Monty Python
Penampilan
Monty Python [mon-ti pai-ton] ialah sebuah kumpulan sketsa komedi dari United Kingdom. Ia dianggotai Graham Chapman, John Cleese, Terry Gilliam, Eric Idle, Terry Jones dan Michael Palin.
Kumpulan ini dilihat sangat berpengaruh dalam komedi bahasa Inggeris dan diumpamakan sepertimana The Beatles mempengaruhi muzik popular.[1][2][3] Ia tidak sahaja mempengaruhi komedi di Britain tetapi juga di Amerika Syarikat, di mana rancangan dan filem kumpulan ini mendapat perhatian dan tayangan di sana sehingga diilham antara pelawak di sana.
Filemografi
[sunting | sunting sumber]Siri televisyen
[sunting | sunting sumber]- Monty Python's Flying Circus (1969–74)
- Monty Python's Fliegender Zirkus (1972) - dua episode istimewa daripada Flying Circus berdurasi 45 minit khas untuk siaran WDR di Jerman Barat. Episod pertama dalam bahasa Jerman manakala episod kedua dalam bahasa Inggeris dengan alih suara bahasa Jerman.
- Monty Python's Personal Best (2006) : enam episod satu jam memaparkan persembahan anggota mereka tersendiri.
Filem
[sunting | sunting sumber]- And Now for Something Completely Different (1971)
- Monty Python and the Holy Grail (1975)
- Monty Python's Life of Brian (1979)
- Monty Python Live at the Hollywood Bowl (1982)
- Monty Python's The Meaning of Life (1983)
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Leopold, Todd (11 December 2003). "How Monty Python changed the world". CNN. Dicapai pada 30 March 2007.
Python has been called 'the Beatles of comedy'.
- ^ Free, David (Januari 2013). "The Beatles of Comedy". The Atlantic. Dicapai pada 23 Januari 2013.
- ^ Lewisohn, Mark. "Monty Python's Flying Circus". BBC. Dicapai pada 31 March 2007.
In essence, the Monty Python team are the comedy equivalent of the Beatles.