Research Labs
- Profil Syarikat Yahoo! - NTT DoCoMo, Inc.
- NTT DoCoMo, Inc. stock quote & historical chart Diarkibkan 2007-09-26 di Wayback Machine