Mr. Bean
Mr. Bean | |
---|---|
Genre | Sitkom |
Pencipta | |
Ditulis oleh |
|
Pengarah |
|
Dibintangi oleh | Rowan Atkinson |
Penggubah | Howard Goodall |
Negara asal | United Kingdom |
Bahasa | Inggeris |
Bilangan episod | 15 (Senarai episod) |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Peter Bennett-Jones |
Penerbit |
|
Tempoh siaran | 29 minit |
Syarikat penerbitan | Tiger Aspect Productions |
Syarikat pengedaran |
|
Penyiaran | |
Saluran asal | ITV:
|
Format gambar |
|
Format audio |
|
Siaran asal | 1 Januari 1990[1] – 15 Disember 1995 |
Kronologi | |
Diikuti oleh | Bean: The Ultimate Disaster Movie |
Pautan luar | |
Laman sesawang |
Mr. Bean ialah siri komedi televisyen British yang dilakoni oleh Rowan Atkinson. Siri yang mempunyai 14 buah episod ini ditulis oleh Atkinson, Robin Driscoll, Richard Curtis dan Ben Elton. Episod pertama siri ini ditayangkan pada 1 Januari 1990 dengan episod terakhirnya, "Goodnight, Mr. Bean", ditayangkan pada 31 Oktober 1995.
Watak-watak
[sunting | sunting sumber]Mr. Bean
[sunting | sunting sumber]Watak ini yang dimainkan oleh Atkinson ialah seorang yang mementingkan dirinya sendiri, kadangkala tidak begitu cerdik, dan si dungu yang disukai masyarakat. Watak ini sentiasa terlibat dalam situasi yang menyeronokkan disebabkan "kepelbagaian" muslihat dan tingkah lakunya. Rancangan ini menumpukan terhadap komedi secara fizikal, bermaksud dialog yang dituturkan amat sedikit. Ia menampilkan Mr. Bean cuba untuk melakukan yang secara normalnya merupakan satu aktiviti mudah. Contohnya; berenang, mengubah suai rumah, ataupun menyediakan masakan malam. Salah satu aksinya yang amat terkenal dan disukai ramai ialah menyumbatkan kepalanya ke dalam ayam belanda. Sitkom popular Amerika Syarikat, "Friends" kemudiannya mengulangi lawak yang sama. Humor yang menyebabkan kita merasa untuk ketawa adalah disebabkan keupayaan menggunakan cara-cara pelik untuk menyelesaikan masalah.
Terdapat banyak debat tentang Mr. Bean, sama ada beliau ialah seorang manusia luar biasa ataupun beliau seorang makhluk asing. Pada permulaan episod 2 dan seterusnya, Mr. Bean jatuh daripada langit melalui satu cahaya. Dalam filem "Bean: The Ultimate Disaster Movie", Mr. Bean menunjukkan kepada seorang kanak-kanak lelaki yang dia boleh menggerakkkan telinganya tanpa menggunakan tangannya. Perkara-perkara seperti ini menyebabkan ramai orang percaya bahawa Mr. Bean ialah spesis makhluk asing.
Walau apa pun, satu perkara adalah pasti: Mr. Bean hidup bersendirian di dalam dunia ini dan kadang kala bersikap kebudak-budakan.
Watak lain
[sunting | sunting sumber]Mr. Bean adalah satu-satunya watak di dalam program ini (kecuali Teddy, patung beruang kegemarannya). Watak-watak lain yang muncul sekadar sebahagian daripada jenakanya, dan selain Mr. Bean cuma terdapat dua watak sampingan iaitu; "teman wanitanya" Irma Gobb (dilakonkan oleh Matilda Ziegler) dan Mr. Sprout, yang selalu kelihatan di dalam kereta Reliant Regal Supervan III yang berwarna biru, (yang selalunya akan terbalik, dilanggar dll). Walau bagaimanapun Angus Deayton selalu akan kelihatan di samping Atkinson sebagai watak sampingan yang melakonkan watak-watak secara rawak.
Kereta mini Mr. Bean, juga boleh dikatakan satu watak utama. Pada mulanya, kereta mini berwarna jingga ialah kereta kegemaran Mr. Bean, tetapi kereta ini mengalami kemalangan pada pengakhiran episod pertama. Mulai saat itu, kereta mini itu berwarna hijau dengan bonet berwarna hitam. Ia muncul pada episod "The Curse of Mr. Bean". Mr. Bean menggunakan mangga sebagai kunci kereta daripada menggunakan secara normalnya kunci kereta biasa. Kereta mini itu menjadi tumpuan dalam beberapa aksi (contohnya; Mr. Bean memakai baju di dalam kereta tersebut semasa sedang memandunya). Kereta itu dihancurkan oleh sebuah kereta kebal dalam episod "Back to School Mr. Bean", tetapi kembali semula dalam episod yang seterusnya.
Teori Makhluk Asing
[sunting | sunting sumber]Lagu tema rancangan ini memperlihatkan Mr. Bean jatuh dari langit melalui satu gelung cahaya. Terdapat teori yang mengatakan bahawa Mr. Bean ialah makhluk asing dan ada juga yang mengatakan Mr. Bean seorang pari-pari yang diperturunkan ke Bumi.
Walau bagaimanapun, penerbit rancangan ini mendakwa ini adalah untuk menunjukkan statusnya sebagai seorang insan biasa yang diberi peluang mencari kemasyhuran.
Muzik
[sunting | sunting sumber]Muzik tema rancangan ini ditulis oleh Howard Goodall dan dinyanyikan oleh Kumpulan Koir Southwark Cathedral. Perkataan yang dinyanyikan adalah dalam Bahasa Latin:
- Ecce homo qui est faba – "Lihatlah si insan dungu" (dinyanyikan pada permulaan)
- Finis partis primae – "Tamat bahagian pertama" (dinyanyikan sebelum iklan)
- Pars secunda – "Bahagian Kedua" (dinyanyikan selepas iklan)
- Vale homo qui es faba – "Selamat tinggal, insan dungu" (dinyanyikan pada akhir rancangan)
Episod
[sunting | sunting sumber]Kesemua 15 episod Mr. Bean dihasilkan oleh Tiger Aspect Productions. Selain itu, watak itu telah digunakan dalam sketsa-sketsa kendiri, penampilan tetamu dan iklan televisyen di United Kingdom.
Episod keempat belas, "Hair by Mr. Bean of London", pada asalnya dikeluarkan sebagai VHS eksklusif langsung ke video pada tahun 1995, dan tidak disiarkan di televisyen sehingga 25 Ogos 2006 pada Nickelodeon.[2]
Penerbitan dan penyiaran
[sunting | sunting sumber]Program ini diterbitkan oleh Tiger Television, kemudian dinamakan Tiger Aspect (syarikat yang Atkinson menjadi rakan kongsi), untuk Thames Television dan disiarkan oleh ITV. Di Malaysia, rancangan ini disiarkan oleh TV3, NTV7, TV9 dan Disney Channel Malaysia.
Pemadanan filem Bean
[sunting | sunting sumber]Rancangan Mr. Bean versi filem ini diarahkan oleh Mel Smith, Bean (juga dikenali sebagai Bean: The Ultimate Disaster Movie) diterbitkan pada tahun 1997. Mr. Bean ialah seorang penjaga galeri seni di London yang tidak boleh diharapkan. Disebsbkan itu, dia dihantar ke sebuah galeri seni di California, Amerika Syarikat dengan gelaran Dr. Bean dan membantu pihak sana menguruskan lukisan yang dibawa kembali iaitu lukisan berharga hasil warga Amerika, "Whistler's Mother".
Mr. Bean bukannya satu-satu daya penarik dalam filem ini, tetapi keluarga yang menjadi tempat tumpangnya juga menjadi tumpuan tarikan dengan berkisarkan kepada masalah sosial keluarga di Amerika.
Kritikan
[sunting | sunting sumber]Kebanyakkan peminat siri asli rancangan ini merasa amat kecewa dengan format yang ditampilkan. Walau bagaimanapun, keuntungan yang dicapai hasil daripada tayangan di serata dunia mencecah USD $230 juta sedangkan bajet filem ini hanya $22 juta.
Sekuel
[sunting | sunting sumber]Satu berita yang diterima pada bulan Mac 2005 bahawa sebuah filem Bean baru bakal dalam perancangan. Filem itu akan digelar "Bean 2". Pada bulan Mac 2007, filem tersebut diterbitkan dengan nama Mr. Bean's Holiday. Filem tersebut merupakan cerita terakhir Mr. Bean.
Siri animasi Bean
[sunting | sunting sumber]Watak ini dihidupkan semula pada tahun 2002 menerusi siri animasi, "Mr. Bean" yang mempunyai konsep yang sama seperti rancangan asalnya. Rancangan ini tidak mendapat sambutan bagi penonton dewasa kerana mereka berpendapat ia lebih sesuai ditonton oleh kanak-kanak.
Suara Mr. Bean dan aksi animasi Bean dilakukan oleh Rowan Atkinson sendiri. Suara bagi watak-watak lain disumbangkan oleh Jon Glover, Rupert Degas, Gary Martin dan Lorelei King
Senarai episod siri animasi
[sunting | sunting sumber]- In the Wild / Missing Teddy
- No Parking / Bean's Bounty
- Artful Bean / The Fly
- Mime Games / Spring Clean
- No Pets / Ray of Sunshine
- Roadworks / Sofa
- Camping / Chocks Away
- In the Pink / Dinner for Two
- Treasure / Homeless
- Super Trolley / Magpie
- Hot Date / Wanted
- The Ball / Toothache
- Haircut / Neighbourly Bean
- Art Thief / Scaredy Bean
- A Royal Makeover / Super Marrow
- Car Trouble / Restaurant
- Gadget Kid / Visitor
- Nurse! / Dead Cat
- Cat Sitting / The Bottle
- Birthday Bear / The Mole
- Royal Bean / Young Bean
- Hopping Mad / A Grand Invitation
- Big TV / Keyboard Capers
- Goldfish / Inventor
- A Running Battle / Egg and Bean
- Bean in Love / Double Trouble
Penyiaran
[sunting | sunting sumber]Siri animasi "Mr. Bean" pertama kali ditayangkan di ITV. Ia sekarang ditayangkan di Nickelodeon dan NickToons TV (Amerika Syarikat), CBC (Kanada), ABS-CBN (Filipina), RTÉ Two (Ireland), ntv7 (Malaysia), ABC (Australia), SCTV (Indonesia), Padjajaran TV (Indonesia) dan sebagainya.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Mr Bean — Timeline". Tiger Aspect Productions Ltd. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Disember 2013. Dicapai pada 8 Februari 2014.
- ^ "Mr. Bean – Episode Guides – Series 1 – Episode 14". British Comedy Guide. Dicapai pada 28 Februari 2013.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- (Inggeris) Laman rasmi Mr. Bean
- (Inggeris) Lagu tema Mr. Bean Diarkibkan 2006-04-27 di Wayback Machine
- (Inggeris) Video Mr. Bean Diarkibkan 2008-03-01 di Wayback Machine
- Mr. Bean
- Siri televisyen British debut 1990
- Sitkom British 1990-an
- Siri televisyen British tamat 1995
- Rancangan televisyen komedi British
- Comic Relief
- Francais Endemol Shine Group
- Rancangan televisyen berbahasa Inggeris
- Sitkom ITV
- Siri televisyen oleh Endemol
- Siri televisyen oleh Fremantle (syarikat)
- Siri televisyen yang dicipta oleh Richard Curtis
- Siri televisyen yang dicipta oleh Rowan Atkinson
- Rancangan televisyen diadaptasi ke dalam filem
- Rancangan televisyen diadaptasi ke dalam novel
- Rancangan televisyen yang dihasilkan oleh Thames Television
- Rancangan televisyen ditetapkan di London