Pergi ke kandungan

Muzium Sejarah Semulajadi Kebangsaan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Muzium Sejarah Semulajadi Kebangsaan
Map
Peta menunjukkan lokasi Muzium Sejarah Semulajadi Kebangsaan
Peta menunjukkan lokasi Muzium Sejarah Semulajadi Kebangsaan
Lokasi di Washington, D.C.
Maklumat am
Ditubuhkan1910
JenisSejarah semulajadi
Maklumat geografi
Lokasi
Koordinat38°53′29″N 77°01′33″W / 38.8913°N 77.0259°W / 38.8913; -77.0259Koordinat: 38°53′29″N 77°01′33″W / 38.8913°N 77.0259°W / 38.8913; -77.0259
Maklumat pelawat
Bilangan pelawat
Kira-kira 5.5 juta pelawat setahun
Laman sesawang
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
Kereta Ford Model T diletakkan di hadapan Muzium Kebangsaan pada tahun 1926

Muzium Sejarah Semulajadi Kebangsaan adalah sebuah muzium sejarah semulajadi yang ditadbir oleh Institusi Smithson, terletak di National Mall di Washington, D.C., Amerika Syarikat. Muzium ini tidak mengenakan sebarang bayaran masuk dan dibuka 364 hari setahun.

Muzium ini menyimpan koleksi lebih dari 500 juta spesimen tumbuhan, haiwan, mineral, batu, meteorit, dan artifak budaya manusia. Pada tahun 2009, ia telah dilawati lebih dari 7.4 juta pelawat. Muzium Sejarah Semulajadi Kebangsaan merupakan muzium yang paling ramai dilawati dari senarai muzium-muzium Smithson[1] Muzium ini juga menjadi rumah kepada kira-kira 185 orang saintis sejarah semulajadi professional — kumpulan saintis terbesar yang membuat kajian semulajadi dan sejarah kebudayaan di dunia.

  1. ^ Zongker, Brett (January 5, 2010). "Smithsonian Reports 20% Jump in Museum Visitors". USAToday. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-01-17. Dicapai pada 2010-07-05.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]